KERJAYA  

Posted by Cikgu Zack

Pengalaman awal bila anak perempuan mula bekerja menjadikan satu lagi himpunan sejarah kehidupan.Bantuan awal rakan-rakan sesama kuliah ketika belajar amat bermakna.Ketika menumpang pastinya tidak kisah bagaimana cara hidup asalkan dapat memulakan kerja.Boleh tidur di ruangtamu pun cukup selesa.Apatah lagi bila boleh berkongsi bilik.Pengangkutan bagaimana?Satu lagi masalah.Perlu juga diambilkira jarak tempat tinggal dengan tempat kerja,masalah trafik dan kemahiran memandu.


Istilah menumpang bunyinya kurang enak tetapi itulah hakikat bila seseorang memulakan kerjaya masing-masing.Kalau hendak sewa rumah memerlukan kewangan yang banyak.Dua bulan cagaran dan sebulan sewa serta cagaran letrik dan air walaupun bawah rm20.00 dikecualikan oleh kerajaan.Bagaimana pula pengangkutan.Kalau ada laluan kenderaan awam pasti selesai masalah.Lain pula halnya bila tempat kerja jauh dari kemudahan pengankutan awam.Kena pula kenderaan sendiri.Hendak beli kereta kena pula guna alat KKB.Kemahiran Berfikir.CAF; ambilkira semua faktor.Sesuai dengan fizikal pemandu,kesibukan lalulintas dan jarak berulangalik.


Keputusan;kereta kecil,automatik,kuasa selinder kecil untuk jimat petrol dan pastinya kondisi yang baik.Pilihan pastinya beralih kepada kereta baru.Bagaimana hendak bayar,wang pendahuluan,bayaran bulanan berapa? dan lagi dan lagi....Mengambilkira semua faktor akhirnya guna pula PMI "campur ,tolak dan intresting".Lesen memandu adakah? kemahiran memandu pada tahap mana?Siapa teman serumah dan siapa sangup menumpangkan kenderaan.Aduhai inilah hakikat yang dihadapi oleh anak yang barumenceburkan diri dalamkerjaya.Tempat kerjanya di kota matropolitan.Tolong kami bantu kami .....

MUSIM SERAM SEJUK  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera,Selamat bertemu dan bersama mencambah MINDA.Tony Buzan menyarankan kepada kita berdasar judul bukunya ,Use Your Head,(BBC Active) agar menggunakan kaedah-kaedah tertentu yangberkaiatan kemahiran mengunakan otak.Saranan dan cadangan lebih kepada golongan pelajar.Bila sebut sahaja pelajar mestinya mengeret guru bersama.

Setiap hujung tahun keadaan cuaca mula berubah.Hujung tahun juga ramai yang demam.Demam musim tengkujuh. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,musim banjir juga ramai demam.Sekarang sama ada banjir ada tidak seram sejuk menyerang ibu bapa dan anak-anak terutama yang terlibat secara langsung dengan peperiksaan awam;UPSR,PMR,SPM,STPM dan STAM.Bagi yang berada di menara gading pastinya peperiksaan akhir semester atau tahun akhir.Persolannya,sampai bilakah keadaan ini harus berlaku?

Bagi pelajar yang smart,sama ada yang menghadiri program SmartLearning Cikgu Zul atau tidak,pastinya mereka lebih yakin dan akan menghadapi suasana peperiksaan dengan bergaya.Cuma yang seram sejuknya cikgu dan ibu bapa.Itupun kalau ibu bapa yang ambil kisah tentang anaknya.Kebimbangan,kerisauan dantidak berapa yakin menjadikan kita seram sejuk.Sejuk kaki tangan...dan selepas itu kita demam.Stress,tertekan,ragu,bimbang,semua yang negatif mengusai diri kita.Apakah ubat yang serasi untuk mengatasi semua ini?Tunggu respon atau tindakbalas dari rakan bloggers kita.Jumpa lagi

Student reunion  

Posted by Cikgu Zack

Bila cikgu dijemput menghadiri program yang dianjurkan oleh bekas pelajar samaada yang pernah cikgu ajar maupun dari sekolah yang pernah cikgu tadbir ,pastinya kegelisahan yang cikgu hadapi.Cikgu akan rasa amat bersalah kalau tidak dapat hadir.Sebelum ini banyak juga yang cikgu dapat hadir.Malangnya pada 11hb.Nov.2008 nanti cikgu tak dapat hadir.Program bertembung dengan program keluarga.Cikgu terpaksa buat pemilihan tepat.Utamakan yang utama.Kedua-dua utama dan kedua-dua penting.

Bertemu pelajar yang sudah tamat belajar dan berkerjaya.Bertemu dengan mereka yang dahulunya sering dinasihati,dibimbing dan dipuji.Tidak kurang juga yang pernah dimarahi.Paling membanggakan bila masing-masing menghulurkan kad kerjaya(B/card) yang terpampang nama jawatan dan syarikat sendiri.Ramai juga yang ada dr,ir malah prof.dr..di hadapan nama..Alhamdullah.Bayangkan apakah perasaan cikgu ketika itu.Suatu kepuasan dan kebanggaan.Kejayaan yang dapat dikongsi bersama.Situasi pertemuaan anatara pelajar-pelajar satu sekolah yang berlainan tahun dan perkongsian pengalaman sungguh menyeronokkan.

Wahai rakan-rakan guru yang belum pernah menghadiri program yang dianjurkan oleh anak-anak pelajar kita dulu,cubalah datang bila menerima undangan.Saya memulakan blog saya ini dengan tajuk student reunion sebagai percubahan berkongsi pengalaman dengan anak-anak yang pernah kita didik dan ajar.Kita ajarkan mata pelajaran pengkhususan kita tetapi dalam masa yang sama kita mendidik merekaKetika pertemuan inilah kita berkesempatan melihat hasilnya.Dari lagak,cara berpakaian hinggalah cara mereka berkomuikasi dengan kita,pastinya kita boleh membuat penilaian.Guru dulunya sebagai mualim..mengajarkan ilmu.Sebagai muaddib menekankan tentang adab,murabbi dan seterusnya.Daripada ratusan malah ribuan pelajar yang pernah bersama kita sama ada secara rasmi atau tidak,masihkah mereka mengenali kita.Student pertama cikgu pada tahun 1979 di MRSM Kuantan hingga kini masih berhubung.Generasi-generasi yang seterusnya pun bagitu.Mereka menjadi paling rapat lagi bila bawa anak untuk mendaftar di sekolah yang cikgu menjadi pengetuanya.

Rakan-rakan guru yang dikasihi,ambil peluang ini sebagai medan kita menyelami kehidupan anak-anak didik kita.Banyakperkara yang boleh dikongsikan bersama-sama pelajar yang sedang kita didik sekarang..dijemput berkongsi pengalaman bersama cikgu.Selepas ini cikgu akan mendedahkan sipa cikgu sebenarnya.Bagi yang cuba meneka silakan.Wassalam