CUACA SEJUK ,ISU PANAS  

Posted by Cikgu Zack

Dua hari berturut-turut isu tentang  di sebuah sekolah seorang guru mendenda murid "nakal" memakai Hi-Vic (jaket yang dipakai oleh buruh kasar).Tindakan ini direstui oleh guru besar sekolah berkenaan.Tindakan ini membawa konotasi bahawa murid berkenaan perlu diketahui oleh semua warga sekolah,pelajar berkenaan paling nakal di sekolah berkenaan.Perbincangan secara terbuka di kaca TV dan ahli masyarakat dijemput mengemukakan pendapat.Kebetulan murid berkenaan anak kepada seorang doktor berketurunan Arab dan ibunya warga Inggeris.Keluarga berkenaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pimpinan sekolah berkenaan.Apa pendapat anda sebagai orang Malaysia?
Isu menghukum murid dan pelajar  merupakan perkara yang menjadi polimik berlanjutan dan tidak ada kesudahannya.Orang yang hidup zaman lima puluhan dan sehingga awal tujuh puluhan,selalu menyatakan bahawa "zaman mereka belajar" guru punya kuasa yang mutlak.Apa saja yang dibuat oleh guru semuanya benar.Penjaga atau ibu bapa tidak pernah mempersoalkan tindakan yang diambil oleh guru.Masyarakat meletakkan status guru itu bagitu mulia dan bagitu dipercayai kebolehan mereka.Atau,ibu bapa tidak berani menyalahkan guru-guru lantaran latarbelakang pendidikan ibu bapa lebih rendah daripada guru.

Belum pun selesai isu kependidikan di UK,dunia dikejutkan pula dengan kejadian remaja menembak mati 20 orang pelajar dan 6 orang guru di Amerika Syarikat(US).Adakah ini juga berkaitan dengan ketidakpuasan hati dengan tindakan guru atau "ketidaksiuman Pelakunya yang berusia 20an? Pelaku anak seorang guru.Ibunya telah bercerai dan atas alasan keselamat,menyimpan tiga jenis senjata di rumahnya.Ibunya  selalu membawa belia ke lapangan sasar,berlatih menembak.Malangnya senjata makan tuan.Tapi itu bukan isunya.Apakah sebenarnya disebalik peristiwa ini?Dinyatakan bahawa remaja ini juga bermasalah di sekolah dan ahli kumpulan remaja nakal.Ditinggalkan persoalan ini sementara untuk isu percambahan minda kita semua.Berfikir jangan tidak fikir.Wassalam dan maaf sekiranya ada fakta yang kabur atau salah.