Coretan ini ku mulakan
dengan mengimbas kembali hari-hari yang ku lalui bermula antara yang masih
ingat dengan yang samar-samar.Kesamaran akibat terlalu lama atau kecelaruan
rakaman otak ku.Atau kemungkinan kesukaran ku hendak meletakkan mana dahulu
yang harus ku nukilkan.Permulaan riwayatku dengan keluarga yang serba da'if di
sebuah perkampungan terpencil daripada segala bentuk kemudahan.Sebuah kampung
yang bila malam menjelma menjadi gulita kecuali waktu bulan mengambang.Setiap
pergerkan pada malam hari memerlukan bantuan jamong atau cahaya pelita minyak
tanah.
Seingatku,teratak
kayu,berlantaikan buluh ,beralaskan tikar mengkuang ,dapur kayu bertungkukan
batu dan tempayan tempat simpanan air minuman itulah kediaman kami
sekeluarga.Kedua ibu bapa,dua abang dan seorang adik perempuan berteduh bawah
satu bumbung rumbia yang perlu diganti apabila sampai usianya.Atap bahagian
daput mungkin lebih tahan lama akibat disalai asap dapurkayu.Sumber air dari
sumber air bawah tanah. Telaga digali berhampiran rumah.Syukur kerana telaga
itu tidak perlu digali terlalu dalam kerana paras airnya tinggi,lebih kurang
delapan kaki sahaja. Terdapat dua sumber mata air yang terpancar terus ke
perigi atau telaga yang digunakan.Apa pun kami hanya memerlukan seutas tali
untuk mengikat timba bagi menaikkan air
dari telaga.Itulah sumber air yang digunakan.Telaga asas tersebut masih wujud
hingga ki cuma dibina tembok konkrit bagi mengelak haiwan atau sesiapa yang
lalai terjerumus.
Teratak kayu yang
dikelilingi pepohon buah-buahan diumpamakan sebuah shelly dusun resort zaman
moden dan tidak memerlukan kipas angin atau yang seumpamnya.Kesejukan malam
mengalahkan pendingin udara tahap 19C. namun kami hanya berselimutkan kain
pulikat atau kain batik lusuh. Ruang tidor hanyalah kelambu sebagai
pemisah.Teratak berdinding buluh yang dianyam menempatkan lima sekeluarga
menjadi nukelias kepada beberapa keluarga yang terbina kini penuh dengan
sejarahnya tersendiri.
AYAH
Seingatku,aku tidak pernah
bertanyakan silsilah keturunan ayahku.Apa yang aku tahu,ayah cuma tiga beradik
dan ayahku adalah anak bongsu dan dengan
panggilan popular Pak Su.Abang-abangnya selalu saja bertandang dan aku membahasakan dengan
panggilan Pak Long dan Pakngah.Ayah tidak mempunyai kakak .Aku,abang-abang dan
adik perempuanku juga tidak berkesempatan bertemu nenek dan datok.Mereka
kembali kepangkuan Illahi sebelum aku dilahirkan.Kami hanya mempunyai datok dan
nenek disebelah emak.Jadi kami kehilangan sesuatu yang kebiasaan diperolehi
oleh kanak-kanak iaitu kasih sayang datuk dan nenek dari jurai keturunan
ayah.Ayah pula tidak suka bercerita tentang kehidupan bapanya.Sesekali ,ayah
cuma menceritakan tentang nenek dan setahu kami nenek meninggal di Makkah
ketika menunaikan haji.Tanah tapak teratak yang kami diami merupaka pusaka
tinggalan nenek. Ayah lebih suka menceritakan bagaimana nenek dapat memiliki
tanah tapak kediaman ayah sekarang .Tanah pusaka ini juga diwarasi oleh
ayah
Tanah status kampung ayah
jadikan dusun.Disamping pokok durian tinggalan nenek,ayah juga menanam
pokok-pokok durian,rambutan ,langsat dan cempedak.Sempadan dengan tanah
jiran,ayah tanam nanas sebagai pagar sempadan.Prinsip ayah tentang tanaman amat
mudah.Dia mahu anak-anaknya dapat makan buah-buahan tanpa membeli atau
meminta-minta dari orang lain.Akhirnya,hasilnya dapat dikomersilkan.Malah
anak-anaknya diajar menjadi usahawan .Apa tidaknya,bila tiba musim buah-buahan,
anak-anak lelaki diajar berniaga buah rambutan di pekan hari iaitu setiap hari
sabtu.Kadang-kadang datuk sebelah emak juga tumpangkan sireh untuk
dijual.Setiap pagi pula meghantar cempedak goreng ke kedai-kedai kopi di pekan
Kupang.Ayah dengan emak akan bangun seawal mungkin untuk menggoreng cempedak
dan memasukkan kedalam raga atau bakul kecil untuk kami bawa ke pekan.Bila
petang kami akan menyusul ke setiap kedai kopi untuk mengambil wang hail jualan
.Kalau ada yang tidak habis dijual,kami akan ambil balik.Tuan punya kedai akan
mengambil komesen 20 sen setiap seringgit hasil jualan.Jarang sangat berlaku
tidak habis dijual. Rutin ini dilakjukan secara berglir-gilir antara kami tiga
beradik.
Musim buah-buahan merupakan
ketika berkumpulnya saudara mara dan kawan-kawan ayah.Bila durian sudah mula
gugur,ayah akan kumpulkan untuk buat" kenduri pulut durian"Semua ahli
kampung dan kawan-kawan ayah akan di jemput dan disertakan dengan
tahlil.Kebiasaannya kenduri makan pulut durian dibuat sebelah malam.Malam itu
juga menjadi malam sembang-sembang
.Bermula dengan cerita benih-benih durian hinggalah ke aktiviti haraian
.Diselang-seli dengan cerita-cerita lucu,dongeng dan akhirnya bila larut malam
keluarlah cerita hantu dan ramailah yang
minta diri untuk balik.Manalah tahu takut nanti berjumpa hantulah pulak .Majlis
seumpama itu akan berpindah dari rumah ke rumah bagi mereka yang mempunyai
dusun durian dan tidak ketingglan datuk ku sebelah emak.Majlis yang seumpama ini
juga akan dibuat apabila padi sudah dituai.Ramai yang ada bendang atau sawah
padi,bila hasil diperolehi,mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran makan
beras baru.Kebiasaan disebut orang kampungku,"Kenduri padi
baru".Semua ahli kampung akan dapat merasakan hasil tuaian sulung.
Suasana dan alam sekitar
telah membentuk diriku juga menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat
desa.Desa yang mengajarku hidup perlu ketahanan mental dan fizikal.Perlu tahu
mnyesuaikan diri dengan keadaan dan mempelajari kemahiran-kemahiran yang perlu
diwarisi dari satu genarasi ke satu genarasi.Secara suka atau terpaksa akau
harus lalui itu semua.Seawal usia lima hingga enam tahun,sudah punya tanggungjawab menjaga lembu
dan kerbau. Tahu menarik kerbau ketika membajak,tahu bahasa-bahasa mengarahkan
kerbau bajak.Sok,chih dan ndoh.Daripada memandikan kerbau di sungai hinggalah
memasukkan ke kandang.Mencari lembu-lembu yang tersasar kumpulan hinggalah
menentukan supaya unggun api dinyalakan bagi mengelak nyamuk berpesta mneghisap
darah-darah lembu.Memastikan rumput-rumput makanan ternakan mencukupi dan waktu
ternakan terpaksa dikandangkan ketika musim padi muda.Mengumpul dan menyimpan
jerami-jerami padi waktu padi dituai.Diajar secara tidak langsung merawat
ternakan yang cedera.
Ayah yang aku tahu kemudiannya,merupakan
seorang yang proaktif.Seorang yang suka mencuba perkara baru. Dia cuba
menternak biri-biri yang pada ketika orang kampung belum semua mengenli
biri-biri.Ada yang bertanya boleh dimakankah dagingnya.Kesudahannya,ramai yang
menggemari daging biri-biri apabila ayah menyembelih untuk kenduri jamu semua
orang kampung.Aku melatih biri-biri jantan supaya menjadi jinak dan rakan
bergurau waktu petang sebelum dikandangkan.Ayah juga mempunyai kerbau jantan
yang mampu menarik balak.Juga merupakan salah satu pendapatannya.Sebagai
servival atau usaha meneruskan kehidupan,ayah pasrah dengan ketentuan cara
hidupnya.
Berbekal ilmu yang dipeljari
ketika sekolah pondok,ayah bagitu mengambil berat tentang pendidikan agama
anak-anaknya.Dia memastikan semua anak-anaknya boleh membaca al-quran dan
melaksanakan iabadah-ibadah khususiah.Memastikan makanan yang masuk kedalam
perut dan mendaging-darah anak-anak daripada sumber yang halal dan TIDAK
SUBHAH.Pernah aku dimarahi kerana membeli sawi di tanam oleh orang Cina yang
dipercayai menggunakan baja najis khinzir.Aku akur dan menghadiahkan sawi
tersebut kepada lembu di kandang.Setiap maghrib hingga ke Isya' anak-anak mesti
berada di surau.Disamping solat berjemaah,kami juga akan belajar membaca ai-quran.Itula
rutin kehidupan anak-anak kampung ketika itu.Bermula dengan mengangkat air ke
surau hinggalah boleh memasang lapu gaslin.
Pada akhir-akhir kehidupannya,setelah
isterinya meninggal,barulah ayah menceritakan sejarah hidupnya.Barulah kami
sebagai anak-anak dan cucu-cucunya tahu bahawa orang yang mendapat panggilan
Paksu Md.Noh telah menjalani satu detik kehidupan yang penuh dengan
ranjau.Bermula daripada bapanya,datuk kami semua,keluarga seorang
mualaf,menjadi anak tiri dan kemudiannya menantu yang dipinggirkan lantaran
kemiskinan.Md.Noh bin Che Mat itulh nama yang terdaftar.Che Mat pastinya bin
Abdullah kerana beliau seorang Cina yang merantau dan terdampar di sebuah
kampung di pedalaman,mendapat ehsan dan seterus menganut Islam.Status MUALAF dari
pandangan masyarakat Melayu diberikan kedudukan yang rendah.Malah ramai yang
menganggap sebagai pengemis.Nilai ini juga tempias kepada anak-anaknya.Tidak
hairanlah kehadiran keluarga datok kami,Che Mat sebagai keluarga pinngiran.
Perkahwinan Che Mat dengan
Siti Khadijah tidak berkekalan.Setelah mendapat tiga orang anak,mereka
bercerai.Che Mat hidup terumbang-ambing lantaran tidak memiliki rumah
sendiri.Dahulunya beliau menumpang di rumah mertua .Beliau mencari nafkah
dengan berniaga akar-akar kayu herba,
menjadi tukang urut,menjual ayam kampung dari satu pekan ke pekan
lainnya.Beliau pernah difitnah sehingga ditangkap.Nasibnya baik kerana ada
insan yang berhati mulia, menjamin beliau dan hakikatnya tiada kes yang boleh didakwa terhadapnya.
Ayah sememangnya tidak banyak bercerita tentang bapaknya.Malah kubur bapanya
juga tidak pernah ditunjukkan kepada cucu-cucunya.Kami difahamkan,kubur datuk
berada di kaki bukit perkampungan Mengkuang.Pernah satu ketika ayah menuding ke
arah bukit yang di maksudkan ketika aku baru berusia 6 tahun.Itu saja dan aku
hanya diam membisu.Anehnya,mengapa semua ahli keluarga Che Mat,anak-anak
Pakngah dan anak-anak Paklong juga membisu hingga kini dan tidak mengusahakan
untuk menjejak kubur datukku dan datuk mereka juga?ATAU apakah nasibmu sebagai
seorang MUA'LAF?
Muka ayah kusam dan sedih
bila menceritakan kehidupannya sebagai anak tiri.Mata ayah ditutup rapat
mengepung air mata yang mungkin bakal mengalir.Ayah tidak boleh tidor serumah
dengan emaknya.Tidak boleh makan bersama dengan bapak tiri dan keluarga
mereka.Ayah sering kelaparan kerana makanan dihabiskan oleh adik-adik tirinya
yang bukan seibu kandung.Ayah hanya boleh tidor di kebok padi.Tenaga empat
kerat dikerahkan hari demi hari untuk mendapatkan nafkah emak dan keluarga tirinya. Pertolongan Allah tiba dengan menggerakkan
insan berhati mulia mencadangkan ayah melanjutkan pelajaran di sebuah pondok
berdekatan.
Ayah menjadi murid pondok
yang setia.Menimba ilmu agama sebagai bekalan hidup.Tidak hairanlah,ayah bagitu
istiqamah dalam mengerjakan ibadah baik dalam apa jua keadaan pun.Sepanjang
perdampingan ku dengan ayah,ayah akan solat bila saja masuk waktu tidak kira
tempat.Aku selalu berjemaah dengannya di pantai sungai ketika kami menangkap
ikan.Ayah akan solat ketika memugar hutan.Ayah akan bangun tengah malam
beribadah walaupun badan keletihan.Ayah bangun awal untuk solat subuh.Ayah baca
surah kuat supaya anak-anak boleh hafal.Setiap tempat ayah bekerja,ayah
pastikan ada tempat berteduh dan boleh mengerjakan solat.
Bagi mendapatkan nafkah saraan waktu menuntut di sekolah
pondok,ayah mengambil upah banting padi,petik buah pinang,petik kelapa dan apa
jua kerja yang mendatangkan hasil.Kalau menumpang di rumah abangnya,ayah turut
membantu mengerjakan sawah atau apa sahaja kerja asalkan tidak dituduh
menyusahkan abang-abangnya.Kehidupan ayah makin tidak menentu apabila
Jepun menawan Tanah Melayu.Tentera Jepun
selalu membuat operasi menangkap anak-anak muda untuk dijadiakan buruh kerahan
membina landasan keretapi Burma -Tahiland.Sebagai jalan selamat,ada cadangan
supaya ayah berkahwin.Mereka menjodohkan ayah dengan janda beranak satu yang
kematian suami.Kebetulan janda tersebut anak kepada ketua kampung.Ayah
diijabkabulkan dan menjadi suami dan bapak kepada bayi lelaki.Lantaran ayah
tidak mempunyai kerja tetap dan rumah,ayah terpaksa juga menumpang dengan bapa
mertuanya.
Sudah menjadi amalan dan
kebiasaan bagi ayah.Dia akan membantu kerja-kerja mertuanya dengan apa jua
keadaan.Malangnya,kerja-kerja sebegitu tidak menampakkan hasil untuknya.Maksudnya
dia hanya menumpang bapak mertua tanpa mempunyai pendapatan sendiri untuk
menyara keluarga.Ini tidak disenangi oleh bapa mertuanya.Kesudahannya,beliau
dihalau dari rumah mertuanya.Ayah jadi bingung.Dimana dia hendak
berteduh.Hendak menumpang saudara mara tidak mungkin kerana sudah punya isteri
dan anak.Pengalaman lampau menjadikan ayah serik untuk menumpang orang.Rumah
sewa tidak pernah ada dalam senarai kehidupan ketika itu.Ayah nekat keluar juga
dan memberi pilihan kepada isterinya sama ada mahu kekal bersama keluarganya
atau mengikutnya yang tidak pasti di mana tempat berteduh.Isteri ayah
nekad,sanggup berkorban apa jua demi suaminya.Ayah sungguh bangga dengan sikap
isterinya.
Ayah membangunkan pondok
kecil atas tanah ibunya.Di pondok kecil itulah ayah membesarkan anak
tirinya.Pengalaman sebagai anak tiri,ayah tidak sanggup lagi keadaan yang sama
menimpa anak tirinya.Ayah jaga anak tirinya saperti anaknya sendiri.Anak tiri
inilah yang menjadi abang sulung kami kemudiaannya.Malah kami juga tidak pernah
merasakan bahawa abang sulung yang berlainan bapa sebagai orang asing.Dia
sebenarnya abang kandung dari ibu yang sama.Itulah didikan daripada seorang
ayah yang telah menempuh liku-liku kehidupan sebagai anak tiri.
Ayah terselamat daripada menjadi
buruh paksaan tentera Jepun. Ayah sudah punya keluarga.Ayah juga tamat belajar
di sekolah pondok. Membina keluarga dan menentukan masa depan anak-anak menjadi
agenda utama ayah.Ayah bekerja keras siang malam.Siang mengambil upah menoreh
getah.Petang memugar tanah dan malam menangkap ikan sungai.Waktu tidornya
paling sedikit.Ilmu yang diperolehi daripada pengajian
pondoknya,dipraktikkan.Meletakkan harapan yang tinggi terhadap
anak-anaknya.Abang sulung yang juga anak tirinya,dihantar belajar agama di
Pondok Tok Guru Haji YahayaKampung Pisangt sama dengan tempat beliau belajar
dahulu.Anak kedua dihantar untuk belajar dalam aliran Inggeris dan mampu
menyambungkan pelajaran ke Ibrahim School,Sungai Petani.Anak ke
tiga,aku,disalurkan ke aliran Kebangsaan walaupun guru besar merayu supaya aku
juga ikut aliran Inggeris.Aku juga terpaksa keluar daerah dan belajar di Sungai
Petani juga.Bagi penduduk Baling ketika itu tidak terdapat sekolah menengah di
daerah mereka.Jadi sesiapa yang hendak melanjutkan pelajaran terpaksalah keluar
daerah. Adik perempuan seorang dihantar belajar aliran agama.Tamat sahaja
darjah enam di sekolah Melayu,sambung di Yayasan Khairiah Kupang,nama yang popular
menggantikan nama Pondok Kanpung Pisang dan seterusnya ke Maktab Mahmud,Alor
Setar. Akhirnya melanjutkan pelajaran ke
Mesir.Adik bongsu yang lewat datang,lebih kurang sebelas tahun beza daripada
kakaknya menjadi orang harapan ayah.Orang yang diharapkan dapat membantunya di
kampung.
Ahli keluarga jalur
keturunan daripada pihak ibu lebih ramai .Satu tradisi dibina oleh keluarga
emak dengan mengekalkan satu nama yang akan diberikan oleh keluarga
tertentu.Ayah emak,namanya Abdullah.Datuk emak namanya Salleh.Ayah emak akan
menamakan juga anaknya Salleh ,adik bongsu emak.Salleh juga telah menamakan
anaknya Abdullah.Harapan bagitulah seterusnya.Emak juga kematiaan ibunya waktu
adik bongsunya,Salleh masih kecil.Emaklah menjadi kakak dan ibu kepada
Salleh.Emak tidak mendapat pendidikan yang sempurna .Tidak bersekolah secara
rasmi. Hanya mampu membaca al-quran atau kitab jawi.Ketika emak menjaga
adiknya,satu musibah telah menimpa dirinya.Sebahagian daripada badan emak
terbakar akibat pelita minyak tanah yang terbalik ketika mereka tidur. Sejarah
hidup emak dengan keluarganya tidak banyak diceritakan terutama tentang
suaminya yang pertama.Mungkin beliau ingin menjaga hati ayah,suaminya.
Bagi kami sebagai
anak-anak,kami tahu emak berketurunan Melayu Patani,Siam.Malah bahasa yang
dituturkan pun kekal bahasa Melayu Petani.Keluarga kacukan Cina dengan Melayu
Petani membentuk rupa paras berbeza dengan penduduk setempat.Apa yang pasti
genetik sebelah ayah,mata anak-anak semuanya sepet-sepet,warna kulit kuning
langsat dan beberapa kelebihan lainnya.Pengorbanan emak amat besar.Mengharungi
kesusahan bersama suami dan anak-anak.Pakaian tidak bersalin.Jauh sekali punyai
barang kemas.Masih terbayang lagi bagaimana emak selalu menemankan anak-anaknya
belajar sambil menganyam tikar mengkuang.Ketekunan emak menganyam ditemani Liuk lintuk api pelita minyak tanah ditiup
angin .Walupun emak buta huruf tapi dia
tidak buta kasih sayang dan semangat.Emak juga seorang isteri yang taat kepada
suaminyanya.Tidak ada dalam sejarah kehidupannya membantah cakap suami.Mungkin
emak faham penat jerih ayah mencari nafkah dan mencari harta untuk jaminan masa
depan keluarga.
Memang emak kena jaga
anak-anak.Kena masak untuk ayah dan anak-anak.Kena pastikan waktu makan tidak
lewat.Ayah akan makan ikut masa kebiasaannya.Dia ajar anak juga makan sama-sama.Kalau
lauk sikit sama-sama kongsi .Seminggu sekali emak akan buat sup tulang atau sup
ayam kampung.Buat kerabu ulam-ulaman yang terdapat disekeliling rumah atau
umbut-umbut yang ayah ambil dari hutan.Dari kecil dibiasakan dengan memakan
ulam-ulaman.Ikan pekasam ikan sungai sentiasa ada.Kalau tetamu datang dan tidak
ada lauk istimewa,emak akan masak lemak cili api ikan pekasam dengan jantung
pisang atau jeruk pucuk mamang.Sambal belacan cicah ulam petai,kerdas dan
sepaling kurang pun pucuk paku. Tetamu datang tidak dibenarkan balik
sehinggalah mereka dijamu makan .Itu satu kemestian bagi orang Melayu
Petani.Budaya ini menjadi amalan anak-anak emak dan ayah terutama adik
perempuanku.Setiap hari dia akan masak lebih dan berikan kepada jiran-jiran
terutama orang-orang yang daif.
Ayah tidak mmengharapkan
emak buat kerja-kerja berat.Walau bagaimanapun,kalau ada kelapangan emak akan
bantu ayah juga.Ke sawah waktu menanam atau waktu menuai padi.Kami sekeluarga
akan ke sawah membantu ayah.Kami diajar cara menghela kerbau bajak,menanam atau
menyedung dan mengetam atau kacip padi.Diajar cara memegang ketaman,mengikat
gemal padi,membanting padi dan seterusnya menghindik lesung kaki.Semua proses
difahami satu persatu.Itulah bekalan ilmu kemahiran penduduk kampung secara
turun-temurun.Dari satu generasi ke satu genarasi sehingga berlakunya
pemodenan.
Emak dan ayah dikurniakan
kemahiran tersendiri.Emak pandai mengayam tikar,supet,lekar dan tikar
kelarai.Makala ayah punya pelbagai kemahiran.Boleh sirat jala,buat
bubu,lukah,serkap,takul,candek dan apa sahaja alat menangkap ikan.Kalau di
darat jaring burung,perangkap kancil,napoh dan
landak.Daripada pandangan mata kasar,kehidupan kami sekeluarga memang
daif,susah,tetapi jaranglah kami belapar.Setidak-tidaknya ada nasi untuk
dimakan walaupun dengan minyak goreng ikan digaul dengan garam.Boleh dikatakan
setiap hari menu kami hanyalah ikan sungai.Ikan laut seminggu sekali itu pun
kalau ayah ada lebihan wang hasil jualan getah keping.Abang sulungku memang
diberi kepercayaan oleh ayah untuk menoreh getah.Pada masa itu,getah kena
dikepingkan.Susu getah ditakung,dibekukan,ditekan-tekan bagi nipis dan
dimisinkan .Ada dua jenis mesin.Satu mesin licin untuk dinipiskan jadi keping
dan satu lagi mesin bunga untuk dijadiakan corak.Kepingan getah yang siap
dimesin,dijemor panas matahari untuk dikeringkan.Kepingan getah yang
betul-betul kering akan mendapat harga yang baik.Setiap hari proses ini berlaku
bermula seawal pagi hingga tengah hari.
TOK CHEIR WAK LAH
Haji Abdullah bin Hj.Salleh
itulah nama sebenar ayah emak.Masyarakat kampung lebih mengenali beliau dengan
panggilan Wak Lah.Cucunya membahasakan dengan panggilan Cheir Wak Lah.Cheir
bahasa orang-orang Baling untuk sapaan kepada datuk lelaki. Kalau perempuan tok
sahaja.Setelah kematian nenekku sebelah emak,cheir kawin lain dengan orang
Sungai Dua ,Pulau Pinang.Tok Chik Fatimah tidak dikurniakan zuriat apabila
menjadi isteri Cheir Wak Lah.Bila anak kedua datukku
meninggal,datuk dan nenek kesunyian.Tok mengharapkan akau sebagai cucunya untuk
menemani mereka.Aku tidak keberatan dan boleh dikatakan banyak masaku bersama
datuk dan nenek.
Bila banyak masaku bersama datuk dan nenek,ayah dan emak
boleh saja terima.Malah mereka mengharapkan aku dapat dididik dengan sempurna
disamping membantu kerja-kerja datuk yang tidak pernah kurang.Wak Lah terkenal
bukan sahaja sebagai ketua kampung malah punya banyak ternakan lembu dan
kerbau.Pernah satu ketika lembu dan kerbaunya mencecah bilangan 30 ekor.Paling
banyak lembu.Datukyang biasa kami panggik Chee Wak Lah, juga tidak pernah mengharapkan nenek membuat
kerja-kerja berat.Memadai dengan memasak untuk chee dan cucunya.
Setiap hari chee Wak lah akan bangun awal dan menyuruh semua bangun
untuk solat subuh berjemaah.Nenek merupakan makmum yang bagitu
istiqamah.Selepas sarapan,datuk akan memastikan semua ternakannya pula mendapat
makanan.Kalau bukan musim orang bersawah,semua ternakannya akan dilepaskan
untuk cari makan sendiri.Lewat petang baru dicari dan dihela kekandang.Sekali
lagi cucu-cucu yang tinggal bersamanya
akan memastikan semua ternakan berada dalam kandang.Pastikan unggun api
dipasang bagi mengelak nyamuk menyerang ternakan ,tak kiralah berapa lama
unggun api akan bertahan. Kebiasaannya,tahi lembu akan digunakan bagi
mendapatkan asap dan boleh tahan lama.
Aku kembali bersama keluarga apabila menjejak kaki ke bangku sekolah.Satu-satu sekolah rendah yang ada di Mukim Kupang ialah Sekolah Umum Kupang.Terletak bersebelahan balai polis dan paling hampir dengan Pekan Kupang.Manakala rumahku hanyalah lebih kurang 700 meter sahaja di belakang sekolah.