PERJALANAN KE UK KESEKIAN KALINYA.
Mengimbau kembali kali pertama datang ke United Kingdom,negeri "Orang Putih" terasa teruja juga sebab ada perkara yang sangat dinanti-nantikan.Mahu bersama meraikan kejayaan seorang anak yang boleh belajar ke luar negara.Bulan Jun,2008 bersama isteri memulakan perjalanan dengan berbekalkan kebimbangan.Maklumkanlah hentak merantau ke negara yang tidak pernah menjejak kaki.Hendak dikatakan tidak pernah keluar negara,tidaklah juga.Semasa bertugas dulu banyak juga keuar negara,tapi itu dalam tugas dan dalam kumpulan.
Pengalaman pertama keluar negara ialah pada tahun 1992.Ketika itu ditawarkan berkursus di New Zealand dalam bidang pengurusan pendidikan.Terasa bertuah kerana terpilih bersama beberapa orang pengurus pendidikan MARA di Auckland selama tiga minggu.Persediaan awal telah dibuat ala kadar saja.Tidak ada bekalan makanan yang di bawa sebab telah dimaklumkan bahawa apa saja bentuk makanan mentah ada kering saperti serondeng daging tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara berkenaan.Ada juga rakan-rakan yang mencuba nasib,hendak juga bawa,dan saperti yang diduga semua kena rampas.
Penerbangan dengan MAS dari Lapangan Terbang Subang ketika itu akan singgah di Brisbance,Australia.Penumpang boleh keluar untuk berjalan sekitar lapangan terbang.Perkara baru yang dialami ketika itu ialah apabila kapalterbang akan dibuat semburan dahulu sebelum penumpang-penumpang dibenarkan keluar.Perkara yang sama juga berlaku semasa tiba di lapangan terbang Auckland.Amalan ini telah digunapakai di London bila kami tiba pada 6hb.Oktober,2014 yang baru lalu.Sedangkan ketika tiba buat kali kedua pada Nov,2012 perkara ini belum dilaksanakan.
Apabila tiba di Auckland,kebimbangan tentang mendapatkan makanan halal terhakis apabila terjumpa Restoran Chempaka yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia.Malam pertama sampai,telah diraikan dengan jamuan satey.Kami ditempatkan dalam satu appartment empat orang.Kelengkapan dapur boleh dikatakan sempurnalah juga.Kami hanya perlu membeli makan mentah saja.Atas persetujuan ahli bilik,kami mengambil keputusan masak sendiri untuk makan malam.Sarapan dan makan tengahari disedikan .Apa lagi bermulalah operasi mencari bahan-bahan keperluan dan paling penting sekali mendapatkan beras.Kami dapati di sini beras cuma dijual dalam bungkusan satu kilogram sahaja.Apa pun yang penting ada bekalan beras.Jadi perut Melayu tidak memberontak .Memudahkan kami lagi, ada anak Melayu,orang Sungai Petani,Kedah menjadi pembekal ayam dan daging halal.Alhamdulillah sungguh melegakan.Beliau akan datang pada waktu malam mendapatkan pesanan daripada kami.Sayur-sayuran dan lain-lain kami boleh dapatkan dari Super market(Mart) yang berdekatan.Malah ada sebuah kedai runcit milik orang Thailand yang menjual pelabagai rempah termasuk pest tom-yam.Apa lagi bergembiralah kami.
Pengetahuan awal tentang tempat berkursus tidak seberapa,jadi banyaklah kebimbangan,terutama sekali ramai dikalangan kita ialah tentang makanan halal.Perkara ini dianggap selesai.Perkara kedua tentang solat Jumaat,bagi lelakilah kan.Alhamdulillah ini juga terjawab dengan baik.Pihak penganjur telah menyediakan pengangkutan untuk kami ke masjid untuk solat jumaat.Bagitu juga di tempat kursus ada ruang masa dan tempat untuk solat.
Pada bulan Jun,2008 juga berdua dengan isteri menjejak kaki ke UK.Kami memilih penerbagan MAS kerana penerbangan terus ke London.Lagi pula kami dapat membeli tiket tawaran murah melalaui Mata-Fair.Tempuh untuk tinggal bersama anak di Hull,UK selama 40 hari.Istimewanya datang UK boleh bawa pelbagai jenis rempah dan perencah makanan.Harapan dapatlah masak masakan Malaysia bersama anak dan rakan-rakan serumahnya.Tiba sahaja di Lapangan Terbang Heathrow,London anak dan kawannya sudah pun menunggu untuk membawa kami ke Hull dengan keretapi.Ketika hendak cop pasport,Pegawai emigrasi,siap mengucapkan tahniah lagi bila diberitahu tujuan datang ke UK.Terharu juga.Sedangkan maklumat awal di situlah tempat penentu sama ada boleh masuk ke negara mereka atau tidak.Ketika melalui lorong keluar,kami mengikuti lorong hijau yang tidak perlu pemeriksaan kastam.Di dalam benak fikiran,mungkinkah ada pegawai kastam yang akan minta buka beg atau sebagainya.Bila keluar tidak ada pula tanda-tanda yang sedemikian sehingga ternampak wajah anak yang bagitu ceria melambai-lamabai.Pastinya dalam beg terdapat juga buah dokong Malaysia.
Sebelum menaiki keretapi,anak membawa kami minum petang di restoran KFC berdekatan.Perjalanan dari London ke Hull mengambil masa hampir dua jam juga.Waktu maqhrib kami tiba dan rakan-rakan serumah dengan anak telah pun menyediakan makan malam.Siap dengan sup ayam lagi.Alhamdulillah perjalanan mudah dan selamat.Sebelum memulakan perjalanan, doa selalu dibaca yang diaajar oleh ustaz ketika menunaikan haji dulu.Doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan berkesudahan dengan yang terbaik. Ketibaan kami di Hull diterima baik oleh anak-anak Malaysia yang belajar di University Of Hull tidak kira peringkat pengajian mereka.Ramai juga peringkat PHD dan mereka biasanya bersama keluarga.Kami diundang dari satu jamuan ke satu jamuan di rumah kediaman mereka.Kemuncaknya jamuan perpisahan dan meraikan kejayaan anak-anak yang sudah tamat pengajian mereka.Jamuan di buat di dewan khas.Sungguh meriah.Melucukan lagi,kami bertemu jiran dari taman kediaman yang sama di Kedah.Walhal ketika di sana tidak pernah bertemu muka.
Masa tiga minggu sebelum majlis konvokesyen anak,kami guna sepenuhnya untuk mengenali UK.Penerokaan ke bandar-bandar tertentu telah di buat sehinggalah paling jauh ke Scothland.Istimewanya,lesen memandu Malaysia dapat digunakan di sini dan ini memudahkan lagi untuk sewa kereta .Kebetulan juga teman serumah anak mempunyai kenderaan,jadi setiap hujung minggu mereka juga membawa kami jalan-jalan.Untungnya bila emaknya bersama, bolehlah masak-masak untuk bekalan perkelahan .Di samping itu anak-anak bujang juga turut melayan main golf dan bowling.Ramai juga pelajar Malaysia gemar main golf.Istimewanya,mereka boleh main golf percuma pada waktu-waktu tertentu.Set golf pula boleh dibeli dengan harga murah di Car-boot sale.Itulah kelebihannya apabila ada galakan meramaikan orang bersukan.Di tanahair sendiri permainan ini dianggap untuk orang-orang berada atau status tinggi dalam masyarakat.
Ketika berada di Hull,kami beruntung kerana dalam musim panas(summer).Waktu siangnya panjang.Bila melancong,banyak tempat boleh jelajah.Cuaca pun tidak sejuk sangat cuma antara 16C hingga 18C sahaja.Menyebut tentang menyewa kereta,ada peristiwa amat baik perlu dikongsi bersama,Anak buat tempahan kereta sewa pukul 8.30 pagi.Kebiasaannya mereka akan datang menjemput penyewa di rumah atau tempat berdekatan rumah.Pada hari tersebut ,bila pukul 8.30am tidak ternampak kelibat kereta sewa yang datang.Selepas setengah jam menunggu,anak telefon semula untukm mendapatkan pengesahan.Didapati bahawa orang yang menerima tempahan terlupa buat catatan bahgian tindakan.Pengusaha kereta sewa minta kami datang ke tempatnya dengan teksi dan mereka yang bayar tambang teksi berkenaan.Selesai mengisi borang dan bayaran deposit sewaan kereta,pengurus kereta sewa berkenaan minta maaf diatas kesalahan mereka dan sebagai pampasannya,mereka menyediakan satu tangki penuh petrol untuk kami.Terharu rasanya dengan sikap mereka yang bagitu mengambil berat kepada pengguna.Tidak tahulah pula kalau ada pengusaha-pengusaha kereta sewa di Malaysia juga turut mengambil tindakan yang sama.Tidak pernahlah pula menyewa kereta di tempat sendiri dan kedengaran cerita yang seumpamanya.
(bersambung...)
ALAM PERSEKOLAHAN aku bermula awal tahun 1957,di Sekolah Umum Kupang.Hari pertama persekolahan memang tidak ada langsung dalam ingatan.Seingat akau ayah atau emak tidak pernah bercerita tentang hari pertama persekolahanku saperti yang selalu diceritakan oleh keluarga-keluarga lain tentang kerenah anak-anak mereka pada hari mula persekolahan.Ayah tidak pernah ceritakan yang mereka terpaksa tunggu di luar bilik darjah hingga berminggu-minggu atau terpaksa hantar anak-anak hingga ke pintu bilik darjah.Aku mungkin tidak menimbulkan masalah seawal persekolahan.mungkin juga aku dibekalkan semangat kerana dua orang abang berada di skolah yang sama. Apa yang pasti,uniform sekolah ,baju putih,seluar pendek warna biru gelap dan kasut putih."Fung Keong"itulah jenama kasut terkenal ketika itu.Hujung minggu,emak akan basuh pakaian sekolah dan baju diletakkan "kanji" dan nila.Kanji bagi membolehkan baju bila digosok(seterika) akan membentuk saiz tegak dan lambat berkedut-kedut.Kasut pula diletak kapor jenis ketol macam bedak nyonya.Hanya sepasang itulah dipakai sepanjang tahun atau kalau boleh beberapa tahun.Selalunya seluar bahagian buntutlah yang cepat koyak kerana duduk di bangku kayu dalam kelas.Ketika itu,tidak ada kerusi dalam kelas kecuali kerusi guru.Murid-murid dibekalkan dengan meja panjang dan bangku.Satu meja dikongsi empat orang.Emak akan menampal semula bahagian yang koyak sama ada seluar atau baju.Memakai baju bertampal tidak menjadi masalah atau terasa malu.Mungkin ramai murid yang juga memakai baju atau seluar bertampal.Bagitulah sikapku sehingga ke sekolah menengah masih boleh memakai pakaian bertampal dan tidak merasa aib atau malu.
Sekitar kediaman rumah sewa anak di Loughborough,United Kingdom(UK),tepat 12 malam,kedengaran dentuman bunga api dan dalam masa yang bagitu singkat,tidak sampai pun setengah jam.Pada awal malam tidak nampak tanda-tanda adanya sambuatn awal tahun peringkat daerah.Ini aku pasti kerana,semasa pulang dari membeli barang-barang keperluan dapur,keadaan biasa sahaja.Kalau ada parti Tahun Baru secara tertutup itu tidak pasti. Kebiasaan masyarakat di sini,majlis-majlis keraian dibuat secara tertutup.
Keesokan harinya barulah dapat menyaksikan sedutan acara sambutan di Dataran Merdeka,yang turut berada bersama para hadirin ialah TPM dan Menteri Penerangan,Kebudyaan dan Kesenian.Acaranya memang saperti kebiasaan sambutan negara-negara lain juga.ada tarian,nyanyain,persembahan kumpulan dean akhirnya tiba detik 12mlm tembakan bunga api sambil ramai-ramai menari dan menyanyi.Antara ucapan TPM," terbit fajar besok,2013 kita hanya tinggal 7 tahun lagi untuk masuk Negara Maju." Agaknya TPM merujuk kepada Wawasan 2020 yang melakarkan bahawa Malaysia akan capai taraf negara maju.
Bila dibaca pada komen-komen rakan-rakan facebook,rata-rata memuji cara yang dibuat lebih kepada berpaksikan ke Islaman.Progaram yang mengajak para remaja terutamanya kembali kepada cara hidup yang diredzai Penciptanya.Menjauhi maksiat dan kemungkaran. Mengajak kepada JIHAD. Sekarang terserahlah kepada pembaca untuk memberikan komen sebagaim mengasah minda dalam percambahan minda ini.Wassalam.
Dua hari berturut-turut isu tentang di sebuah sekolah seorang guru mendenda murid "nakal" memakai Hi-Vic (jaket yang dipakai oleh buruh kasar).Tindakan ini direstui oleh guru besar sekolah berkenaan.Tindakan ini membawa konotasi bahawa murid berkenaan perlu diketahui oleh semua warga sekolah,pelajar berkenaan paling nakal di sekolah berkenaan.Perbincangan secara terbuka di kaca TV dan ahli masyarakat dijemput mengemukakan pendapat.Kebetulan murid berkenaan anak kepada seorang doktor berketurunan Arab dan ibunya warga Inggeris.Keluarga berkenaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pimpinan sekolah berkenaan.Apa pendapat anda sebagai orang Malaysia?
Isu menghukum murid dan pelajar merupakan perkara yang menjadi polimik berlanjutan dan tidak ada kesudahannya.Orang yang hidup zaman lima puluhan dan sehingga awal tujuh puluhan,selalu menyatakan bahawa "zaman mereka belajar" guru punya kuasa yang mutlak.Apa saja yang dibuat oleh guru semuanya benar.Penjaga atau ibu bapa tidak pernah mempersoalkan tindakan yang diambil oleh guru.Masyarakat meletakkan status guru itu bagitu mulia dan bagitu dipercayai kebolehan mereka.Atau,ibu bapa tidak berani menyalahkan guru-guru lantaran latarbelakang pendidikan ibu bapa lebih rendah daripada guru.
Belum pun selesai isu kependidikan di UK,dunia dikejutkan pula dengan kejadian remaja menembak mati 20 orang pelajar dan 6 orang guru di Amerika Syarikat(US).Adakah ini juga berkaitan dengan ketidakpuasan hati dengan tindakan guru atau "ketidaksiuman Pelakunya yang berusia 20an? Pelaku anak seorang guru.Ibunya telah bercerai dan atas alasan keselamat,menyimpan tiga jenis senjata di rumahnya.Ibunya selalu membawa belia ke lapangan sasar,berlatih menembak.Malangnya senjata makan tuan.Tapi itu bukan isunya.Apakah sebenarnya disebalik peristiwa ini?Dinyatakan bahawa remaja ini juga bermasalah di sekolah dan ahli kumpulan remaja nakal.Ditinggalkan persoalan ini sementara untuk isu percambahan minda kita semua.Berfikir jangan tidak fikir.Wassalam dan maaf sekiranya ada fakta yang kabur atau salah.
"Jetlap" Satu kejutan pertukaran tempat tinggal yang ketara akstrimnya.Pebedaan masa lapan jam,suasana sejuk dan waktu malam yang panjang,menjadikan diriku memerlukan penyesuaian.Pukul 4.20 petang sudah masuk waktu maqhrib,pukul 5 petang dah gelap dan 5.30 dah masuk waktu Isya'.Mataku akan bersa mengantuk bila masa di tempat asalnya larut malam,sedangkan waktu itu disini masing siang.Kata orang,penyesuaian memerelukan tempuh seminggu juga.Wah kalau bagitu bagaimana nak melancong?Dari sinilah datangnya kekuatan dalaman.Lokus kawalan dalaman.Ha ha teringat semasa memberi cermah mlotivasi kepada anak-anank didik di MRSM dulu-dulu.Dalam khutbah Jumaat,khatib mengaitkan waktu solat yang singkat,pada musim sejuk ,sebagai satu jujian tentang sejauh mana kita menjaga solat.Satu ujian terhadap insan muslim sama ada berhati-hati tentang solat.Sebaik sahaja selesai solat zohor,tunggu lebih kurang sepuloh minit,sama-sama mendirikan pula solat Asar.Bagi pelajar universiti setempat,ini merupakan satu kelebihan untuk mereka.
Bagi orang Eropah khususnya,di UK ,makluamat tentang cuaca setiap hari amat penting.Mereka juga dikurniakan empat musim setahun.Ini merupakan nsatu kelebihan untuk mereka.Musim sejuk dan yang terlibat dengan salji tebal,mereka selalunya menyimpan makanan yang banyak.Mereka dilatih menghadapi empat suasana yang berbeza.Itulah menjadikan mereka bagitu pantas melakukan tugas dan mengambil tindakan.Teringat cara hidup kita di Malaysia.Kita hanya bertemu dngan musim hujan atau tengkujuh,dan musim panas.Inilah agaknya menyebabkan kita bagitu selesa dan tidak perlu sangat memikirkan tentang masalah cuaca.Timbul andaian sendiri,ini juga agaknya terbawa-bawa dalam cara hidup kita seharian,kita lebih selesa dan tidak perlu tergesa-gesa.Tidak banyak mencabar penyesuan diri denga perubahan alam.Wallahu'alam .Hanyalah mencabar minda sendiri.