BERMULA SATU KEHIDUPAN  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Apabila kita memperkatakan tentang kehidupan pastinya melibatkan survival atau penerusan hidup setiap INSAN.Sejarah awal manusia dijadikan hinggalah kini.Bermula dengan kejadian Nabi Adam alaihissalam.Dijadikan dari "tanah" thurab.Tanah hitam yang keras.Kemudian ditiupkan ROH dan hiduplahseorang INSAN yang dinamakan ADAM.Dinyatakan didalam al-quran,sebelum Allah hendak menjadikan manusia,telah berlaku konflik antara Iblis dengan penciptaNya.

KONFLIK yang memancarkan tentang keengkaran antara hamba dengan penciptanya.Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Mengapa Allah bertanyakan malaikat dan iblis tentang hasratNya hendak menjadikan manusia.Apakah perlu bagi Yang Maha Berkuasa memperolehi persetujuan daripada hambanya.Apakah pengajaran yang hendak disampaikan oleh Allah tentang cerita ini.Tentang dialog Allah dengan Iblis dan Malaikat?.Mengapa Allah memerintahkan iblis dan malaikat sujud atau patuh kepada manusia?

Peristiwa yang diceritakan dalam al-quran ini juga memaparkan tentang keangkuhan. Tentang makhluk yang menegakkan asal-usul kejadiannya.Martabat dan status.Iblis berbangga dengan asal kejadiannya daripada api.Sedangkan manusia akan dijadikan daripada tanah.Iblis sanggup mempertahankan martabatnya sehingga rela dimurkai dan dihalau keluar dari syurga,tempat yang paling mulia dan paling istimewa.Iblis telah dilaknat oleh Allah.Apakah ketika itu iblis tidak tahu bahawa golongan dia juga dijadikan oleh Allah.Apakah para malaikat tidak tahu akan asal kejadian mereka?Mereka juga mempunyai kemulian dari sudut asal kejadian.Pada masa yang sama, Allah Yang Mahu Mengetahui telah memberitahu bahawa manusia yang dijadikan mempunyai kelebihan iaitu akan dibekalkan dengan ILMU.

Peristiwa awal sebenarnya banyak persoalan-persoalan yang hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.Mengapa Allah memberitangguh kepada iblis dan tidak memusnahkannya.Walhal iblis dengan angkuh berikrar untuk menyesatkan manusia.Malah iblis berjaya memperdayakan Adam a.s.dan isterinya Hawa sehingga terpaksa dikeluarkan dari syurga.Apabila Nabi Adam a.s.dan Hawa(isterinya yang dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam) turun kedunia bermulalah kehidupan manusia sebenarnya.Zuriat Adam a.s. dengan Hawa melalui proses yang berbedza daripada kejadian Adam itu sendiri.Dikatakan sebagai proses kedua kejadian manusia.Proses biologi yang berterusan hingga kini.Proses persenyawaan antara benih jantan dan betina.Ini juga dijelaskan dengan terperinci didalam al-quran.Disebut tentang airmani,percantuman benih lelaki dan wanita.Diletakkan pada tempat yang kukuh dalam rahim wanita(bakal ibu),menjadi segumpal darah dan seterusnya mengikut tempuh masa sehingga terjadi satu kelahiran manusia.Disebutkan tempuh masa kandungan sembilan bulan sepuluh hari.

Kehidupan manusia ditentukan oleh Allah tentang rezekinya.Tentang tatacara kehidupannya.Diberikan panduan melalui kitab-kitab yang diturunkan kepada Rasul-rasul pilhanNya sehinggalah Rasul terakhir Muhammad s.a.w dengan kitab al-quran.Kitab panduan kehidupan kita kini.Panduan-panduan yang diberikan oleh Allah Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Bijaksana,Maha Pengampun,Maha Pemurah,Maha Penyayang dan segala yang berkaitan dengan asma-ulhusna.Terangkum segala aturan dan tunjuk ajar yang mesti dilaksanakan oleh insan demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia.Satu jaminan dibawah konsep ,"rahmatan llalami."Slogan yang dibawa oleh Rasulullah s.aw."RAHMAT SELURUH ALAM".

Kehidupan manusia di muka bumi silih berganti dari satu genarasi ke satu generasi.Bermula daripada nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w.Kerenah-kerenah kehidupan manusia dan balasan-balasan yang dikenakan oleh Allah terhadap mereka yang engkar.Selepas Nabi Muhammad s.a.w tiada lagi rakaman-rakaman saperti yang diterangkan oleh Allah dalam kitabNya Al-Qurannul Karim.Generasi kini hanyalah membaca sejarah yang ditulis oleh manusia sendiri.Sejarah mengikut lingkungan geografi dan ethnik masing-masing.Sejarah yang bersifat etno dan interno sentrik.Bersifat kedaerahan dan penuh dengan bias.Ambil sahaja sejarah negara kita.Peringkat awal sejarah negara kita,ditulis oleh orang-orang luar/barat.Bagitu juga berlaku dinegara-negara lain di dunia.Penulisan sejarah bukan sahaja sebagai sejarah malah dimasukkan unsur-usur propaganda ideologi penulisnya.

Terkini kita di Malaysia,rakyat mula mempersoalkan tentang asal-usul ras yang ada di Malaysia terutama tentang beberapa kaum yang terbesar.Sejarah awal orang-orang Cina dan India di Semenanjung Tanah Melayu.Malah sejarah awal Orang Melayu sendiri belum boleh meyakinkan kelompok-kelompok lainnya.Sudah ada yang mempersoal dan mencabar tentang ketuanan Melayu.Bagitulah juga terjadi kepada Warga Palestin.Kewarganegaraan mereka tidak diiktiraf.Kaum Yahudi menyusuri sejarah awal sehingga kepada Bani Israel dan Nabi Ismail.Dikaitkan dengan sejarah awal nabi-nabi bagi mengukuhkan hujah yang membolehankan mereka menduduki dan menguasai Baitul Muqaddis.Bagi mencapai hasrat mereka,matlamat menghalalkan cara.Penduduk Palestin boleh dibunuh,bangunan dimusnahkan,mereka dikepung dan dinafikan hak untuk bergerak malah hak untuk mendapatkan asas kehidupan.Inilah iblis moden yang dilaknat oleh Allah.Bayangan iblis yang derhaka kepada Allah dan berikrar untuk menyesatkan hamba Allah yang mengaku beriman kepada Allah.

Insan yang dikasihi Allah sekalian.Pendapat dan komen boleh membantu untuk kita sama membela dan mengembalikan semula erti kemanusian dan kehidupan sebagai hamba Allah yang dilantik sebagai khalfah di muka bumi.Wallahhu'alam.

This entry was posted on Tuesday, February 3, 2009 at 5:32 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment