Assalamualaikum dan salam sejahtera.Biasanya ada perkara yang menggerakkan seseorang untuk mencoretkan sesuatu.Itulah yang menggerakkan Cikgu Zack ingin berkongsi sesuatu kali ini.
2ohb.April lalu sempat meninjau rakan2 di ibu pejabat yang masih berkhidmat.Ramai juga yang sudah bersara.Ada yang tinggal sebulan dua lagi masa untuk berkhidmat dan paling lama pun satu tahun.Mereka termasuk dalam kumpulan WAJIB bersara.Pada carta organisasi,terpapar mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengurus Maktab,MRSM seluruh negara ,termasuk yang baru beroperasi di Sabah dan Sarawak.Di antara yang paling baru di Mukah,Betung,Bentung , Pekan dan Baling.Melihat wajah-wajah mereka,teringat kembali kepada masa silam ketika memegang amanah yang sama dan seerti dengannya.
Pengurus atau Pentadbir Pendidikan ( CEO),diberikan juga gelaran sebagai PENGETUA. Memegang amanah melakasanakan program pendidikan mengikut ketetapan dan lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh "Stake Holder".Memikul dan menggendung peranan saperti yang tersenarai tugas dan yang tidak tersenarai.Pengetua sekolah menjadi orang PENTING bagi memastikan DASAR pendidikan dilaksana pada tahap semaksimum mungkin.MEMASTIKAN semua guru,staf sokongan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi khidmat terbaik kepada PELANGGAN organisasi.PENGETUA mesti cekap menguruskan PERUNTUKAN KEWANGAN supaya setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan.TIDAK berlaku pembaziran,ketirisan dan TERLEBIH belanja.Dalam bidang ini PENGETUA dibantu oleh PEGAWAI TADBIR,kerani kewangan atau kerani akaun dan mereka yang diberikuasa mengurusnya.Pastinya tanggungjawab ini mudah dilihat dan diukur.Ada juru audit akan menyemak sama ada setiap tahun atau mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
PENGETUA sebagai PENGURUS MANUSIA.....merupakan suatu bidang yang amat sukar diukur dan merupakan cabang tanggungjawab yang bukan sahaja dinilai oleh stake holder malah oleh pelanggan.PALING UTAMA bila kita merasakan bahawa kita juga di nilai oleh PENCIPTA kita,insan yang setiap hari berikrar " hidupku dan matiku kerana Allah Yang Menguasai Seluruh Alam".PENGETUA sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan anak-anak yang diserahkan oleh ibu bapa mendapat didikan yang sempurna selari dengan FPN atau Dasar Falsafah Pendidikan Negara..mewujudkan INSAN YANG SEMPURNA(Insan nul kamil),berketrampilan atau ada yang melatakkan cogankata INSAN SOLEH SERBA BOLEH...atau KE ARAH MEWUJUDKAN INSAN TAQWA dan BERWIBAWA...dan pelabagai lagi yang semuanya menjurus kepada pembentukan insan yang sempurna.Sempurna daripada sudut kecerdikannya,sempurna akhlak dan mahir sosialnya.
PENGETUA mentadbir sekolah yang terletak dipelbagai lokasi geografi,urban,semi urban dan rural.Walaupun kemudahan ASAS standard,keadaan persekitaran pastinya berbedza.Latarbelakang pelajar yang dibekalkan,majoriti daripada masyarakat negeri setempat.Contohnya,kalau di Sabah dan Sarawak,pastinya majoriti pelajar dari negeri berkenaaan.BAGITU JUGA guru-guru dan staff sokongan daripada pebagai latarbelakang keluarga,kefahaman,kepercayaan ,pengkhususan ilmu dan minat.Seorang pengetua dikatakan bernasib baik sekiranya mendapat guru-guru yang boleh mengisi tugas-tugas tambahan dengan minat sendiri.Seandainya tugas diserahkan kepada mereka yang kurang atau tidak berminat dan bukan bidangnya,pasti akan berlaku pertembungan kepentingan.Menerima tugas berdasarkan keputusan ramai(mesyuarat) atau atas dasar hormat ketua.Bagitulah juga dengan para pelajar.Ada perkara yang mereka minat dan tidak.Bagitu juga ada yang mereka suka atau gemar atau sebaliknya.Daripada menu makanan,jenis permaianan,kawan sebaya dan semua yang berda di institusi berkenaan sehinggalah kepada gurunya.Malah ada juga yang tidak suka kepada PENGETUAnya.
Percambahan minda Cikgu Zack kali ini lebih memfokus kepada PENGETUA sebagai pentadbir pendidikan dalam mengisi tanggungjawab pembentukan akhlak dan jatidiri para pelajar.Kadangkala kita secara mudah membuat andaian bahawa ,bila pelajar sudah diserahkan kepada guru dan guru penasihat,maka pastinya akan terbentuk akhlak mulia dan jatidiri pada setiap diri pelajar.Tambahan pula ada subjek agama,moral dan dibantu pula Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Sebagai pencetus minat belajar pula,diperkenalkan kursus Kemahiran Amalan Belajar.Pekembangan minda,diberikan kursus Kemahiran Berfikir,termasuk berfikir secara lateral.Pengisian kemahiran soaial,pelbagai kelab diwujudkan termasuk kelab keusahawanan dan kelab-kelab di bawah kokurikulumnya.Seimbas lalu memang diyakini seandainya semua dilaksana dengan berkesan,pastinya terbentuk insan saperti yang diharapkan.Persoalannya,mengapa masih kedapatan nada-nada ketidakpuasan hati terhadap kerenah,perangai,sikap dan akhlak hasil produk institusi pendidikan ini.Jemaah Disiplin Maktab saban minggu ada sahaja kes yang harus dibuat keputusan.
Baru-baru ini ada guru senior mengadu dia ditempelak oleh bekas pelajarnya seorang perempuan yang membuka tudung.( cikgu tak perlu sibok tentang saya,kubur masing-masing ..bagitulah maksudnya).Malah ada pelajar lelaki yang secara sengaja merokok dihadapan guru setelah mereka tamat sekolah...tengok cikgu sekarang saya bebas hendak buat apa saja.Cikgu tidak lagi boleh buat apa kepada saya..bagitulah maksudnya) Satu pancaran bahawa guru hanya dihormati ketika disekolah sahaja.Hah apa kaitannya dengan peranan PENGETUA dalam situasi ini.(bersambung selepas ini)
Sekembali dari surau jam 6.45 pagi,kedapatan mesej di telefon bimbit memaklumkan tentang pemergian seorang sahabat lama yang sama-sama bertugas dengan MRSM.Beliau telah kembali ke Rahmatullah jam 3.30am,28/12/2010 .Tuan Hj.Mohd.Sabri Ali yang masih berkhidmat sebagai Pengetua MRSM Blik Pulau,Pulau Pinang.Baru dua minggu lalu arwah telah menghubungi bertanyakan khabar.Beliau memaklumkan bahawa beliau mendapatkan nombor telefon saya daripada Tuan Hj.Hassan.Nombor dalam simpanan beliau hilang apabila beliau menukar handset baru.Aku terharu dengan kesungguhan beliau menghubungi sahabat lama dan menyampai hasrat untuk menjemputku berkongsi pengalaman dengan guru MRSM Balik Pulau awal tahun 2011,apabila sesi persekolahan bermula.
Tiga hari sebelum berakhir tahun Hijrah 1431,dengan izin Allah,saya kembali lagi ke Gerik atas undangan bekas pelajar MRSM Gerik kumpulan pertama dan ke dua.Berpeluang juga bermalam di Rumah Rehat Gerik,yang merupakan tempat penginapan utama dalam sejarah pekan Gerik, iaitu sebelum wujudnya rumah2 tumpangan.Hati berbisik,mengapa pengurusan Rumah Rehat ini tidak menampakkan kemajuan/peningkatan kualitinya.Taman Inai,yang menjadi kebanggaan anak2 satu ketika dulu ,sudah terabai.Banyak alatan rekreasi,termasuk kerusi2 rehat,terbiar.Kawasan tidak dibersihkan.Rumput panjang seolah2 sudah lama tidak dipotong.Keadaan ini sama saja di sekitar masjid dan restoran2 tanah wakaf masjid hinggalah sekitar hadapan balai polis Gerik.
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Agak lama tidak menulis lantaran kesibukan yang sebenarnya tidak sibuk.Pencetus idea hendak menulis semuala apabila bertemu ramai anak-anak sekolah yang sedang bercuti berkeliaran di Shoping Complex , merayau-rayau merata taman mainan,stesyen bus dan ke hilir ke hulu dengan motorsikal bapa.
Satu trend baru penduduk luar bandar,semi urban/pinggir bandar dan sekitar sawah padi ,anak-anak akan meronda-ronda dengan motorsikal sekeliling kampung,batas-batas ban sawah padi dan jalan-jalan luar bandar.Satu kumpulan antara empat hingga 6 buah motorsikal.Bagi yang tidak mempunyai motorsikal mereka akan membonceng.Majoritinya remaja lelaki dan kedapatan juga remaja perempuan tetapi dalam kumpulan yang kecil.Melihat kepada saiz badan,majoriti tidak layak memiliki lesen memandu.Mereka ini terkelompok dalam darjah enam hingga tingkatan dua sahaja.Ternyata mereka bagitu gembira sekali apabila dapat menunggang motorsikal.Apakah ini satu riadzah bentuk baru remaja kini.
Pernah bertembung dengan bapa yang marah-marah lantaran motorsikalnya kehabisan minyak/petrol .Tidak kurang juga yang motorsikalnya rosak,yang menjejaskan kerja harian bapanya.Bapa tidak boleh ke kebun atau ke sawah .Terpaksa menunggu bengkel buka barulah boleh dibaiki.Ini bermakna kerja bapa hari itu terjejas.Belum lagi cerita tentang petrol yang setiap hari perlu diisi. Anak sebagai aset atau penyumbang memelesetkan ekonomi keluarga?Teringat semasa umur sebaya dengan kumpulan remaja ini,;Setiap petang mesti ada kerja yang perlu dibuat.Ke sawah membajak,menyabit rumput untuk lembu dan kerbau kepunyaan bapa atau datuk.Menghela lembu dan kerbau kekandang apabila hampir maghrib.Memastikan tidak ada ternakan yang tercicir atau tak ada di kandang.Amat berbeza sekali kehidupan antara remaja kini.Apakah sumbangan mereka kepada keluarga?Terasa hinakah apabila kita terpaksa bergelumang dengan selut atau berbau getah beku(skrap)?
Satu lagi gejala yang perlu memerlukan PERCAMBAHAN MINDA kita.Wassalam
Tahun 1957,hari Negara kita mendapat KEMERDEKAAN dari penjajah Inggeris,merupakan tahun yang juga bermakna bagi seorang anak kampung di pedalaman.Ketika itu cikgu berada dalam darjah satu di Sekolah Umum ,Kupang,Baling.Walaupun merdeka ,Baling masih dianggap "Kawasan Hitam".Kawasan yang menjadi tempat persembunyian komunis.
Seingat cikgu,tidak ada acara yang gah atau hebat sangat sempena sambutan Kemerdekaan, saperti yang dilakukan sekarang.Satu perhimpunan diadakan di padang sekolah.Guru besar berucap dan menyentuh tentang kemerdekaan dan di akhir ucapan diteriakkan Merdeka!,merdeka!,merdeka!......Pada masa itu kanak-kanak darjah satu apalah sangat yang difahamkan dengan kemerdekaan.
Selepas merdeka,masih kedapatan tentera British berulang-alik dari Kem Sungai Petani dan Butterworth ke sempadan Thailand/Siam di Betung dan Weng.Lambang pisau Kukri,lambang bagi tentera Gurkha yang berkhidmat di bawah Pasukan Tentera British pada kereta perisai dan trak-trak tentera membezakan anatara mereka dengan Askar Melayu(yang menggunakan lambang keris).Disebabkan Sekolah Umum Kupang terletak di tepi jalan raya utama menghubungkan Baling dengan Pulau Pinang dan Perlis di utara,setiap pergerakan konvoi tentera disedari oleh murid-murid.Terlintas sahaja kenderaan tentera,mereka beramai-beramai berlari ke pagar sekolah serta menjerit;merdeka! merdeka!......beramai-ramai.Ketika itulah askar-askar tadi akan melontarkan gula-gula atau biskut.Masing-masing berebut-berebut mendapatkan apa sahaja yang dilontar oleh tentera British tadi .
Anak-anak cikgu sedang mengikuti program sempena sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke-52.Teringat semasa menjadi pentadbir sekolah dulu,malam ini semua pelajar di kehendaki mengambil bahagian dalam Program Diambang Merdeka.Mereka mengisi progaram sehingga "Detik 12 malam" Semua pelajar,guru-guru dan staf sokongan akan berkumpul sama ada dalam dewan atau di padang sekolah bermula selepas solat isya hingga detik 12 malam.Selepas solat isya' di adakan majlis bacaan yasin,memohon restu daripada Allah supaya MALAYSIA tetap Aman,Sejahtera dan jauh dari bala dan bencana.
Aturcara program Diambang Kemerdekaan disusun supaya pelajar-pelajar disemai dengan semangat patriotik.Fantomen,deklmasi sajak,koir,lagu, nasyid dan ucapan semuanya menjurus kepada pengisian kesedaran sejarah dan semangat cintakan negara.Para pelajar diberi kebebasan memilih bentuk persembahan yang bakal mereka sampaikan.Teringat pada satu tahun,pihak maktab telah mengadakan forum dan dialog tentang kemerdekaan dengan membariskan ahli panel dari bekas anggota Forst 136 yang masih hidup di Gerik,Perak.Program ini mendapat sambutan luar biasa daripada para pelajar.Mereka banyak mengumukan soalan-soalan dan paling banyak tentang zaman darurat dan kekejaman komunis.Tidak hairanlah mengapa Prof.Wan Hashim Wan Teh telah membukukan sejarah pejuangan kumpulan ini.
Sempena dengan detik 12 malam 2009,cikgu nukilkan semula beberapa perkara supaya tidak hilang dari ingatan dan memohon rakan-rakan yang mempunyai pengalaman yang sama dapat berkongsi semula.Sebaiknya bekas pelajar yang sudah berjaya,yang terlibat semasa, satu ketika dulu.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52.Sama-sama kita doakan semoga NEGARA KITA terus aman ,makmur dan menjadi NEGARA YANG BAIK DAN MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH,AMIN.
Salam ramadzan dan selamat berpuasa.Nukilan pada pagi bulan Ramadzan bermula dengan soalan.Memanglah sifat guru kena bertanya. Menyoal atau bertanya.Siapakah sebenarnya yang membantu anak-anak di sekolah berjaya ? Ya,berjaya dalam bidang akademik,kokurikulum dan memiliki akhlak mulia.
Di setiap sekolah semestinya mempunya( CEO) atau pentadbir pendidikan sekolah,guru-guru,staf sokongan(lumrah dipanggil kakitangan) yang terdiri daripada Pembantu Tadbir,Pembantu Am(PAR),Pemandu dan pekerja-pekerja syarikat yang dilantik secara kontrak .Para guru pula bukan sahaja melaksanakan kerja-kerja hakiki malah memegang beberapa lagi tugasan tambahan yang tidak bersangkutan dengan mata pelajaran atau subjek yang mereka ajar.Mereka juga diberi tanggungjawab sebagai warden asrama,penasihat kelompok kecil pelajar(sebagai ibu atau bapa angkat),penasihat kelab dan persatuan,penasihat badan pakaian seragam(beruniform) atau menjadi Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu saperti Ahli Jawatankuasa PIBG( di MRSM dikenali sebagai AJK MUAFAKAT MRSM).Bagi Sekolah Bersama Penuh(SBP) saperti MRSM pastinya ada lagi insan yang terlibat bagi memastikan kejayaan anak-anak yang bersama mereka .Ambil sahaja mereka yang terlibat menyediakan makan minum pelajar-pelajar.
Teringat sebagai pengetua dulu terlibat memberi taklimat kepada pekerja-pekerja bahagian dapur.Mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar asrama.Seruan atau permintaan," Tahukah tuan-tauan dan puan-puan bahawa tuan puan semua bersama dalam satu medan perjuangan .Berjuang memastikan kejayaan anak bangsa.Anak-anak yang bersama kita di MRSM...sedang berjuang menuntut ilmu,termasuk dalam kumpulan berjihad.Ambillah kesempatan ini untuk beribadah kerana setiap titik peluh yang kita curahkan demi kepentingan pelajar akan diterima Allah sebagai ibadah jua.Jadi ibadah sekiranya kita ikhlas dan niat kita betul.Kita jaga supaya makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar halal,bersih dan memenuhi kualiti yang diperlukan dan kuantiti yang ditetapkan.Kita tidak cuba mengurangkan kuantiti demi mendapat keuntungan berlebihan dan kita masak "cincai" atau lebih kurang saja.Kita kena jadi adil kepada anak-anak yang diamanahkan kepada kita untuk memberi meraka makan dan minum.Kejayaan mereka nanti sebenar sungguh bermakna bagi kita.Ganjaran kita harapkan dan biasanya Allah akan kurniakan didunia lagi kalau kita rajin membuat refleksi dan muhasabah.Mungkin Allah akan memberi kejayaan kepada anak-anak kita sendiri,kita sentiasa sihat,kita dijauhi daripada malapetaka dan rezeki kita berkat.Gaji kita kecil tetapi memcukupi.Kita rasa bahagia."Buatlah kerja kerana Allah bukan kerana pentadbir sekolah." Itulah yang selalu dipesankan saban tahun atau setiap pertemuan.
Bagitulah juga apa yang diperkatakan kepada staff sokongan."Saudara saudari bertugas di MRSM kerana saudari memohon .Bila kita memohon untuk buat kerja maka kita kenalah buat kerja itu.Saudara-saudari tergolong bersama semua anggota lain di sekolah ini bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah diserah sebagai amanah kepada kita oleh ibu bapa mereka bagi memastikan kejayaan mereka.Saya menyeru supaya kita boleh merealisasikan kerja sebagai ibadah.Kerja kita berkat dan mendapat rahmat dari Allah.Hindar fahaman yang penentu kejayaan pelajar-pelajar sepenuhnya tanggungjawab para guru.Kehidupan yang kondusif,perhubungan harmoni antara semua di MRSM...ini sebenarnya pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar kita.Bersedialah bersama membantu dan berkorban demi anak bangsa.Jasa kita akan dicatat di sisi Allah dan insyaAllah kita akan beroleh ganjaran pada kemudian hari di dunia mahupun di akhirat." Itulah diantara jawapan kepada seolan di atas.Kepada para guru telahpun dinukilkan sebelun ini.
Jawapan kepada soalan ini mungkin dilebarkan lagi kemudian.Maaf zahir batin.


