Posted by Cikgu Zack

                               TAHUN BARU DI PERANTAUAN.

        Rindu juga mengikuti bagaimana sambutan tahun baru Masehi,2013 di tanah air tercinta.Cuba juga cari-cari melalui internet,akhirnya terjumpa dua tempat yang berbedza caranya.Di Dataran kemerdekaan, Shah Alam, bersama ustaz-ustaz dan artis yang sudah berbedza penampilan mereka.Kehadziran dikatakan melebihi seratus ribu.Menariknya perhimpunan ini memberi alternatif bagaimana cara menyambut tahun baru mengikut cara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Penampilan Ustaz Azhar idrus telah menambah lagi keceriaan sambutan dan sekaligus,beliau juga membaca doa apabila tiba deti 12 malam,2013.Masa tempatan menunjukkan pukul 4 ptg.Baru saja masuk waktu maqhrib.

        Sekitar kediaman rumah sewa anak di Loughborough,United Kingdom(UK),tepat 12 malam,kedengaran dentuman bunga api dan dalam masa yang bagitu singkat,tidak sampai pun setengah jam.Pada awal malam tidak nampak tanda-tanda adanya sambuatn awal tahun peringkat daerah.Ini aku pasti kerana,semasa pulang dari membeli barang-barang keperluan dapur,keadaan biasa sahaja.Kalau ada parti Tahun Baru secara tertutup itu tidak pasti. Kebiasaan masyarakat di sini,majlis-majlis keraian dibuat secara tertutup.

      Keesokan harinya barulah dapat menyaksikan sedutan acara sambutan di Dataran Merdeka,yang turut berada bersama para hadirin ialah TPM dan Menteri Penerangan,Kebudyaan dan Kesenian.Acaranya memang saperti kebiasaan sambutan negara-negara lain juga.ada tarian,nyanyain,persembahan kumpulan dean akhirnya tiba detik 12mlm tembakan bunga api sambil ramai-ramai menari dan menyanyi.Antara ucapan TPM," terbit fajar besok,2013 kita hanya tinggal 7 tahun lagi untuk masuk Negara Maju." Agaknya TPM merujuk kepada Wawasan 2020 yang melakarkan bahawa Malaysia akan capai taraf negara maju.

   Bila dibaca pada komen-komen rakan-rakan facebook,rata-rata memuji cara yang dibuat lebih kepada berpaksikan ke Islaman.Progaram yang mengajak para remaja terutamanya kembali kepada cara hidup yang diredzai Penciptanya.Menjauhi maksiat dan kemungkaran. Mengajak kepada JIHAD. Sekarang terserahlah kepada pembaca untuk memberikan komen sebagaim mengasah minda dalam percambahan minda ini.Wassalam.    

This entry was posted on Tuesday, January 1, 2013 at 8:19 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ulasan

Assalam! Saya sampai di sini akhirnya! Tahun baru kali ini saya terlelap sebelum tengahmalam.. bila bangun dah masuk tahun baru. memang tak ada hajat nak merai. Ya.. saya juga teruja bila baca berkenaan 1 temasya tetapi 2 gaya tarinya. Satu mencari sinar satu lagi cuma bakar duit dan berdansa kosong lopong!

January 2, 2013 at 11:19 AM


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


August 29, 2013 at 1:59 AM

Post a Comment