AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN  

Posted by Cikgu Zack



Kehadiran kami suami isteri buat kali kedua ke UK ,membolehkan kami banyak menjelajah sekitar London.Tempuh masa hampir enam bulan membolehkan kami merasai tiga musim menarik,Bermula dengan Autum,Winter yang agak luar biasa musim Spring dan awal Summer.Setiap musim ada keistimewaannya tersendiri.Subhanallah,itulah kebesaran Allah dengan ciptaanNya.Sebab itu ada seorang penduduk tempatan telah menegur sikap seorang asing yang menyebut "Saya tak sukalah cuaca ini.Sejuk sangat" Apa katanya."Sepatutnya awak menghargainya sebab bukan semua tempat terdapat cuaca sebigini dan awak tidak boleh buat apa-apa dengan ciptaan tuhan ini."Terkedu hamba Allah itu dan berlalu dengan menundukkan mukanya.Mungkin terdetik kekesalan dengan kenyataan tersebut.

   

This entry was posted on Saturday, November 22, 2014 at 5:08 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment