HUKUM MEROTAN PELAJAR/MURID  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu dalam ruangan Percambahan Minda.Masyarakat masih lagi membincangkan tentang," perlukah hukuman rotan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah?" Persoalan ini tidak mendapat jawapan yang meyakinkan.Pelbagai pihak termasuk golongan cendikiawan agama dan ahli psikologi telah memberi hujah-hujah mereka.Hujah mengaitkan dengan hadith ;arahan merotan anak-anak yang enggan melaksanakan solat apabila mencapai usia 10 tahun.

Dalam kaedah mendidik,hukuman merupakan satu elemen yang dibenarkan di samping ganjaran.Pekeliling tentang panduan menghukum murid/pelajar disediakan oleh Kementerian Pelajaran.Arahan-arahan semasa tentang prosidur menangani disiplin murid/pelajar dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/KPM dengan penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri.Hukuman rotan tidak terkecuali atau boleh digunapakai.Panduan-panduan disediakan.Tidak boleh dikhalayak,mesti tertutup/dalam bilik Guru Besar atau Pengetua dan mesti ada saksi.Kesalahan direkodkan.Bagaimana pula dengan guru-guru dalam kelas,guru disiplin dan guru secara amnya.Masih kedapatan kes-kes guru merotan murid hingga lebam-lebam,berbekas,lebam-lebam dan berkesudahan ibu bapa membuat laporan polis.

Ada satu cerita yang boleh dikongsikan bersama.Pada tahun 1980,di sebuah sekolah berasrama penuh bahagian Pantai Timur.Lima orang pelajar lelaki telah mencoroboh masuk ke asrama perempuan waktu malam.Mereka berkumpul di atas siling bahagian bilik air dengan tujuan mengintai pelajar perempuan mandi.Tunggu punya tunggu,mereka tertidur.Pagi keesokannya,seorang pelajar perempuan kaki salah seorang daripada mereka terjuntai bahagian yang dibuka dalam bilik air.Secara diam-diam pelajar tadi terus ke bilik guru asrama memaklumkan hal berkenaan.Ketua guru asrama mengumpul semua guru asrama dan pengawal keselamatan untuk mengepung kawasan asrama perempuan berkaitan.Setelah semua perancangan dibuat,seorang guru memanjat siling untuk mengejutkan pelajar-pelajar yang tertidur di atas siling.Sebelum sempat guru bertindak,rupa-rupanya mereka telah bangun.Akibat terperanjat dan ketakutan ,mereka telah terjun dari paras dua tingkat tanpa memikirkan keselamatan.Semua mereka tidak mengalami kecederaan tetapi telah ditangkap oleh guru-guru asrama dan pengawal keselamatan yang menunggu disekitar asrama berkenaan.

Kesemua lima orang pelajar terlibat telah dihadapkan ke jemaah disiplin sekolah yang dipengerusikan oleh Penolong Pengetua HEP.Pastinya mereka sah bersalah dan telah dijatuhi hukuman rotan di hadapan perhimpunan khas.Semasa hukuman dijalankan terdapat pelajar-pelajar perempuan menangis tanda simpati.Pelajar yang kena hukum tidak menunjukkan sebarang reaksi yang menggambarkan mereka insaf.Malah apa yang dapat difahami,mereka tidak lagi rasa malu dan selang dua hari selepas itu,dua orang daripada mereka telah mencuri telur dari stor makanan asrama.Diringkaskan cerita,kelima-lima mereka tidak berubah malah dianggap hero dalam beberapa keadaan.Sebenarnya bagi mereka sudah tidak ada lagi istilah malu.Perasaan malu mereka telah dirampas dihadapan perhimpunan khas.

Merotan bagi pelajar sakit sekejap sahaja.Ada yang bangga menunjukkan kepada rakan-rakan bahawa dia tidak merasa apa-apa.Kepada pendidik yang dihormati,apa tanggapan anda setelah membaca nukilan cerita ini.ROTANLAH HATI MEREKA BUKANNYA BADAN MEREKA.Berikan pendapat anda tentang kenyataan ini.Mungkin cikgu Suhaimi boleh jadikan tajuk karangan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 atau 5.Wassalam.



This entry was posted on Thursday, April 9, 2009 at 7:31 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 ulasan

Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup

April 17, 2009 at 1:44 AM

Post a Comment