SIAPAKAH SEBENARNYA ?  

Posted by Cikgu Zack

Salam ramadzan dan selamat berpuasa.Nukilan pada pagi bulan Ramadzan bermula dengan soalan.Memanglah sifat guru kena bertanya. Menyoal atau bertanya.Siapakah sebenarnya yang membantu anak-anak di sekolah berjaya ? Ya,berjaya dalam bidang akademik,kokurikulum dan memiliki akhlak mulia.

Di setiap sekolah semestinya mempunya( CEO) atau pentadbir pendidikan sekolah,guru-guru,staf sokongan(lumrah dipanggil kakitangan) yang terdiri daripada Pembantu Tadbir,Pembantu Am(PAR),Pemandu dan pekerja-pekerja syarikat yang dilantik secara kontrak .Para guru pula bukan sahaja melaksanakan kerja-kerja hakiki malah memegang beberapa lagi tugasan tambahan yang tidak bersangkutan dengan mata pelajaran atau subjek yang mereka ajar.Mereka juga diberi tanggungjawab sebagai warden asrama,penasihat kelompok kecil pelajar(sebagai ibu atau bapa angkat),penasihat kelab dan persatuan,penasihat badan pakaian seragam(beruniform) atau menjadi Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu saperti Ahli Jawatankuasa PIBG( di MRSM dikenali sebagai AJK MUAFAKAT MRSM).Bagi Sekolah Bersama Penuh(SBP) saperti MRSM pastinya ada lagi insan yang terlibat bagi memastikan kejayaan anak-anak yang bersama mereka .Ambil sahaja mereka yang terlibat menyediakan makan minum pelajar-pelajar.

Teringat sebagai pengetua dulu terlibat memberi taklimat kepada pekerja-pekerja bahagian dapur.Mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar asrama.Seruan atau permintaan," Tahukah tuan-tauan dan puan-puan bahawa tuan puan semua bersama dalam satu medan perjuangan .Berjuang memastikan kejayaan anak bangsa.Anak-anak yang bersama kita di MRSM...sedang berjuang menuntut ilmu,termasuk dalam kumpulan berjihad.Ambillah kesempatan ini untuk beribadah kerana setiap titik peluh yang kita curahkan demi kepentingan pelajar akan diterima Allah sebagai ibadah jua.Jadi ibadah sekiranya kita ikhlas dan niat kita betul.Kita jaga supaya makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar halal,bersih dan memenuhi kualiti yang diperlukan dan kuantiti yang ditetapkan.Kita tidak cuba mengurangkan kuantiti demi mendapat keuntungan berlebihan dan kita masak "cincai" atau lebih kurang saja.Kita kena jadi adil kepada anak-anak yang diamanahkan kepada kita untuk memberi meraka makan dan minum.Kejayaan mereka nanti sebenar sungguh bermakna bagi kita.Ganjaran kita harapkan dan biasanya Allah akan kurniakan didunia lagi kalau kita rajin membuat refleksi dan muhasabah.Mungkin Allah akan memberi kejayaan kepada anak-anak kita sendiri,kita sentiasa sihat,kita dijauhi daripada malapetaka dan rezeki kita berkat.Gaji kita kecil tetapi memcukupi.Kita rasa bahagia."Buatlah kerja kerana Allah bukan kerana pentadbir sekolah." Itulah yang selalu dipesankan saban tahun atau setiap pertemuan.

Bagitulah juga apa yang diperkatakan kepada staff sokongan."Saudara saudari bertugas di MRSM kerana saudari memohon .Bila kita memohon untuk buat kerja maka kita kenalah buat kerja itu.Saudara-saudari tergolong bersama semua anggota lain di sekolah ini bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah diserah sebagai amanah kepada kita oleh ibu bapa mereka bagi memastikan kejayaan mereka.Saya menyeru supaya kita boleh merealisasikan kerja sebagai ibadah.Kerja kita berkat dan mendapat rahmat dari Allah.Hindar fahaman yang penentu kejayaan pelajar-pelajar sepenuhnya tanggungjawab para guru.Kehidupan yang kondusif,perhubungan harmoni antara semua di MRSM...ini sebenarnya pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar kita.Bersedialah bersama membantu dan berkorban demi anak bangsa.Jasa kita akan dicatat di sisi Allah dan insyaAllah kita akan beroleh ganjaran pada kemudian hari di dunia mahupun di akhirat." Itulah diantara jawapan kepada seolan di atas.Kepada para guru telahpun dinukilkan sebelun ini.

Jawapan kepada soalan ini mungkin dilebarkan lagi kemudian.Maaf zahir batin.

This entry was posted on Monday, August 24, 2009 at 5:02 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment