RIADZAH ? atau PEMBAZIRAN  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Agak lama tidak menulis lantaran kesibukan yang sebenarnya tidak sibuk.Pencetus idea hendak menulis semuala apabila bertemu ramai anak-anak sekolah yang sedang bercuti berkeliaran di Shoping Complex , merayau-rayau merata taman mainan,stesyen bus dan ke hilir ke hulu dengan motorsikal bapa.

Satu trend baru penduduk luar bandar,semi urban/pinggir bandar dan sekitar sawah padi ,anak-anak akan meronda-ronda dengan motorsikal sekeliling kampung,batas-batas ban sawah padi dan jalan-jalan luar bandar.Satu kumpulan antara empat hingga 6 buah motorsikal.Bagi yang tidak mempunyai motorsikal mereka akan membonceng.Majoritinya remaja lelaki dan kedapatan juga remaja perempuan tetapi dalam kumpulan yang kecil.Melihat kepada saiz badan,majoriti tidak layak memiliki lesen memandu.Mereka ini terkelompok dalam darjah enam hingga tingkatan dua sahaja.Ternyata mereka bagitu gembira sekali apabila dapat menunggang motorsikal.Apakah ini satu riadzah bentuk baru remaja kini.

Pernah bertembung dengan bapa yang marah-marah lantaran motorsikalnya kehabisan minyak/petrol .Tidak kurang juga yang motorsikalnya rosak,yang menjejaskan kerja harian bapanya.Bapa tidak boleh ke kebun atau ke sawah .Terpaksa menunggu bengkel buka barulah boleh dibaiki.Ini bermakna kerja bapa hari itu terjejas.Belum lagi cerita tentang petrol yang setiap hari perlu diisi. Anak sebagai aset atau penyumbang memelesetkan ekonomi keluarga?Teringat semasa umur sebaya dengan kumpulan remaja ini,;Setiap petang mesti ada kerja yang perlu dibuat.Ke sawah membajak,menyabit rumput untuk lembu dan kerbau kepunyaan bapa atau datuk.Menghela lembu dan kerbau kekandang apabila hampir maghrib.Memastikan tidak ada ternakan yang tercicir atau tak ada di kandang.Amat berbeza sekali kehidupan antara remaja kini.Apakah sumbangan mereka kepada keluarga?Terasa hinakah apabila kita terpaksa bergelumang dengan selut atau berbau getah beku(skrap)?

Satu lagi gejala yang perlu memerlukan PERCAMBAHAN MINDA kita.Wassalam


This entry was posted on Sunday, December 13, 2009 at 5:46 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment