MUSIM SERAM SEJUK  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera,Selamat bertemu dan bersama mencambah MINDA.Tony Buzan menyarankan kepada kita berdasar judul bukunya ,Use Your Head,(BBC Active) agar menggunakan kaedah-kaedah tertentu yangberkaiatan kemahiran mengunakan otak.Saranan dan cadangan lebih kepada golongan pelajar.Bila sebut sahaja pelajar mestinya mengeret guru bersama.

Setiap hujung tahun keadaan cuaca mula berubah.Hujung tahun juga ramai yang demam.Demam musim tengkujuh. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,musim banjir juga ramai demam.Sekarang sama ada banjir ada tidak seram sejuk menyerang ibu bapa dan anak-anak terutama yang terlibat secara langsung dengan peperiksaan awam;UPSR,PMR,SPM,STPM dan STAM.Bagi yang berada di menara gading pastinya peperiksaan akhir semester atau tahun akhir.Persolannya,sampai bilakah keadaan ini harus berlaku?

Bagi pelajar yang smart,sama ada yang menghadiri program SmartLearning Cikgu Zul atau tidak,pastinya mereka lebih yakin dan akan menghadapi suasana peperiksaan dengan bergaya.Cuma yang seram sejuknya cikgu dan ibu bapa.Itupun kalau ibu bapa yang ambil kisah tentang anaknya.Kebimbangan,kerisauan dantidak berapa yakin menjadikan kita seram sejuk.Sejuk kaki tangan...dan selepas itu kita demam.Stress,tertekan,ragu,bimbang,semua yang negatif mengusai diri kita.Apakah ubat yang serasi untuk mengatasi semua ini?Tunggu respon atau tindakbalas dari rakan bloggers kita.Jumpa lagi

This entry was posted on Friday, October 31, 2008 at 12:42 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ulasan

Salam Cikgu Ya. Tahniah kerana telah mempunyai blog. Semoga blog Cikgu Ya menyumbang kepada pembaca dan pengunjung. Terima kasih kerana turut menyelitkan nama Cikgu Zul ( www.cikguzul.com ).

Semoga usaha dan ikhtiar kita diredhai Allah.

November 2, 2008 at 4:32 AM

Al-fatihah buat arwah ckgu Zul.Semoga Allah menempatkannya bersama para ahli ibadah

November 22, 2014 at 11:05 AM

Post a Comment