PENUTUP TAHUN HIJRAH 1431  

Posted by Cikgu Zack

Tiga hari sebelum berakhir tahun Hijrah 1431,dengan izin Allah,saya kembali lagi ke Gerik atas undangan bekas pelajar MRSM Gerik kumpulan pertama dan ke dua.Berpeluang juga bermalam di Rumah Rehat Gerik,yang merupakan tempat penginapan utama dalam sejarah pekan Gerik, iaitu sebelum wujudnya rumah2 tumpangan.Hati berbisik,mengapa pengurusan Rumah Rehat ini tidak menampakkan kemajuan/peningkatan kualitinya.Taman Inai,yang menjadi kebanggaan anak2 satu ketika dulu ,sudah terabai.Banyak alatan rekreasi,termasuk kerusi2 rehat,terbiar.Kawasan tidak dibersihkan.Rumput panjang seolah2 sudah lama tidak dipotong.Keadaan ini sama saja di sekitar masjid dan restoran2 tanah wakaf masjid hinggalah sekitar hadapan balai polis Gerik.


Sebenarnya,bukan penilaian Rumah Rehat dan sekitaran Gerik yang hendak di bicarakan.Fokus utama tertumpu kepada anak2 keluaran MRSM Gerik keluaran pertama dan kedua.Merka bagitu bangga sekali dapat kembali berkumpul dan merasakan semula kehidupan di asrama.Bertemu semula dengan guru2 yang mengajar mereka dan guru-guru Penasihat Homeroom.Kali ini mereka datang sebagai keluarga.Bersama isteri atau suami serta anak2 ,bagi yang telah dikurniakan anak.Ada juga yang masih membujang.Bagi yang belum berkahwin,yang dimaklumkan kepada guru2 yang hadir pada malam tersebut,mereka menyatakan mereka takut untuk beumahtangga sebab pendapatan sekarang pun belum mencukpi untuk kehidupan sorang diri.Maklumlah mereka semua bekerja di Wilayah Persekutuan Kula Lumpur,Kawasan Shah Alam dan sekitar Selangor dan Wilayah.Dalam ertikata lain,kos sara hidup tinggi.ATAU mungkinkah mereka ini mencipta alasan Adakah trend kini, remaja yang berkerjaya rasa bagitu selesa hidup membujang.Bebas bergerak ,tidak dibebani tanggungjawab bekerluarga.Mentelah lagi bila mempunyai anak.Melihat kepada yang berkeluarga,meraka tidak pula menampakkan bahawa mereka bermasalah,malah bagitu gembira sekali bermain dengan anak2.Boleh menganjurkan sukaneka untuk anak2 lagi sebagai satu program dalam reunion mereka.

Kehadiran saya di Gerik menjadi lebih bermakna lagi apabila dapat menziarahi En.Rani,pemandu bas MRSM Gerik yang terlantar di Hospital Gerik.Kesempatan ini ,memberi ruang untuk bertemu beliau yang sudah empat hari terlantar di hospital.Beliau mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.Kami sekeluarga merasakan bahawa beliau dan keluarga juga sebahagian daripada keluarga kami.Saling membantu membawa anak-anak ke sekolah rendah dahulu.Beliau ,dalam keadaan lemah,mampu menegur anak2 saya yang menziarahinya dan berusaha untuk berbual dengan mereka.Beliau termasuk dalam kategori staff yang istimewa.Gigih dan bertanggungjawab.Disenangi oleh para pelajar,semua staff dan rakan2 sejawatannya dari MRSM-MRSM seluruh Malaysia.Siapa sangka bahawa pertemuan pada AKHIR TAHUN HIJRAH merupakan pertemuan terakhir kami bersamanya.Pada pagi keesokan hari,Isnin,6hb.Desember,2010 bersamaan 29hb.Zulhijah,hari AKHIR TAHUN HIJRAH 1431,menerima berita bahawa En.Rani telah kembali ke RAHMATULLAH.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Sekali lagi saya bersama pemandu2 MRSM Pendang dan staff MRSM Pendang bergegas ke Gerik semula untuk menziarahi arwah En.Rani,yang lebih mesra dengan panggilan Abang Rani,di Kampung Bongor,Besia,Geik ,Perak.Perjalanan dari Alor Setar,Kedah ke Gerik mengambil masa 2jam 30 minit.

Sepanjang perjalan ke Gerik,banyak perbualan kami dalam kereta berkisar tentang arwah Rani.Maklumat dari rakan2 sejawatnya ,semua memuji beliau.Ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan seorang guru yang kini telah bekhidmat di MRSM lain,"BELIAU IBARAT MUTIARA DI PERMUKAAN PASIR'. Insan ini dari sudut status perjawatan,apalah sangat dari pandangan masyarakat.Termasuklah beberapa pengawal pusat pentadbiran yang berkaitan.Sayu hati ini apabila mendapat maklumat yang Ketuanya sendiri tidak menziarahi beliau ketika terlantar di hospital.Beliau sering bertanya tentang ketuanya.Apakah beliau ada membuat kesalahan ketika bertugas dengan ketuanya sehingga beliau tidak DIPEDULIKAN.Malah difahamkan bahawa semasa pengurusan jenazah dan sehingga jasadnya disemadikan Kelibat KETUANYA tidak kelihatan. Mungkin ini benar,sebab sepanjang saya dan rakan-rakan pemandu dari kebanyakkan MRSM berada di Tanah Perkuburan,tidak keliahtan KETUA-KETUA mana2 MRSM kecuali Penolong Pengetua MRSM Jeli dan Pegawai MRSM Tumpat yang satu ketika dulu pernah berkhidmat di MRSM Gerik.Terharu melihat rakan beliau yang bertongkatkan besi ,sanggup datang memberikan penghormatan terakhir untuk arwah .

Seorang pelajar ada menulis dalam FB saya,"Cikgu saya masih ingat pesanan cikgu dalam majlis Graduasi..anda selepas ini kena pergi jumpa semua staff sokongan,termasuk tukang masak,pemandu ,staff pejabat dan tukang kebun,ucapkan terima kasih kepada mereka.Sebenarnya mereka juga memberi sumbangan besar kepada kejayaan anda pada hari."

Saya amat bersyukur kepada Allah yang menyusun supaya saya berkesempatan bersama beliau sehingga akhir hayatnya.Bermula dengan menjadi panel temuduga pengambilan pemandu,bersama berkhidmat dengan beliau dan merupakan staff yang amat disenangi sehingga bertemu belia pada saat-saat teralkhir kehidupannya di dunia fana ini dan berkesempatan mengiringi jenazahnya hingga keliang lahad.Dapat melihat timbusan tanah terakhir di permukaan kuburnya.Semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama para solihin dan disisi mereka yang dikasihi Allah.AI-FATIHAH.

Ketika dalam perjalanan pulang selepas jenazah selamat disemadikan,perbualan masih lagi berkisar tentang status dalam perkhidmatan.Banyak maklumat yang dipungut daripada rakan pemandu dari beberapa MRSM.Saya bernasib baik kerana telah bersara dan mereka tidak segan silu memberi maklumat dan membuat ulasan-ulasan tentang tempat kerja.Kedapatan ramai pemandu datang menziarahi arwah En.Rani dengan kereta sendiri.Bila ditanyakan mengapa tidak bawa Van rasmi maktab.Jawapanya,tidak ada dalam peruntukan dan pihak pentadbiran tidak dapat membenarkan.Tetapi,persoalannya, ada juga yang boleh bawa Van rasmi maktab.Bila soalan ini dia ajukan kepada mantan pengetua,saya cuma mampu memberi komen bagini saja.Amatlah molek atau cantik seandainya ketua atau yang berstatus ketua mengajak pemandu-pemandu bersama beliau menziarahi kematian tersebut.ATAU kalau ada urusan yang tidak memungkinkan ketua pergi,wakilkan kepada penolongnya.Mengapa saya jawab bagitu? Jawapannya,pemandu juga staff yang sama intitusi tempat kita berkhidmat(MARA) cuma tempat sahaja berbeza.Apakah status pemandu itu yang menyebabkan kita memandang remeh.Bagi saya ,pihak pentadbiran atasan juga ada wakilnya.Mungkin ada tetapi kita tidak sempat jumpa mereka disebabkan mereka balik awal dan kita sampai lewat sikit.Sepaling kurangnya ,wakil dari peringkat negeri Perak.Alangkah sedihnya kalau ini semua tidak berlaku akibat dalam pemikiran kita >>"ala pemandu saja"semoga Allah hindarkan perkara ini terlintas dalam pemikiran mereka ketika membuat keputusan sama ada boleh atau tidak boleh menggunakan kenderaan rasmi menziarahi kematian staff KITA.Didoakan semoga kita tidak salah membuat keputusan kerana ianya boleh menjejaskan reputasi kita sebagai Role Model pentadbir berhikmah yang tahu menggunakan BUDIBICARA dalam pentadbiran.

Penutup TAHUN HIJRAH 1431 memberikan satu iktibar untuk saya dan rakan-rakan dalam MRSM.Pesanan kepada anak-anak MRSM Gerik,sedekahkan FATIHAH dan doakanlah untuk orang yang banyak membantu kita semasa kita berada di MRSM gerik yang telah kembali ke rahmatullah PADA HARI TERAKHIR TAHUN HIJRA 1431.Saya memohon maaf kepada semua yang sekiranya terasa terlibat dengan penulisan ini.Sekiranya ada kebaikan darinya,amalkanlah dan sekiranya dirasakan tidak benar ketepikan.Semoaga ALLAH meletakkan kita bersama meraka yang mendapat RAHMAT dalam meneruskan kehidupan TAHUN BARU HIJRAH 1432.Insyaallah.

TERATAK BAYU.1 Muharram 1432






This entry was posted on Monday, December 6, 2010 at 11:14 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment