SAMBUTAN HARI GURU  

Posted by Cikgu Zack

Salam Sejahtera dan Selamat bertemu kembali.Lama tidak menulis akibat terlupa bayar bill internet.Sekarang dah ok dah,cuma terkilan sedikit tidak sempat menulis pada 16hb.Mei,jam 12.01am.Detik 12 malam.
Bila menyebut detik 12 malam,teringat peristiwa-peristiwa di sekolah dahulu.Pelajar-pelajar memang menunggu Detik 12 malam wsempena sambutan Hari Kemerdekaan.Program dibuat awal dengan nama DI AMBANG MERDEKA.Pelbagai acara di adakan mengikut kehendaka pelajar melalui nasihat guru-guru sejarah.Kalau di Gerik mereka adakan dialog dengan ahli Pasukan Force 36.Masih ada ahli yang boleh mengkisahkan tentang perjuangan menentang komunis.Pelajar terpegun dengan cerita-cerita sejarah melalui orang yang terlibat secara langsung.Lain tempat lainlah acara yang diisikan.
Kembali kepada sambutan hari guru,selepas jam 12 tengah malam,masuk sahaja 16hb.Mei,bertalu-talu SMS masuk mengucapkan Selamat Hari Guru.Mereka berlumba untuk menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari guru kepada Cikgu Zek.Frasa berbunyi,"saya berharap saya orang pertama.....Tahun ini Ummi,bekas pelajar MRSM Transkrian menjadi orang pertama.Semua SMS sama ada dari kalangan pelajar mahupun rakan-rakan guru dan guru bersara saya balas.Anak-anak homeroom juga tidak ketinggalan.Paling sayu sekali bila ucapan," kami sayang cikgu.Kami doakan semoga hidup cikgu penuh dengan keberkatan." Air mata cikgu mengalir tanpa disedari.Cikgu tidak minta hadiah atau cendera mata...paling berharga buat cikgu doa anak-anak didiknya.Ucapan salam,terima kasih dan penghargaan.Ada juga yang menghantar melalui email bagi yang dapat alamatnya.

Ababila kita berbicara tentang sambutan Hari Guru,sebenarnya siapa merai siapa?Rai dalam erti siapa sambut siapa?Guru-guru sambut atau rai guru-guru,atau pelajar sambut guru-guru atau ibu bapa atau ahli masyarakat atau kementerian berkenaan raikan guru-guru.Satu peristiwa sambutan hari guru yang mungkin boleh diketengahkan.Ketika Tn.Hj.Hassan Ahmad menjadi YDP Muafakat MRSM Gerik,beliau melalui Badan Muafakat(PIBG) telah mengadakan satu majlis makan khas di kawasan lapang hadapan kediamannya.Guru-guru bersama dengan ahli keluarga dijemput ke majlis berkenaan.Pelabagai gerai makanan yang ditaja oleh ibu bapa disediakan.Guru-guru dan kelauarga puas menjamu selera.Pada siang harinya majlis khas di adakan di dewan sekolah.Ucapan wakil ibu bapa,wakil pelajar,wakil guru dan pengetua.Anugerah tokoh guru juga diadakan.Maklumbalas daripada guru-guru,majoriti mengagumi kaedah sambutan tersebut. Kebiasaannya,sambutan hari guru agak streotype.Lebih kurang sama sahaja di mana-mana.Usaha membawa ibubapa atau masyarakat meraikan guru agar sukar hendak direalisasikan.
Guru Pembina Negara Bangsa seharusnya digabungkan dengan membangun ummah berwibawa dan taqwa/beretika.Wahai guru sebagai mualim,muaddib,murabbi dan dae,marilah kita kembali kepada hakikat sebenar kerjaya kita.Wadah perjuangan yang mulia.Kita boleh bergembira apabila negara bangsa sudah mendapat keredzaan Illahi.Negara kita terhidar dari menerima petaka dan bala apabila rakyatnya sudah tidak leka dan lalai dari tanggungjawabnya."Tidak AKU (yakni Allah) menjadikan Jin dan Manusia,semata-mata untuk beribadah kepadaKu."Mengajar dan mendidik satu ibadah mulia.Membina bangsa supaya mengenali dan mengetahui peranan mereka di muka bumi Allah ini.Mereka tidak dijadikan sia-sia.Bukan untuk lara-berfoya-foya,berfantasi atau apa saja yang merosakkan ummah.Mereka adalah khalifah yang mempunyai akauntabilti atau kebertanggungjawaban kepada diri,keluarga,bangsa .negara dan agamanya.Wahai guru-guru yang dirahmati Allah.Ingatlah amanah ini.Wassalam

This entry was posted on Tuesday, May 19, 2009 at 2:21 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment