MEREKA YANG PERGI DULU  

Posted by Cikgu Zack

Sekembali dari surau jam 6.45 pagi,kedapatan mesej di telefon bimbit memaklumkan tentang pemergian seorang sahabat lama yang sama-sama bertugas dengan MRSM.Beliau telah kembali ke Rahmatullah jam 3.30am,28/12/2010 .Tuan Hj.Mohd.Sabri Ali yang masih berkhidmat sebagai Pengetua MRSM Blik Pulau,Pulau Pinang.Baru dua minggu lalu arwah telah menghubungi bertanyakan khabar.Beliau memaklumkan bahawa beliau mendapatkan nombor telefon saya daripada Tuan Hj.Hassan.Nombor dalam simpanan beliau hilang apabila beliau menukar handset baru.Aku terharu dengan kesungguhan beliau menghubungi sahabat lama dan menyampai hasrat untuk menjemputku berkongsi pengalaman dengan guru MRSM Balik Pulau awal tahun 2011,apabila sesi persekolahan bermula.


Sungguh menyayat hati apabila berita kematiannya dimaklumkan waktu aku berada Shah Alam.Tak mungkin aku sempat menziarahinya.Aku menghubungi sahabat-sahabat yang ada nombor telefon denganku.Rupa-rupanya sahabat-sahabat semua bertindak sedemikian juga.Itulah satu ikatan persahabatan murni di anatra rakan-rakan seperjuangan.Aku juga memasukkan makluman dalam FB ditujukan kepada semua yang mengenali beliau ,terutama bekas pelajar MRSM yang pernah mendapat khidmat daripada beliau dengan harapan ada yang dapat menziarahi arwah atau sekurang-kurangnya mensedekahkan Al-Fatihah .Tambah murni lagi sekiranya dapat mengadakan sembahyang ghaib untuk arwah.Itulah ajaran yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam usaha memberi sumbangan kepada mereka pernah memberi khidmat kepada kita.

Buat masa ini hanya doa sahaja yang dapat dipanjat kehadzrat Illahi semoga ROH sahabatku Haji Mohamad Sabri Ali ditempatkan bersama roh para tabiin,ambia, solehin dan syuhada'.Amin




This entry was posted on Tuesday, December 28, 2010 at 2:31 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment