ORANG LAMA DAN ORANG BARU  

Posted by Cikgu Zack

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Biasanya ada perkara yang menggerakkan seseorang untuk mencoretkan sesuatu.Itulah yang menggerakkan Cikgu Zack ingin berkongsi sesuatu kali ini.

2ohb.April lalu sempat meninjau rakan2 di ibu pejabat yang masih berkhidmat.Ramai juga yang sudah bersara.Ada yang tinggal sebulan dua lagi masa untuk berkhidmat dan paling lama pun satu tahun.Mereka termasuk dalam kumpulan WAJIB bersara.Pada carta organisasi,terpapar mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengurus Maktab,MRSM seluruh negara ,termasuk yang baru beroperasi di Sabah dan Sarawak.Di antara yang paling baru di Mukah,Betung,Bentung , Pekan dan Baling.Melihat wajah-wajah mereka,teringat kembali kepada masa silam ketika memegang amanah yang sama dan seerti dengannya.

Pengurus atau Pentadbir Pendidikan ( CEO),diberikan juga gelaran sebagai PENGETUA. Memegang amanah melakasanakan program pendidikan mengikut ketetapan dan lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh "Stake Holder".Memikul dan menggendung peranan saperti yang tersenarai tugas dan yang tidak tersenarai.Pengetua sekolah menjadi orang PENTING bagi memastikan DASAR pendidikan dilaksana pada tahap semaksimum mungkin.MEMASTIKAN semua guru,staf sokongan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi khidmat terbaik kepada PELANGGAN organisasi.PENGETUA mesti cekap menguruskan PERUNTUKAN KEWANGAN supaya setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan.TIDAK berlaku pembaziran,ketirisan dan TERLEBIH belanja.Dalam bidang ini PENGETUA dibantu oleh PEGAWAI TADBIR,kerani kewangan atau kerani akaun dan mereka yang diberikuasa mengurusnya.Pastinya tanggungjawab ini mudah dilihat dan diukur.Ada juru audit akan menyemak sama ada setiap tahun atau mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

PENGETUA sebagai PENGURUS MANUSIA.....merupakan suatu bidang yang amat sukar diukur dan merupakan cabang tanggungjawab yang bukan sahaja dinilai oleh stake holder malah oleh pelanggan.PALING UTAMA bila kita merasakan bahawa kita juga di nilai oleh PENCIPTA kita,insan yang setiap hari berikrar " hidupku dan matiku kerana Allah Yang Menguasai Seluruh Alam".PENGETUA sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan anak-anak yang diserahkan oleh ibu bapa mendapat didikan yang sempurna selari dengan FPN atau Dasar Falsafah Pendidikan Negara..mewujudkan INSAN YANG SEMPURNA(Insan nul kamil),berketrampilan atau ada yang melatakkan cogankata INSAN SOLEH SERBA BOLEH...atau KE ARAH MEWUJUDKAN INSAN TAQWA dan BERWIBAWA...dan pelabagai lagi yang semuanya menjurus kepada pembentukan insan yang sempurna.Sempurna daripada sudut kecerdikannya,sempurna akhlak dan mahir sosialnya.

PENGETUA mentadbir sekolah yang terletak dipelbagai lokasi geografi,urban,semi urban dan rural.Walaupun kemudahan ASAS standard,keadaan persekitaran pastinya berbedza.Latarbelakang pelajar yang dibekalkan,majoriti daripada masyarakat negeri setempat.Contohnya,kalau di Sabah dan Sarawak,pastinya majoriti pelajar dari negeri berkenaaan.BAGITU JUGA guru-guru dan staff sokongan daripada pebagai latarbelakang keluarga,kefahaman,kepercayaan ,pengkhususan ilmu dan minat.Seorang pengetua dikatakan bernasib baik sekiranya mendapat guru-guru yang boleh mengisi tugas-tugas tambahan dengan minat sendiri.Seandainya tugas diserahkan kepada mereka yang kurang atau tidak berminat dan bukan bidangnya,pasti akan berlaku pertembungan kepentingan.Menerima tugas berdasarkan keputusan ramai(mesyuarat) atau atas dasar hormat ketua.Bagitulah juga dengan para pelajar.Ada perkara yang mereka minat dan tidak.Bagitu juga ada yang mereka suka atau gemar atau sebaliknya.Daripada menu makanan,jenis permaianan,kawan sebaya dan semua yang berda di institusi berkenaan sehinggalah kepada gurunya.Malah ada juga yang tidak suka kepada PENGETUAnya.

Percambahan minda Cikgu Zack kali ini lebih memfokus kepada PENGETUA sebagai pentadbir pendidikan dalam mengisi tanggungjawab pembentukan akhlak dan jatidiri para pelajar.Kadangkala kita secara mudah membuat andaian bahawa ,bila pelajar sudah diserahkan kepada guru dan guru penasihat,maka pastinya akan terbentuk akhlak mulia dan jatidiri pada setiap diri pelajar.Tambahan pula ada subjek agama,moral dan dibantu pula Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Sebagai pencetus minat belajar pula,diperkenalkan kursus Kemahiran Amalan Belajar.Pekembangan minda,diberikan kursus Kemahiran Berfikir,termasuk berfikir secara lateral.Pengisian kemahiran soaial,pelbagai kelab diwujudkan termasuk kelab keusahawanan dan kelab-kelab di bawah kokurikulumnya.Seimbas lalu memang diyakini seandainya semua dilaksana dengan berkesan,pastinya terbentuk insan saperti yang diharapkan.Persoalannya,mengapa masih kedapatan nada-nada ketidakpuasan hati terhadap kerenah,perangai,sikap dan akhlak hasil produk institusi pendidikan ini.Jemaah Disiplin Maktab saban minggu ada sahaja kes yang harus dibuat keputusan.
Baru-baru ini ada guru senior mengadu dia ditempelak oleh bekas pelajarnya seorang perempuan yang membuka tudung.( cikgu tak perlu sibok tentang saya,kubur masing-masing ..bagitulah maksudnya).Malah ada pelajar lelaki yang secara sengaja merokok dihadapan guru setelah mereka tamat sekolah...tengok cikgu sekarang saya bebas hendak buat apa saja.Cikgu tidak lagi boleh buat apa kepada saya..bagitulah maksudnya) Satu pancaran bahawa guru hanya dihormati ketika disekolah sahaja.Hah apa kaitannya dengan peranan PENGETUA dalam situasi ini.(bersambung selepas ini)

This entry was posted on Saturday, April 23, 2011 at 7:12 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ulasan

Ckgu Zack minta maaf tidak dapat meneruskan rencana ini buat sementara waktu lantaran perlu berada diluar kawasan dan banyak diperjalanan.

April 25, 2011 at 11:28 PM

Assalamualaikum cikgu zakaria,

bila nak sambung lagi catatan? sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan. di mana2 boleh update blog. x gitu?


Rozi
K82

November 1, 2012 at 6:00 AM

Post a Comment