Posted by Cikgu Zack

ORANG TUA MERANTAU.

13hb.November,2012 jam 6.30am aku bersama isteri dihantar anak ke Lapangan Terbang KLIA untuk berangkat ke UK.dan orang biasa sebut England.Ini kali kedua aku bersama isteri nak ke UK.Kali pertama bulan Jun,2008 untuk meraikan anak perempuan terima ijazah di Universiti of Hull,UK.Kali ini ke Loughborough,UK pula.Tepat 10.45 MH004,mula bergerak dan memasuki landasa untuk berlepas.Pramugara memaklumkan bahawa penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 13jam.Sepanjang penerbangan ,makan dan minum disediakan.Aku dan isteri meminta supaya diberi tempat duduk berhampiran dengan tandas.Al-maklum sajalah,bila usia sudah lanjut,daya tahan saluran perkumhan pun jadi lemas.Kekerapan ke tandas tidak dapat dielakkan.Rupanya situasi ini tidak juga berbeza dengan kanak-kanak.Sekeliling tempat duduk aku dan isteri juga dipenuhi dengan keluarga yang membawa anak-anak kecil melancong.Dua keluarga yang akan melancong ke Eropah.Satu keluarga bersama abah mereka yang sering berulang-alik bekerja di UK.Satu keluarga bersama nenek yang ingin menziarahi cucunya di London.Aku dan isteri punya misi yang sama juga,ziarah cucu dan sekali gus membantu menantu yang sambung belajar.

Perjalanan yang memenatkan sebenarnya,namun aku berkesempatan memungut beberapa pengalaman.Kebiasaannya ,bila kita hendak melancong,banyak kebimbangan dan kerisauaan.Bimbang dengan peraturan dan undang-undang negara yang kita hendak pergi melancong.Barangan yang kita bawa adakah dibolehkan.Biasanya orang tua akan bawa makanan-makanan kegemaran anak-anaknya yang selalu dimakan semasa di negara sendiri.Teringat bagaimana anak-anak sibuk membungkus ikan masin kering,ikan bilis,rempah kari,rempah sup,keropok kering dan apa saja yang dipesan dari jauh.Ada juga pesanan yang tak sanggup dipenuhi saperti ikan pekasam.Maaf ya anak ,abah takut nanti terganggu satu kapalterbang

.Tempat duduk ketika sebelahku ,seorang jejaka Korea.Aku cuba berbual dengan beliau dalam bahasa Inggeris.Nama beliau Eun Chung.Belia melawat Malaysia dan berkesempatan samapi ke Langkawi.Bila aku berscerita agak laju sikit,beliua minta supaya aku perlahankan sikit bagi beliau memahami kata-kata yang aku gunakan.Bila dia tanya aku berapa lama akan berada di London,akau nyatakan sebulan.Dengan pantas dia dengan nada bersahaja membalas,"wouu,you must be very rich".Apa maksud beliau? dan aku hanya mampu tersenyum.Bila peramugari mmengedarkan borang pengesahan Imigresen,dia nampak macam ragu-ragu nak mengisinya.Akhirnya aku cuba membantu dengan meminta beliau mengeluarkan   dokumen  perjalanannnya.Mengkagumkan,beliau menunjukkan kepadaku dokumen yang bagitu lengkap,siap dengan jadual perjalanannya hinggalah ke Amsterdam.Terlintas di hatiku,seorang yan g bahasa Inggerisnya tergagap-gagap mampu melancong merata tanpa kebimbangan.Di Lapangan Heathrow,selepas mendapat cop pengesahan,aku,isteri dan seorang anak gadis yang juga datang melancong ke Londan,bergegas ke kawasan mengambil begasi.Kami juga menjeling-jeling mencari Eun Chung.Akhirnya beliau muncul,tersenyum-senyum sambil menunjukkan kameranya dan meminta untuk bergambar dengan beliau sebagai tanda kenangan.

Selepas mendapat bag,aku,isteri dan gadis dari Bangi berehat sekejap sementara menunggu anak saudaraku yang sedang belajar di London datang menjemput.Setelah dia pasti anak saudaraku dfatang,gadis dari Bangi pun memeohon untuk meneruskan perjalanannya.Sedang berehat,datang pula keluarga yang suaminya bekerja di UK,berbual-bual dan akhirnya kami pun bersama-sama berganbar tanda kenangan.Paling menarik,ketua keluarga tersebut juga berasal dari negeri yang sama dengan ku.Kami berpisah setelah anak saudraku datang menjemput dan sama-sama menuju ke destinasi masing-masing.Aku dan isteri dibantu oleh oleh anak saudaraku ke stesen keretapi menuju Loughborough,tempat anak menantuku tinggal.Perjalanan keseluruhannya memakan masa satu hari suntuk.Tiba di rumah anakku 9.30mlm ,tapi masih tarikh sama,13hb.November,2012.Timbul persoalan,solat zohor dan asar ,serta maqhri dan isyak telah dijamkkan.Perlukah akau solat Isyak lagi bila tiba pada tarikh yang sama di UK.? Selamat berehat sekejap.


This entry was posted on Monday, November 19, 2012 at 11:39 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment