PERAK OH PERAK  

Posted by Cikgu Zack in

Salam pertemuan.Ketika ini rasa terpanggil untuk menulis lantaran pergolakan politik di Perak.Tanggal 6hb.Febuari,2009,jam 3.45ptg seorang lagi Menteri Besar Perak mengangkat sumpah jadi Menteri Besar.Ini berlaku setelah BN dapat merampas kuasa secara ......."sah".Sah sebab pihak istana perkenan."Coupdetat"istilah yang digunakan oleh seorang pensyarah poltik.

Pertautan dengan Perak berlaku apabila amanah telah diperturunkan bagi mentadbir MRSM Gerik pada 1hb.October,1993.MRSM yang didirikan menggunakan peruntukkan budjet WANG reserve MARA.Ketika itu dikenali sebagai MRSM MINI.MRSM menengah rendah untuk pelajar tingkatan satu sampai tingkatan tiga sahaja.Satu usaha murni MARA untuk menampung permintaan masyrakat hendak menghantar anak-anak mereka belajar di MRSM.MRSM yang sama status dengan MRSM Gerik ini ialah;MRSM Jelebu,MRSM Kuala Berang,MRSM Kucing,Sarawak dan MRSM Pasir Tumbuh,Kelanta.

Kebetulan pula pada hari ini satu majlis kesyukuran dibuat untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang lulus PMR MRSM Gerik.Mereka menduduki tempat kedua terbaik dikalangan MRSM dalam pencapaian PMR,2008.Malangnya saya tidak dapat memenuhi jemputan itu .Mengikutkan hati memang teringin benar untuk hadir dalam majlis berkenaan.Maklumlah tempat jatuh bangun bersama dengan guru-guru,staf sokongan dan pelajar-pelajar.Sama-sama tak mandi dan bergelap. Projek MURNI menjadi tidak ketentuan akibat kepentingan tokoh politik tempatan.Hendak bawa projek ke tempat sendiri bagi meraih sokongan rakyat atas peruntukkan telah membawa kemajuan dan buat pembangunan.

Kronologi atau catatan sejarah MRSM Gerik sepatutnya sudah lama didokumenkan.Usaha awal telah diamanahkan kepada seorang guru sejarah untuk menyediakan SEJARAH MRSM Gerik.Malangnya catatan tinggal cacatan hinggalah dipindahkan ke tempat lain.Apa yang ada sebagai bahan sejarah hanyalah gambar-gambar dan majalah-majalah pelajar.Walau bagaimanapun,sejarah perkembangan MRSM Gerik masih segar dalam ingitan.Pengurusan awal MRSM Gerik paling sukar dibandingkan dengan MRSM lainnya.Lokasinya memang menarik.Di atas Bukit Nasah.13.5 kmdari pekan Gerik.Jalan menuju ke Kuala Kangsar.Udara pagi sungguh nyaman kerana dikelilngi utan balak.Malah lebih 50 ekar kawasan MRSM adalah kawasan balak.
Pada masa yang sama kerja-kerja menaikkan taraf jalan raya dari Gerik ke Lenggong sedang diusahakan oleh Syarikat Malaysian Thai Development(MTD).

Pemilihan tapak MRSM di Bukit Nasah merupakan kawasan yang tidak termasuk dalam kemudahan bekalan air.Dalam pengertian lain;tidak disediakan kemudahan bekalan air oleh Lembaga Air Perak.Jarak dari loji bekalan air Kampung Lawin 1.4km manakala dari Kampung Tawai bekalan untuk penduduk setempat pun tidak mencukupi.Penduduk Kg.Tawai sendiri mengusahakan air bukit.Tidak hairanlah MRSM terbengkalai beberapa tahun.Sepatutnya MRSM Gerik boleh beroperasi awal.Sekitar tahun 1990an.Bekalan alatan telah diputuskan oleh Bahagian Perolehan MARA.Alatan Sains dan peralatan dapur telah dibekalkan dan diletakkan dipelbagai bilik darjah.Amanah sepenuhnya terserah kepada pengawal keselamatan yang dilantik oleh MARA.Pengesahan penerimaan alatan dan barangan dibuat oleh PegawaiMARA Daerah Gerik.

GERIK memang ketinggalan dari sudut pembangunan akibat daerah ini termasuk dalam "Kawasan Hitam".Kawasan prioriti keselamatan.Kawasan yang terkenal dengan gerakan komunis .Lokasinya yang bersempadan dengan Thailand ,pastinya memerlukan kawalan keselamatan yang rapi.Bukan Gerik sahaja malah Daerah Hulu Perak.Bermula dari Pengkalan Hulu yang bersempadankan Thailand di Timur Laut, Baling di utara, Jeli,Kelantan diTimur dan Lenggong di selatan.Gerik pula dikelilingi oleh hutan balak dan tasik.Keadaan geografi yang bagini memang sukar untuk dikawal keselamatannya.Pengganas atau komunis bolehmnyusup masuk melalui tasik atau hutan-hutan balak.Tidak hairanlah terdapat beberapa kem anggota keselamatan di daerah Hulu Perak termasuk di kawasan Tasik Banding.

Apabila tuan Pengarah Bahagian Pelajaran Menengah MARA menyampaikan hasratnya supaya aku berpindah ke Gerik,aku mula membuat persediaan.Meninjau tempat dan rumah kediaman.Sekolah untuk anak-anak.Sangkaanku pasti ada kuaters untuk guru di MRSM Gerik.Apabila tinjauan dibuat,sangkaanku meleset.Bukan itu sahaja malah rumah untuk disewapun sukar diperolehi.Gerik ketika itu tiada projek perumahan.Apa yang ada,rumah milik sendiri dan rumah murah kerajaan.Pegawai-pegawai kerajaan jabatan lain mempunyai kuaters sendiri. Selebihnya semua rumah kampung milik tuan punya tanah.Status tanah pertanian.Tidak pernah terfikir bahawa keluargaku akanmenginap di rumah yang belum siap sepenuhya.Tiada bekalan letrik dan air.Semua staf yang membantu membawa perabut dari Kuala Berang tidak mempercayai pengetua mereka akan tinggal dirumah yang belum sempurna dan belum mempunyai sijil layak tinggal.Pada malam pertama memasuki rumah berkenaan,terpaksa bercahayakan lilin.Bekalan air melalui ehsan jiran.

Hari demi hari berlalu dengan keadaan yang sama.Seminggu,dua minggu dan akhirnya akan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk pasang meter air dan penyambungan letrik.Kontraktor meminta Rm1,000.00 untuk memulakan kerja-kerja pemasangan meter air dan letrik.Minggu berikutnya bekalan air telah berhasil.Malangnya pemasangan letrik mengambil masa yang lama sehingga aku terpaksa berpindah ke rumah lain .Itupun secara kebetulan Pengurus Bank berpindah .Setelah mendapat rumah yang agak selesa juga walaupun dua bilik,bolehlah tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap kerja-kerja di MRSM.Di MRSM pula tidak ada pejabat dan tiada bekalan letrik dan air.Sama saperti rumah yang mula aku pindah dulu.Aku terpaksa menumpang di Pejabat MARA Daerah,di Bangunan Arked MARA Gerik.Kehadiranku di MRSM Gerik seorang diri.Tiada staf sokongan mahupun guru-guru.Suatu yang aneh tetapi itulah hakikatnya.Berkidmat seorang diri dari 1hb.Oct.1993 hingga 1hb.Desember,1993 apabila guru-guru mula ditawarkan berkhidmat di MRSM Gerik.

Ujian pengurusan sebenar bagi diriku bermula di Gerik.Aku harus bermula dari A.Mengendalikan temuduga staf sokongan,pemandu dan menguruskan tender pembersihan kawsan.Melalui bantuan MARA Daerah dan MARA Negeri Perak,semua keperluan asas perlu disediakan sebelum surat tawaran kepada pelajar di keluarkan.Menjadi satu kehairanan mengapa projek MARA peringkat awal tidak sempurna.Difahamkan semua keperluan dipenuhi.Ada consultantnya,jurutera tapak dan anak syarikat kejuruteraan khas pihak MARA.Pelik dan benar,apabila" rumah siap,tukul dan pahat sering berbunyi."Pendawaian letrik terpaksa dibuat semula menyembung dari bilik kawalan ke asrama.Kabel yang ditanam dalam tanah tidak bertanda dan tidak dapat dikesan.Terpaksa dibuat semula(overhead) kerana yang dipasang sebelum ini hanya two phase bukannya three phase.Satu wayar hilang.Tender semula dan menelan belanja puluhan ribu.Ditambah pula dengan terpaksa memasang paip air sejauh 1.4 km dari tangki air di loji Lawin.Projeh ini memakan belanja ratusan ribu.Keupayaan bekalan air pula terhad.Bila malam sahaja baru tekanan kuat.Daripada perkiraan,sememangnya bekalan air dari loji Lawin tidak boleh menampung keperluan 450 orang(kapasiti sebenar MRSM Gerik).

Beberapa prosedur penting mesti dipenuhi sebelum sesebuah sekolah itu boleh beroperasi.Paling penting tentang keperluan keselamatan.Syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis Daerah Gerik,keperluan pihak BOMBA,Jabatan Kesihatan,Jabatan Alam Sekitar(JAS) disamping Tenaga Nasional,Telekom dan Jabatan Kerjaraya.Berikut beberapa senarai yang tidak dilulskan pada peringkat awal pemeriksaan:
1. Pihak Majlis Daerah tidak meluluskan tangga yang digunakan untuk ke surau bahagian atas Dewan Selera.Anak tangga tidak cukup leber,kurang dari 8 inci lebar yang sepatutnya dan tanga terlalu curam.
2. Tebing bangunan yang menempatkan Dewan Selera,Pusat Kegiatan Pelajar,Surau dan Bilik Rawatan tidak selamat.Bekemungkinan mudah runtuh.
3. Jabatan Kerjaraya(JKR) mensyaratkan supaya laluan masuk ke MRM dilandaikan lagi dan meletakkan palang kuning(zebra crossing)
4.Pihak BOMBA mensyaratkan laluan keluar dari Pusat Sumber Pembelajaran(PSP) diperbaiki dan tunjukarah keluar disempurnakan.

Bagi memastikan supaya MRSM dapat beroperasi segera,sijil kebenaran kediaman sementara akan dikeluarkan dengan syarat semua perkara yang telah ditetapkan untuk diperbaiki dibuat segera.Atas nama kepentingan pendidikan semua berjalan lancar.Semua jabatan kerajaan yang terlibat turut membantu.Namun masalah ketidakcukupan air sukar untuk diatasi.Atas pertimbangan-pertimbangan tertentu,pihak pentadbiran MARA meyakini bahawa MRSM Gerik boleh beroperasi.Tawaran pelajar untuk mendaftar dibuat dan sesi persekolahan bermuala Febuary,1994......(bersambung)

This entry was posted on Friday, February 6, 2009 at 12:07 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

5 ulasan

Assalamualaikum CIKGU...Sy X-MRSM Gerik 1st Batch..Akhirnya sy jumpa bekas Pengetua Sy di sini..Sy juga rindu pada cikgu2 yg pernah mengajar sy dulu..Gugur air mata sy bila membaca Kronologi Kehidupan DI MRSM GERIKyang penuh dgn nostalgianya yg tersendiri... Semua nya menjadi KENANGAN TERINDAH buat sy dan rakan2 yg lain.Terima kasih yg tak terhingga buat semua tenaga pengajar DI MRSM GERIk .Sy masih ingat kata2 nasihat Pengetua dulu.."KALAU MASA BERMAIN, MAIN lah SUNGGUH2..KALAU MASA BELAJAR,BELAJAR LAH SUNGGUH2"..:).Sy doakan Semoga Pengetua Panjang Umur dan Bahagia di samping keluarga tersayang..amin.._w.aznida

August 12, 2009 at 6:19 PM

Wan Aznida maaf cikgu telah tertinggal keretapi 🤣😂😂 Terima kasih atas doa dan semoga terus sukses.Panjang umor kita boleh ber reUnion lag.

October 21, 2020 at 5:12 AM

Assalamualaikum Cikgu (Pak Ya)... saya Batch 3, Sungguh saya terharu, baru mengetahui kisah susah payah dan pengorbanan Cikgu demi kami. Walaupun alah bisa tegal biasa selama 3 tahun di Bukit Nasah, kisah jerit perih Cikgu sebelum kami jejak ke sana membuatkan jiwa saya runtun. Marah, teguran dan nasihat cikgu tidak ubah sayangnya seorang ayah kepada anaknya. Moga cikgu terus diberi kesihatan yg baik dan diberi ganjaran yg berlipat ganda olehNya. -kuala berang since 2005-

October 22, 2020 at 5:26 AM

Assalamualaikum..Semoga Allah merahmati setiap pengurbanan Cikgu Zakaria , cikgu² serta kesemua staf MRSM Gerik..Salam dari anak didik mu .. Harnizam a.k.a Mikel..

October 22, 2020 at 7:49 AM

Assalamualaikum..Semoga Allah merahmati setiap pengurbanan Cikgu Zakaria , cikgu² serta kesemua staf MRSM Gerik..Salam dari anak didik mu .. Harnizam a.k.a Mikel..

October 22, 2020 at 7:50 AM

Post a Comment