REMAJA DAN KEREMAJAAN  

Posted by Cikgu Zack in

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Sebagai hamba Allah yang ditetapkan bahawa manusia hidup perlu mewujudkan perhubungan.Perhubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.(hablul minallah dan hablul minannas).Bagaimana kita berhubung merupakan persoalan yang perlu dikongsi bersama pengalamannya.

Pehubungan dengan Pencipta kita ,ALLah, telah ditetapkan dan diajarkan caranya.Maksud hadis,;sembahyanglah atau solatlah kamu saperti mana aku solat."Sembahyang merupakan kaedah utama kita berhubung dengan Allah.Kita bercakap atau berbicara dengan Allah sepanjang perlakuan kita dalam sembahyang.Kita membesarkan Allah,bejanji atau ikrar dengannya,memujiNya dan memohon denganNya. Antara ikrar kita ,"sembahyangku,hidupku dan matiku kerana Allah.."Kita juga berikrar dan berjanji bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan mengaku bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh ALLah.

Bermula dengan ikrar dan janji kita dengan Pencita ,membina satu sistem hidup dibawah naunganNya.Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini semestinya dibawah keredzaanNya.Cara hidup kita mesti berlandaskan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah.s.a.w.Paling mudah disebut sebagai ;"Cara Hidup Islam."Cara hidup semua yang bergelar manusia,insan,(human/mankind).Tidak kira kanak-kanak,remaja ,dewasa mahupun yang sudah lanjut usianya.Tidak pula terkecuali sama ada lelaki atau perempuan.Contohnya ,'sembahyang atau solat"Abapila seseorang itu aqil baligh,sudah boleh membezakan antara yang buruk dengan baik,kena solat.Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan supaya menyuruh anak-anak sembahyang.Baginda memerintahkan supaya dipukul sekiranya anak-anak enggan sembahyang bila mencapai umur 10 tahun.

Pengalaman bersama anak-anak ,sama ada anak sendiri atau anak-anak didik di sekolah ,tentang sembahyang pasti banyak yang boleh dikongsikan bersama.Pelbagai kerenah anak-anak tentang sembahyang.Anak-anak sendiri pun selalu kena peringatkan.Solat subuh terutamanya.Kalau yang berjauhan,telefon atau pesan dengan rakan-rakannya supaya bangunkan kawan untuk sembahyang subuh.Kalau pelajar tinggal di asrama senang urusan tetapi sukar mendapatkan keseluruhannya berjemaah.Ada juga yang liat atau cuba ponteng.Bila cuti sekolah,ramai ibu bapa yang memaklumkan bahawa anak-anak mereka "qado" atau ganti tidur.Banyak tidur dari jaga.

Mengapa fokus solat menjadi perbincangan kali ini?Kita berpegang kepada konsep,"Apabila hubungan kita dengan Allah sempurna,iltizam dan istiqamah.Berpegang kepada janji Allah,"Solat boleh mencegah hambaNya daripada melakukan perkara mungkar dan fahsyar."Diri insan terkawal sepenuhnya dibawah konsep ketaqwaan.Rasa takut dan gentar terhadap hukuman Allah.Takut kepada bencana dan siksaan neraka.Bagi mereka yang beriman ,yang selalu mengekalkan hubungannya dengan Allah pastinya merasa gentar untuk memutuskan hubungan dengan Penciptanya.Peringatan kepada setiap manusia supaya ,"jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada siksaan api neraka,"

Istiqamah dan iltizam serta pengekalan ibadah solat bermula dari kanak-kanak(sebagai latihan kepada yang belum baliqh) ,remaja,dewasa dan seterusnya sepanjang hayat manusia berada di muka bumi.Hubungan ini wajib dilaksanakan.Tiada pilihan dan tiada pengecualian .Dalam apa sahaja keadaan solat mesti dilaksanakan walaupun ketika dalam peperangan,sakit atau dalam perjalanan(musafir). Insan yang dibentuk melalui konsep ubbudiah akan terjamin kemurnian akhlak nya.Ini bersesuaian dengan diantara tugas yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. membentuk dan menyempurnakan akhlak ummatnya.

Kini masyarakat mendepani masalah sosial yang dianggap parah.Golongan remaja terutamanya remaja Melayu paling ramai terlibat dengan gejala-gejala sosial.Peratusan remaja Melayu yang terlibat dengan penagihan dadah paling tinggi.Golongan merempit,terlibat dengan maksiat atau sex bebas,minum arak dan paling menakutkan kumpulan yang menentang TUHAN atau Black Metal.Hilangnya budi bahasa dan hormat orang tua-tua,hormat guru-guru atau yang lebih dewasa daripada mereka.

Harapan daripada senario ini,anda dijemput berkongsi dn mencambah minda untuk sama-sama mengembalikan balik maruah bangsa dan agama.Wallahhu 'alam.


This entry was posted on Monday, February 2, 2009 at 6:44 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment