Salam sejahtera dan selamat betemu kembali setelah lama terhenti.Saperti biasa apabila tedapat tajuk yang difikirkan sesuai dikongsi bersama dengan golongan pendidik,cikgu akan menulis.
Ketika mengajar di Balik Pulau ,Pulau Pinang seketika dulu,cikgu terlibat dengan khidmat program Bina Ilmu kelolaan GPMS Balik Pulau.Kumpulan sasarannya ialah pelajar-pelajar Melayu sekolah-sekolah harian Pulau Pianang.Cikgu dipertanggungjawabkan menyedar dan melatih pelajar-pelajar tentang pengurusan masa.Beberapa buah buku rujukan dibaca untuk mendapatkan maklumat supaya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.
Diantara faktor kejayaan seseorang manusia termasuk pelajar pastinya berkait rapat dengan keupayaan mengurus masa.Konsep Al-Falah atau Kejayaan berkait rapat dengan keupayaan mengurus masa dengan berkesan.Manusia yang dikurniakan akal oleh Allah telah disarankan supaya menggunakan akal yang waras,akal yang cerdik saperti yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh sahabat tentang maksud ayat 19 surah Al-'Ala...suhuf atau kitab Ibrahim dan Musa.Penjelasan Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat-sahabat yang bertanya," Sewajarnya setiap yang berakal,selagi alkal fikirannya tidak hilang ,dia membahagikan masanya kepada 4 waktu,:
@ Waktu untuk bermunajat atau berzikir kepada Allah
@ Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya(menyemak dan menilai diri)
@ Waktu untuk berfikir tentang ciptaan Allah(mencari ilmu) dan
@ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya,saperti mencari
makanan dan minuman (nafkah)
Cikgu tidak berniat untuk menghuraikan maksud hadith di atas.Apa yang ingin dikongsi di sini ialah ,apabila kita mengajar kaedah-kaedah pengurusan masa berkesan untuk belajar,jangan lupa kepada keutamaan peruntukkan masa untuk ibadah kepada Allah.Akhir-akhir kini,ramai pelajar cemerlang memberitahu bahawa mereka mengisikan sebahagian malam dengan sembahyang tahjud,hajat dan bermunajat kepada Allah.Merayu dan meminta supaya Allah memberkati usaha-usaha mereka.Ada yang berpuasa ketika hari peperiksaan.Mendampingi diri kepada Allah yang Maha Pemurah,Maha Pengasih,Maha Penyayang...dan jaminan Allah,"Mohonlah kepadaKu semoga Aku(Allah) perkenankan."
Pada masa ini,dipasaran,banyak buku-buku yang boleh membantu pelajar-pelajar kaedah mengurus masa.Malah boleh dikatakan ramai guru disekolah telah ditugaskan mengajar pelajar cara mengurus masa dengan berkesan.Para pelajar telah dibimbing untuk membuat perancangan belajar sendiri.Student planner.Kesempatan ini, Cikgu cuma ingin mengemukan semula penjelasan tentang penggunaan masa oleh Dr.Hisham al-Talib dalam bukunya Training Guide for Islamic Workers(1991):(dinukil dari buku Masa Konsep & Pengurusan(Zaini Ujang):
i. Gunakan masa untuk berfkir,sesungguhnya ia merupakan sumber kekuatan
ii. Gunakan masa untuk riadah/bermain ,sesungguhnya menyegarkan
iii.Gunakan masa untuk membaca,sesungguhnya ia asas hikmah
iv.Gunakan masa untuk berdoa,sesungguhnya ia merupakan kuasa terkuat di dunia
v. Gunakan masa untuk sayang menyayangi,sesungguhnya iman itu adalah kecintaan
vi.Gunakan masa untuk bersahabat,sesungguhnya itu adalah jalan menuju kebahgian
vii.Gunakan masa untuk bergembira/ketawa,sesungguhnya ia adalah peluncur yang baik,
viii.Gunakan masa untuk bersedekah,sesungguhnya masa hidup terlalu singkat untuk mementingkan diri sendiri sahaja,
ix. Gunakan masa untuk bekerja,sesungguhnya ia adalah syarat untuk kejayaan,dan jangan membazirkan masa,
x. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w;"Sesiapa yang hari-hari hidupnya sama(dalam mencapai sesuatu) tergolong di kalangan mereka yang tewas."
Semoga paparan ini dapat dikongsi oleh para pendidik dalam pebincangan dikalagan pendidik-pendidik anak bangsa tercinta.Wallah hu'alam
This entry was posted
on Friday, April 24, 2009
at 8:07 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.