GURU DAN POLITIK KEPARTIAN  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Lonjakkan untuk menulis kembali menyerang apabila berlakunya PRK di dua bukit dan satu batang(pinjam dari pengucap di Perhimpunan Agung UMNO).Ada juga wakil perhimpunan yang mencadangkan supaya guru-guru Kumpulan A dibenarkan aktif politik.Polimik mula mengambil tempat dalam media massa tentang ini.Pro dan kon perkara biasa bila kita membahaskan cadangan ini.

Hujah awal mengambilkira bahawa pejuang awal kemerdekaan negara terdiri daripada golongan guru.Guru punya pengaruh melalui penulisan,hubungan dengan masyarakat dan personaliti guru yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai orang yang paling dipercayai.Mereka rata-rata bermula di tempat mendapat latihan dan paling popular Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim(MPSI).Perjuangan mereka pula jelas.Mahukan kemerdekaandan sekaligus mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Mereka dibantu pula oleh golongan guru lulusan agama Islam.Tokoh ternama saperti Ibrahim Yaakob,Aminuddin Baki,Zulkifli Mohammad dan pengikut-pengikut mereka.

Selepas merdeka,ramai mantan guru yang terpilih sebagai wakil rakyat dan sehingga ke tahap Timbalan Perdana Menteri. Guru ketika itu statusnya tinggi dari kacamata masyarakat.Belingan mereka pula tidak seramai guru sekarang.Penglibatan guru dengan tugasan mereka agak terhad atau tidak banyak saperti guru-guru kini.Bilangan murid atau pelajar juga tidak seramai sekarang.Tugas sampingan guru-guru kadangkala tidak terlerai.Guru perlu memenuhi kehendak pentadbiran dalaman,setempat(PPD) ,kehendak JPN dan Kementerian Pelajaran(KPM).Kadangkala anak ,isteri sendiri tidak sempat dilayan.Bagi guru yang komited dengan tugas hakikinya,dirasakan masa 3/4 daripada masa hariannya digunakan untuk sekolah dan pelajar.Hari minggu pula dengan kegiatan kokurikulum.Mengiringi pelajar dengan kegiatan sukan atau aktiviti luar.Malam dengan persediaan untuk mengajar.Rancangan Mengajar dengan keperluan ABM yang pelabagai.Methodologi,strategi dan pelbagai kaedah berkesan bagi memastikan pelajar mencapai objektif yang ditetapkan.Penyediaan soalan-soalan peringkat unit,jabatan,kolompok dan negeri.Belum cerita lagi kursus-kursus semasa yang pelu dihadiri.

Bila guru menambah aktiviti politik kepartian,pastinya fokus guru akan berubah.Bahan perbualan di antara guru banyak berkisar kepada politik kerana boleh menghiburkan dan tidak akan dinilai oleh CEO (Chief Education Officer).Ini belum lagi guru akan keluar bermesyuarat cawangan,bahagian atau terlibat dengan aktiviti politik tempatan.Musim pilihanaya,guru lebih berwibawa untuk berkempen.Fahaman dan pegangan ideologi politik guru-guru pastinya berbeza.Perbalahan,pertengkaran menegak ideologi di kalangan guru-guru di sekolah akan menimbulkan suasana yang tidak sihat di sekolah.Memendam perasaan dendam tidak dapat di elak.Masing-masing cuba mencari pengaruh untuk membenarkan fahaman politik mereka.

Renunglah kembali hakikat tugas dan tanggungjawab guru sebagai,mualim,muaddib,murabbi dan daie.Mampukah guru membahagikan masa dengan berkesan di antara tugas hakiki dengan tugas politik kepartian.Pengurusan masa secara berkesan sahaja membolehkan guru dapat aktif dalam politik kepartian.Disarankan,disebalik mencebur diri dalam politik kepartian,tumpukan membantu masyarakat dengan kemahiran keibubapaan.Bimbing kelaurga anak-anak murid supaya dapat membantu anak dengan kemahiran belajar.Kesedaran pentingnya menuntuk ilmu.Ilmu dui adan ilmu akhirat.HARAPANNYA..WUJUDKAN SUASANA KONDUSIF DI SEKOLAH DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR...elakkan polimik kepartian di kalangan guru-guru insyaAllah lahir keharmonian di kalangan warga sekolah.Wassalam

This entry was posted on Tuesday, April 7, 2009 at 8:04 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 ulasan

Anonymous  

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

April 9, 2009 at 7:50 AM

Post a Comment