BERSAMA ANAK-ANAK FORM 3,MRSM GERIK  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Kali ini terasa hendak menulis segera kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan anak-anak Form 3 MRSM Gerik.Pihak maktab menjemput supaya dapat membantu pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan PMR,2009.Hati berbunga kegembiraan setelah mendapat jemputan.Apa tidaknya peluang kembali ke tempat yang pernah kita usahakan pembukaannya .Suka duka berada di Gerik selama lebih dari tujuh tahun.

Bila tiba,timbul rasa kagum dengan perubahan-perubahan sekitaran MRSM.Bumbung bangunan telah digantikan dengan "metal".Dulu asbestos...dapat gelaran macam "Pusat Serenti." Maklumlah projek segera dengan peruntukan terhad.Guna wang 'reserve' sahaja.Bila dah dapat peruntukan sebenar barulah boleh laksanakan fasa 2 dan penambahbaikan.Hati tambah terharu apabila para pelajar memberikan tepukan gemuruh apabila juru acara memperkenalkan..Pengetua Pertama MRSM kita,"

Diatas kapasiti pendidik,timbul sepenuh keikhlasan ,ingin membantu anak-anak supaya terus cemerlang dalam bidang akedemik dan mempunyai akhlak yang mulia.Selama satu jam empat puluh lima minit,anak-anak dibantu dengan fakta-fakta dan contoh-contoh bagaimana hendak berjaya.Pembentangan berkisar kepada tajuk pilihan sendiri,"SUCCESS IS A CHOICE".Penekanan kepada keyakinan diri bermula dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Enhance skill and abilities,membuat perancangan,memanfaatkan sumber-sumber yang ada saperti guru-guru,kemudahan perpustakaan,rakan sebaya dan penggunaan IT disamping ibu bapa.Meminta mereka merancang kehidupan harian sebagai pelajar.Wujudkan student planner. Spend time wisely.

Nasihat bapa kepada anak-anak,jauhi maksiat,elak stress saperti terlibat dengan masalah disiplin. Bantulah rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Banyak berdoa dan jaga ibadah.Banyakkan ibadah tambahan saperti membaca Quran,sembahyang hajat,tahajjud dan sunat dhuha.Semoga Allah membuka pintu hidayah dan memberi taufik kepada anak-anak kesayanganku.Ya Allah tenangkan fikiran mereka,permudahkan jangan Engkau sukarkan.Berilah kesudahan usaha meraka dengan baik.Amin.

This entry was posted on Saturday, June 20, 2009 at 7:33 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

5 ulasan

Salam Cik Ya (dulu cikgu2 MRSM Gerik batch 94-98 memanggil Cik Ya begitu...jangan marah ye..panggilan mesra tu). Cerita Cik Ya mengingatkan saya pada MRSM Gerik...memang sukar dilupakan...walaupun saya dah balik ke negeri asal, namun MRSM Gerik tetap saya ingat sampai bila2. Dengan hubungan guru, staf dan pelajar-pelajar yang sangat rapat dan mesra. Saya tak jumpa di tempat lain.(azah - MRSM Gerik 94-99)

July 19, 2009 at 7:48 AM

Cikgu Azah terima kasih kerana sudi baca coretan saya.Memang MRSM Gerik punya keistimewaannya.Lepasan MRSM Gerik memang punya semangat yang kental.Masih ramai yang berhubung dengan saya.Kini masanyang sesuai mereka menjemput majlis kenduri.Baru-baru nii kat Manjung ,Perak.Hafiz kahwin.Saya tak berkesempatan hadir.
Cikgu Azah sihat ke??Mesti seronok bertugas di Johor,maklumlah negeri sendiri.Kebetulan datang ke Utara,singgah umah saya.HP;0194500151.
Selamat bertugas dan berbakti.Cikgu Azah memang hebat.

August 4, 2009 at 10:14 AM

Assalamualaikum cikgu, Saya Hasrul first batch kat MRSM Gerik... MRSM Gerik waktu tu amat best dan ceria walaupun kita menghadapi masalah infrastruktur waktu memula dulu. Pada pendapat saya, saya amat rapat dengan kawan kawan, cikgu cikgu dan staf star kat MRSM Gerik, mungkin sebabkan ianya baru dibuka waktu tu dan bilangan kakitangan dan student yang skit. Tapi kat Gerik la saya menjadi seperti sekarang. Terima kasih kat semua cikgu cikgu dan kakitangan. Tanpa cikgu dan kakitangan semua, saya tak tau la nak jadi apa skarang nie... Thanks tu all

August 11, 2009 at 10:44 PM

Khairun Nisa,tempat jatuh lagi dikenang,,,Baguslah kerana mengambil kenangan sebagai panduan hidup.

Kejayaan seseorang itu sebenarnya bermula dari susahpayah dan kemampuan menghadapi cabaran.Cikgu juga melalui liku-liku hidup yang lebih sukar.Kerja dulu,ambil pepriksaan sendiri,baru mauk Unv.
Alhamdulillah.Tuhan berserta dengan hambaNya sabar.TQ kerana masih ingat cikgu

August 17, 2009 at 7:12 AM

Salam cikgu. Saya Yamin batch ke-6 Maresmag. Gerik memang best. Banyak yang saya belajar semasa disana.
Semoga cikgu sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

September 17, 2009 at 11:35 PM

Post a Comment