FUTURISTIK  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Kini dunia dilanda sekali lagi kegawatan ekonomi.Punca utama berkaitan dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat(US).Jatuhnya nilai USD.Sayarikat-syarikat gergasi jadi kecil dan perlu diselamatkan.Kerajaan telah menyuntikkan berbilion dolar kepada syarikat-syarikat gergasi termasuk institusi kewangan,pengeluar kereta dan hartanah.Keadaan ini telah memberi impak kepada negara-negara di dunia keseluruhannya. Kalau Amerika Syarikat dikategorikan negara MAJU,mengapa kegawatan ini boleh berlaku.Apakah pakar-pakar ekonomi mereka tidak boleh menjangkakan keadaan ini akan berlaku.Mereka punya pakar-pakar bidang futuristik.Apakah ahli Feuturelogy mereka terlepas pandang?

JANGKAAN MASA DEPAN atau FUTUR(feuture) menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.Kemajuan dan keteguhan sesebuah syarikat.Penentuan survival sesuatu bangsa.Bagi negara-nagara maju,apa akan berlaku masa depan pastinya menjadi keutamaan.Jangkaan masa depan pastinya mengambil kira apa yang sedang berlaku sekarang.Dalam bidang ekonomi,kedudukan atau situasi kini penentu kepada kedudukan dan keadaan ekonomi masa depan.Ekonomi Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan,2020 pastinya sudah diambilkira ketika WAWASAN 2020 dilancarkan.Tempuh 20 tahun bukanlah satu tempuh yang singkat.Faktor-foktor dalaman dan luaran perlu diambilkira.Sumber-sumber alam,taraf kecerdikan penduduknya,usia penduduk yang menjadi majoriti rakyat Malaysia,kesetabilan politik dan jati diri bangsa semuanya terangkum dalam perkara yang menjadi penentu kepada masa depan negara kita.

Pemimpin negara kini sering meluahkan kata-kata; "Rakyat Malaysia kini masih berada dalam kelompok 3rd class mentality.Menteliti kelas ketiga." Bagi kerajaan,prasarana negara sudah berada pada tahap kelas satu"first class".Disebabkan tahap kecerdikan rakyat rendah,jadi prasarana yang disediakan tidak dapat dimanfaatkan.Dalam ertikata lain masih ada kepincangan.Tidak seimbang atau masih tempang.Persoalannya mengapa perkara ini berlaku?Kecerdikan manusia bermula di mana?Pasti ramai akan memberi jawapan;PENDIDIKAN. Penyebaran ilmu pengetahuan kepada rakyatnya.Apakah sistem pendidikan kini belum mampu mengangkat tahap pemikiran rakyat Malaysia.Masih " low class" lagi ke?

Daripada Sistem Pendidikan yang tidak punya FALSAFAH dibina Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Sudah berlaku anjakan pradigme.Pendidikan sudah bertaraf dunia(world class).Penggunaan Information Tecknology(IT) yang menyeluruh.Samapai ke masjid-masjid sudah dibekalkan komputer yang boleh ekses internet.Sasaran satu keluarga satu komputer telah meningkat peratusannya.Secara umum ramai rakyat Malaysia sudah celek komputer.Berdasarkan senario ini,pasti ada kekuranganyang menjadikan tahap pemikiran rakyat Malaysia masih pada takuk kelas ke tiga(3rd class).Paling ketara,subjek Sivik dan Kewarganegaraan terpaksa diajar semula dan kini sudah menjangkau usia lima tahun.Bermakna telah melibatkan semua murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.Diterapkan amalan murni saperti mengerti berterima kasih,menghargai alam sekitar atau lestari alam ,tahu menggunakan kemudahan awam dengan betul dan baik.Ada semangat petriotik di samping mengasihi keluarga dan negara.Tahu meghormati pemimpin dan tahu mengenang jasa.

Generasi kini pewaris masa depan.Keadaan negara pada masa depan bergantung sepenuhnya kepada generasi kini.Kemajuan negara dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada perancangan kini.Memahami masa depan memerlukan satu ilmu khas;Fueturelogy.Perkiraan masa ini,ketika ini,hari ini untuk menentukan masa depan.Kedudukan sosial,ekonomi dan politik negara masa depan.Dari sudut politik,siapakah agaknya yang akan menerajui negara dalam tempuh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.Survival ummah,bangsa Melayu dan Bahasanya.Apakah rupabentuk budayanya? Soalan-soalan inilah yang membolehkan kita menelah apa akan jadi masa akan datang. Bersediakah wahai generasi pewaris bangsa?

Polemik ini boleh diperbahas dan pelebaran perbincangan untuk ini perlu sebagai satu percambahan minda.Silakan.Wassalam

PENCARIAN GADIS MELAYU  

Posted by Cikgu Zack

Tepat pukul 10.15 malam,15hb.Jan.2009, di Stadium Shah telah diumumkan gadis Melayu yang bakal menjadi icon bangsanya.Seramai 5 finalis yang telah berjaya melepasi saringan.Mereka dikehendaki mempersembahkan sebuah tema yang bersesuaian untuk diadili.Mereka masing-masing mempersembahkan tema mengikut negeri masing-masing dan isu Gaza.Juara adakah tepat mewakili jutaan gadis Melayu Malaysia atau sekadar mencari model Melayu.

Gadis Melayu semestinya sinonim dengan Bangsa Melayu.Satu rupa bangsa yang pastinya mengamalkan cara hidup Melayu.Pengamalan budaya Melayu sepenuhnya dalam kehidupan.Apakah ciri-ciri budaya yang telah diamalkan?Apakah budaya Melayu? Pastinya budaya yang merangkumi,"kepercayaan,pengetahuan,seni,adat dan norma-norma kemasyarakatan."Gadis Melayu yang menjadikan Islam sebagai tunjang cara hidupnya.Bernaung di bawah slogan "Islamic way oflife".Syabas diucapkan kepada seorang peserta yang telah memilih untuk terus memakai tudung setelah melalui program-program persediaan menjadi gadis Melayu.Alhamdulillah,pastinya beliau mengetahui tentang tuntutan menutup aurat saperti yang telah ditetapkan dalam ajaran agama.Menutup aurat itu hukumnya wajib.

Penampilan gadis Melayu di khalayak juga semestinya mempunyai batas-batas tertentu.Harapan daripada icon gadis Melayu akan terus mengekalkan Islam sebagai tunjang kehidupan seharian.Sebelum terlibat dalam sesuatu acara,tanya dahulu tentang kedudukan program tersebut dari sudut agama.Adakah lulus dari segi syara'nya.Semua ini penting supaya masyarakat tidak lagi dikelirukan dengan perkara-perkara yang berlawanan atau bercanggah dengan agama.Keberkatan hidup dunia dan akhirat itulah matlamat hidup kita.Firman Allah membawa maksud;TidakKu jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaKu".Ibadah yang mencakupi keseluruhan cara hidup.Kosep ibadah yang luas,bukan yang disempitkan DENGAN ibadah khusussiah sahaja.

Apa komen pembaca.Wallahhualam.

BAHASA JIWA BANGSA  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan semoga kita dapat membuka minda untuk berbincang tentang status atau taraf kedudukan BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.Teringat lagi lagu semasa kempenBulan Bahasa Kebangsaan dijalankan dahulu.Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita,marilah ramai-ramai kita gunakannya.Bahasalah yang menentuankan kita semua.Marilah amalkan ramai-ramai..Maju bangsa dan maju negara.. dan seterusnya.Itulah yang selalu dilaungkan oleh anak-anak sekitar tahu 60an dan 70an.Teringat lagi ketika berada di darjah lima sekolah Melayu,tahun 1961,saya menyertai pertandingan pidato Bulan Bahasa Kebangsaan.Tajuknya Bahasa Jiwa Bangsa.Terkial-kial menghafal teks yang disediakan oleh guru.Pertama kali tampil di khalayak,menjadikan semua tidak kena.Lutut terasa lemah dan lidah kelu.Apa yang dihafal hilang terbang entah ke mana.Itulah pengalaman yang masih segar hingga kini.

Sejarah telah membuktikan bahawa Perjuangan Memertabatkan Bahasa Melayu sebagai BAHASA KEBANGSAAN telah berjaya.Target 1978 semua sektor kerajaan,kehakiman,pusat-pusat pengajian menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.Semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan bangsa telah menerimanya.Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Dewan Bahasa dan Pustaka,singkatannya DBP telah memainkan peranan bagi memastikan berlakunya terjemahan bahan-bahan bacaan masyarakatbagi memenuhi keperluan mereka, khususnya golongan pelajar.Penubuhan Universiti Kebangsaan telah memancarkan betapa telah berjayanya kempen menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Universiti yang sama telah berjaya mengeluarkan para doktor bidang perubatan di negara ini.Hingga kini boleh dikatakan semua universiti tempatan telah menjalankan program perubatan di samping program-pogram sains dan teknologi lainnya dalamBahasa Melayu.Kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak boleh dinafikan lagi.

Enam tahun kebelakangan,satu dasar telah dibuat oleh kerajaan iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).Bermula di sekolah rendah dan Menengah Rendah.Serentak dengan itu diperkenalkan juga Bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi(EST).Pelbagai hujah dan rasionalnya telah dikemukakan.Selepas pilhanraya ke-12,8 hb.Mac.2008 timbul pula bantahan tentang PPSMI ini.Pakar bahasa yang ditunjangi oleh GAPENA(Gabungan Penulis Nasional) telah memberi kata dua kepada pihak pemerintah supaya menarik balik PPSMI ini.Mereka mengambil masa hampir enam tahun untuk bersuara tegas.Kajian dan penyelidikan telah dibuat terhadap keberkesanannya terhadap semua golongan sasaran yang terlibat.Sempena dengan kempen pilihanraya kecil, P36Kuala Terengganu,kumpulan GAPENA turut serta menggunakan medan.Medan politik merupakan medan yang berkesan di samping forum dan konvensyen.Medan politik merupakan medan rakyat jelata dan suara rakyatlah yang boleh merubahnya.Isu Bahasa Melayu selalu diketengahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sekitar tahun 60an.Pembangkanglah selalunya lebih lantang .Pilihanraya 1969 isu bahasa dimasukkan sebagai manefesto pilihanraya ketika itu.

Setelah kejayaan dicapai tentang memertabatkan Bahasa Melayu sebagai rasmi dan Bahasa Kebangsaan,usaha juga telah dibuat untuk menjadikan Budaya Melayu sebagai TERAS Budaya Kebangsaan.Menjadi lumrah ,sesuatu yang baharu itu pastinya menjadi polimik.Akan ada pro dan kontranya.Samalah juga dengan bahasa.Permulaan telah ada.Seminar tentang Budaya Kebangsaan peringkat nasional telah diadakan sekitartahun70an .Malangnya ,usaha murni ini telah hilang dimakan zaman.Masa yang berlalu tidak menampakkan kesungguhan tentang saranan ini.Demi menjaga kepentingan parti dan sokongan semua kaum,Budaya Kebangsaan sudah menjadi caca-merba.Sambutan Hari Kebangsaan menampakkan kepelbagaian amalan budaya kaum dipertontonkan.Rakyat Malaysia kini tidak lagi cuba difahamkan tentang Budaya Kebangsaan.Fahamkah mereka apa itu budaya.Ciri-ciri budaya dan mengapa budaya dikatakan alat pancaran sesuatu bangsa,Bangsa Malaysia.

Malaysia oh! negaraku.Wahai bangsaku cubalah berikan sumbangan buah fikiran anda.Perlukah kita mempunyai SATU BAHASA DAN SATU BUDAYA dalam negara yang dinamakan MALAYSIA?

PENGAJAR DAN PENDIDIK.  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Bertemu semula buat kesekian kalinya.Pertemuan ini membuka minda kita memperkatakan tentang siapa itu pengajar dan siapa pula pendidik? Ada beberapa orang pelajar datang bertemu saya supaya mengajarkan mereka cara-cara bermain tenis.Mereka tahu saya boleh main tenis dan juga boleh menunjukajar cara-cara betul bermain tenis.Dalam permainan tenis,apa yang saya boleh didik mereka.Apakah dalam permainan tenis tidak ada pendidikan?

Pada ketika yang lain saya pula diajar cara-cara bermain golf.Seorang guru yang bagitu minat dengan golf mengajak saya bermain golf.Dia sanggup mengajar saya cara-cara bermain golf.Selepas boleh bermain dia membawa turun ke "medan' sebenar.Selepas beberapa kali bemain,banyakPENDIDIKAN tentang golf yang diperolehi.Dididik supaya lebih fokus,tekun kerana banyak halangan dan bermain mengikut kemampuan sendiri (handycap). Bagitu juga pelajar-pelajar yang bermain tenis .Bilakah berlaku pendidikan semasa bermain tenis? Mereka pastinya mempelajari tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi.Daripada pakaian hinggalah kepada adab dalam gelanggang.

Dua contoh di atas pastinya memudahkan kita membezakan antara mengajar dan mendidik. Berkaitan dengan subjek,pastinya perkara yang sama berlaku.Guru boleh mengajar subjek Pendidikan Islam.Pelajar boleh tahu semua perkara yang berkaitan dengan agama.Belajar mengikuti salibus atau sukatan yang telah ditetapkan.Bila tiba masa ujian,mereka boleh mengemukakan semula perkara-perkara yang telah dipelajari.Bila pula berlaku pendidikan ? Pendidikan agama diyakini boleh membentuk akhlak mulia.Tingkahlaku pelajar akan dikawal oleh pendidikan yang terdapat dalam pelajaran agama. Ilmu membawa makna kepada penuntutnya.Ilmu yang diamalkan.Perkara mungkar ditinggalkan.Maka terhidarlah segala bentuk kemungkaran lantaran kefahaman tentang dosa dan pahala.Ganjaran dan hukuman,syurga dan neraka.

Peranan guru umum diketahui menyampaikan ilmu.Guru sebagai muallim atau mengajar ilmu.Adakah cukup setakat itu? Bila guru sudah mengajar apakah boleh dikatakan mereka sudah menjalankan tugas.Bagaimana pula peranan mereka sebagai pendidik.Mendidik pelajar supaya beradab,bertatasusila,berdisiplin dan bertaqwa.Hal demikian datanglah pendidikan.Guru juga berperanan sebagai "muaddib".Mengajar tentang adab.Guru sebagai "murabbi"Mendorong pelajar-pelajar patuh dan taat kepada perintah Allah.Menyediakan peluang untuk para pelajar mengabdikan diri kepada Penciptanya.Seruan-seruan yang dibuat oleh guru-guru ini meletakkan mereka sebagai "dai".Orang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Peranan ini merangkumi semua guru.Tidak kira apa sahaja subjek yang diajarnya.

Guru sebagai contoh teledan.Sebagai rolemodel.Sebagai ikutan yang baik.Baik tingkahlakunya,pertuturannya,gurau sendanya malah kesungguhan menjalankan tugasnya.Pendidikan secara tidak langsung ini sebenarnya lebih berkesan daripda yang disampaikan secara terus.Guru berhemah mulia.Guru penyayang dan pengasih.Guru adil,malah gurulah segala-galanya.Guru mengajar kemahiran dan guru juga pendidik berkesan.Sekali menjadi guru bila dan di mana sahaja amanah ini di bawa.InsyaAllah kehidupan guru bertambah berkat.

Mari berkongsi pengalaman anda sebagai guru atau anda dan guru anda.Wallahhu'alam.

KECERDIKAN EMOSI(EQ)  

Posted by Cikgu Zack

EMOSI atau perasaan dimilki oleh semua insan ciptaan Illahi.Merupakan satu fitrah yang amat bermakna dalam kehidupan insani.Bagi makluk selain manusia dikurniakan instink.Deria yang membolehkan makhluk tadi survive.Bagi manusia,emosi berkait rapat dengan perasaan atau bisikan bathin.Pencernaannya melibatkan fikiran,hati dan tindakbalas fizikal.Kecerdikan minda belum tentu menjamin kecerdikan emosi.Orang cerdik juga kadangkala bertindak diluar jangkaan apabila emosinya tidak stabil.Tercakup dalam jasad manusia itu roh dan nafsu.Nafsu pula terbahagi kepada beberapa peringkat berdasarkan keimananya kepada Allah.Nafsu AMARAH berada pada tahap yang peling rendah,Rakus,perengus,panasbaran,pemarah,golojoh dan apa saja yang negatif terangkum di bawah kategori nafsu amarah ini.Difahamkan terdapat tujuh kategori nafsu .

Persoalan-persoalan yang perlu difahami oleh INSAN , bergelar manusia, yang ada kaitan dengan ROHANI(ROH),HATI,FIKIRAN,EMOSI(PERASAAN) da JASAD boleh menjadikan Insan itu peka kepada hubungan dengan PENCIPTANYA dan hubungan dengan sesama manusia.Konsep JERI( Jasmani,Emosi,Rohani dan Intlek) membimbing manusia dalam kehidupannya.Manusia kena jaga jasad/jasmaninya supaya selamat dan sihat.Kita kena sayang diri kita.Tidak boleh rosakkan diri atau memudaratkan diri.Kena jaga makanan dan minuman .Pilih makanan seimbang dan sihat(balance and healthy diet).Kena jaga emosi atau perasaan.Kena bersih fikiran.Selalu berbaik sangka,jauhi prasangka atau buruk sangka.Rohani pula perlukan makanan.Rohani diisi dengan amalan keugamaan,banyak berbuat kebajikan,mendekatkan diri dengan Allah,berzikir,bermunajad,bermuzakarah,mencari ilmu dan beribadah.Manakala intlek pula berkait terus dengan penggunaan otak.Manusia disarankan supaya sentiasa berfikir.Ramai pemikir agung dunia menulis tentang kehebatan otak manusia.Kuasa otak,gunakan kepala anda atau pelbagai lagi tentang otak.Perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah penggunaan otak.Jasmani,emosi,rohani dan intlek sebenarnya saling berkaitan dan berintraksi antara satu sama lainnya.

Kegawatan kehidupan manusia di muka bumi ini terjadi lantaran tidak berlaku kesyumulan atau kesempurnaan ketiga-tiga unsur tadi.Manusia tidak menjaga ketiga-tiganya dengan adil.Setiap satunya tidak boleh pincang.Bagaimana kita harus menjaganya? Unsur utama yang boleh menjaganya ialah IMAN.Manusia yang beriman adalah manusia yang mempunyai aqidah.Mereka yang tahu tentang asal kejadiannya.Mengapa dia dijadikan.Apakah tujuannya dan apakah peranannya sebagai makhluk di muka bumi ini? Sebenarnya mereka tidak dijadikan sia-sia bagitu sahaja.Mereka dipertanggungjawabkan atau ada akauntabilitinya.Bertanggungjawab kepada dirinya,keluarganya,masyarakatnya,bangsanya dan mentelah lagi agamanya.Sebagai penghuni dunia,manusia dipertanggungjawabkan menjaga kesejahteraan alam ini.Komonsen atau indera bathin akan berfungsi seandainya manusia menyedari tentang akauntebiliti mereka ini.Seterusnya lahirlah EQ dalam diri manusia itu.

Lontaran pemikiran ini dibuat dengan harapan ada yang sanggup bersama dalam kolom PERCAMBAHAN MINDA. Pendapat,idea dan apa jua saranan akan diterima dengan perasaan terbuka demi mencari kebenaran .Wallah hu"alam.

PALASTIN-ANTARA HAMAS & FATAH  

Posted by Cikgu Zack

Pada 10.01.2009 dianggarkan lebih 15 ribu warga Malaysia berhimpun di Stadium Malawati,Shah Alam menunjukkan bantahan terhadap serangan dan keganasan rejim Yahudi ,Israel di bumi Palastin.Mereka mewakili pelbagai pertubuhan dan badan-badan kemasyarakatan.Semua yang hadir bercakap dan bertindak dengan satu nada..MENGUTUK KEKEJAMAN,KEZALIMAN dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.Penduduk seluruh negara semua senada mengutuk Israel dan sekutunya Amerika.Seruan memulaukan barangan yang ada kaitan dengan negara musuh ini disebar secara meluas melalui pelbagai saluran media.SMS paling popular.Kegiatan sembahyang hajat dan doa khas memohon pertolongan Allah dibuat disegenap pelsuk negara.Inilah pancaran ikatan persaudaraan seagama dan bisikan simpati kemanusiaan.

Pada masa yang sama dua buah parti politik Melayu sedang bertarung di Kuala Terengganu.Kempen memilih pemimpin,wakil rakyat atau ahli parlimen.Pemimpin yang akan di amanahkan untuk membela bangsa.Apakah di negara kita tidak ada ciri-ciri Fatah dan Hamas.Satu bangsa yang mempunyai perbedaan ideologi atau wadah perjuangan.Satu pihak berlandaskan nasionalisme dan yang satu lagi berlandaskan agama Islam.Majoriti orang Melayu yang beragama Islam menjadi ahli kepada kedua-dua parti politik ini.

Lipatan sejarah telah merakamkan beberapa insiden yang menggambarkan orang Melayu berpecah lantaran perbedaan fahaman ini.Pada satu ketika mereka berkawan baik ,boleh berpakat hingga ke pelusuk negara. Ketika Pas berada dalam Barisan Nasional.Mereka berkawan tidak lama,kemudian bergaduh dan berpecah kembali.Perpecahan masyarakat Melayu berlaku dan menular semula ke seluruh negara.Ciri-ciri Hamas dan Fatah di kalangan Melayu itu memang wujud.Bezanya mereka berbalah dari segi fahaman atau pendapat dan belum sampai bagitu ekstrem sehingga melibatkan peperangan.Paling serius pun hanya peringkat demonstrasi.Tunjuk perasaan yang mereka membantah dasar-dasar pemerintah.Dasar sekular yang tidak diterima dalam ajaran agama Islam.

Mutakhir ini Melayu semakin keliru.Dikelirukan lagi dengan faham perkauman dan tahap toleransi kaum.Kemunculan parti baru,Parti Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.PKR mewakili semua kaum.Ramai ketua-ketuanya orang Melayu.Slogan-slogan keadilan dan kebajikan rakyat didakyahkan kepada semua rakyat Malaysia.PKR dikatakan alternatif kepada BN.UMNO kini TERPAKSA bertarung menentang PAS ,parti majoriti Melayu dan Melayu daripada PKR.Kalau tidak silap perhitungan;Melayu UMNO ditambah Melayu PAS ditambah Melayu-Melayu dalam parti lain berupaya membentuk sebuah negara Melayu Jati.Apakah agaknya yang menidakkan penyatuan Melayu ini.

Sebagai seorang Melayu yang sayangkan agama,bangsa dan negaranya marilah kita mencari formula kedamaian demi kesinambungan atau servival ummah di negara tercinta ini.Ketepikan kepentingan peribadi demi kesejahteraan ummah.Wallahhu alam.

GENARASI AL-QURAN YANG UNIK  

Posted by Cikgu Zack

Salam Sejahtera.Betemu kita dengan persoalan yang berlarutan dan berkemungkinan sukar mencapai kesudahan yang baik.Permasalahan generasi kini yang mungkin agak keterlaluan dikatakan menyusahkan semua golongan masyarakat.Paparan berita setiap hari mengaitkan kita dengan masalah masyarakat.Paling ketara kini melibatkan golongan remaja.Jenayah Remaja,pelanggaran undang-undang negara sehinggalah menafikan Hukum Allah.Lihat sahaja kepada rumah yang kita diami.Seolah-olah penjara atau kubu yang dibina untuk menghadapi musuh.Hilang nilai estatika atau seni kerana terpaksa difikirkan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang daripada pencerobohan,rompakan,samun dan seumpamanya.Penghuninya pula rasa tidak selamat sepanjang masa sama ada berada di rumah mentelah lagi kalau rumah ditinggalkan dalam tempuh yang agak lama.Analisa jenayah di Kedah sahaja,pada tahun 2008 kes pecah rumah hampir 2 ribu kes.Ini belum diambil data-data di negeri-negeri lain.Ahli khariah bertadarus quran di masjid pada bulan puasa rasa tidak selamat.Apa tidaknya.Semasa mereka berada di masjid berterawikh rumah dipecah atau dimasuki pencuri.Situasi bagini amat menyedihkan.Hendak beribadahpun sudah rasa tidak aman.

Melihat kepada jumlah anak-anak muda yang memakmurkan masjid sungguh kecil dan amat kerdil rasanya.Forum,ceramah ,kuliah dan seumpamanya sering diadakan.Seribu satu program dirancang dan dianjurkan saban tahun.Melibatkan semua agensi,jabatan,badan-badan tertentu sehinggalah masjid dan surau.Daripada persatuan ulama hinggalah badan-badan belia.Ini belum diambil kira TENTANG APA YANG DIAJAR OLEH USTAZ DAN USTAZAH DI SEKOLAH-SEKOLAH.

Selalu ditanyakan,remaja yang merempit tu tak sekolah ke?Kumpulan bohsia ,bohjan tuu siapa?
Yang terlibat dengan pesta seks tuu ,kumpulan mana dan beragama apa?Tanyalah seribu satu soalan dan buatlah analisa kumpulan sasarannya .Jawapan yang sinikal dan tidak sedap di dengar,pastinya dijuarai anak-anak Melayu( beragama Islam).Boleh dikatakan setiap negeri ada pusat serenti.Kumpulan paling ramai tercicir dari aliran pendidikan,selepas menengah juga Melayu.

Tribulasi,halangan dan cabaran ini Allah tentukan supaya hambanya kembali membuat muhasabah.Mencari di mana kesilapan dan kelemahannya.Allah menguji para pemimpin bangsa,pak-pak ustaz dan bapa-bapa,para cendikiawan,ilmuan,tok-tok guru,para pendidik dan orang-orang yang diberi amanah memastikan supaya wujudnya KESELAMATAN ALAM INI" di bawah konsep RAHMATAN LIL ALAMI.Pada tahun 70an dahulu ramai pemikir mencadangkan supaya diusahakan PEMBENTUKAN GENERI AL-QURAN.Kaedah, methodologi dan susunan kurkulumnya boleh dibina mengikut kehendak ini.Sebagai seorang Islam cadangan ini difikirkan amat releven dan dapat membentuk satu rupa bangsa yang mendapat rahmat Illahi.Setiap anak Melayu diisikan dengan roh al-Quran,kitab Allah yang menjadi pedoman hidup.

Pada peringkat awal ada menampakkan saranan dan cadangan ini cuba diterima.Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara(FPN) dan penekanan mengislamisasikan ilmu telah ada.Malangnya,apabila pak menteri pendidkan berubah,falsafahnya juga berubah.Wahai para pemikir,pemimpin bangsa,cubalah ambil semula cadangan dan saranan ini seandainya kita mahu wujudkan negara kita "baldatun thoibatun warabbul ghafur".Negara yang bersama mengecapi konsep RAHMATAN LIL 'ALAMI'--InsyaAllah.Wallahhu'alam

BERKONGSI CERITA TENTANG ANAK BERSEKOLAH  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Semalam kita berbicara tentang anak-anak di sekolah berasrama penuh.Sebenarnya pengalaman menguruskan anak-anak sekolah banyak sekali .Bermula dengan anak-anak sendiri hinggalah anak-anak yang tinggal di asrama tajaan kerajaan.Lima orang anak sendiri semuanya berpengalaman tinggal di asrama.Semuanya bermula dari tingkatan satu.Anak sulung bermula di sekolah asrama baru dibuka.Kumpulan perintis katakan.Hari pertama kena hantar sejauh 245km.Merentas Lebuhraya Jeli.Pada masa yang sama bapanya juga bertanggungjawab menjaga 450 orang pelajar di sekolah asrama penuh.

Selepas sebulan ,bapanya pergi menjengok apa berlaku kepada anaknya.Pada masa itu tidak ada telefon mudahalih atau seumpamanya.Kalau apa-apa keperluan anak sendiri kena telefon guna telefon awam.Isi borang keluar bermalam bersama keluarga.Banyak cerita yang disampaikan.Ibu paling minat melayan cerita anaknya.Bapa hanya mendengar tanpa komen.Daripada senarai semakan banyak benda yang terpaksa dibeli semula.Songkok ,tali leher dan keperluan harian.Wang poket tidak boleh lebih. Aiskrim dibeli hanya boleh dua tiga kali jilat sahaja. Selebihnya akan di"pau"oleh senior. Hendak ziarah selalu tidak mungkin kerana cuti hujung minggu tidak sama.Malah pada masa itu hari Sabtu hari bekerja.Sepanjang tiga tahun di asrama,cerita hilang barang-barang keperluan tidak pernah sunyi.Baju Melayu dibeli untuk pakai hari raya dibawa ke asrama,akhirnya tinggal seluar sahaja.Bajunya lesap atau kalau nampak senior pakai tidak berani bertanya.

Semasa bertugas,perkara yang sama juga dikemukakan oleh penjaga tentang masalah anak-anak mereka.Perkara yang memeningkan kepala para warden atau guru asrama,kehilangan barang-barang disamping kerenah layanan para senior terhadap adik-adik mereka.Pada perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi,pengetua,penolong pengetua HEP atau ketua warden tidak jemu-jemu menasihati anak-anak ini.Mengaitkan dengan memakan benda-benda haram dan kesannya kepada diri.Hati jadi gelap,sukar menerima ilmu atau selalu dikaitkan dengan pembalasan di hari akhirat nanti.Benda-benda haram yang berada dalam badan kita akan menjadi bahan bakar api neraka.

Berhubung dengan pergaulan dan persahabatan.Ditekankan tetang pentingnya menghormati diantara satu sama lain.Perlu wujud kasih sayang sesama insan. Dinyata;"tidak beriman seseorang selagi dia tidak mengasihi sahabat atau kawannya saperti dia mengasihi dirinya sendiri" Boleh dikatakan setiap masa nasihat-nasihat bagini diajukan.Bagi yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan sekolah,diberikan peluang untuk berubah.Pelaksanaan hukuman diambil setelah tiada cara yang berkesan untuk merubah tingkahlaku anak-anak.

Anak kedua dihantar ke sekolah berasrama aliran agama.Anak sebenarnya kurang minat.Lantaran hormat kepada ibu bapa dan keluarga terdekat yang menyarankan beliau belajar di sekolah agama,beliau akur.Anak perempuan tinggal di asrama kurang kerenah.Cuma memerlukan ibu bapa selalu pergi ziarah.Keperluan kasih sayang melebihi anak lelaki.Belanja untuk anak perempuan juga agak lebih.Harapan yang tinggi diberikan untuk anak perempuan ini agar dapat meneruskan pembelajarannya sehingga tamat tingkatan lima atau dapat sijil STAM.Jangkaan ibu bapa meleset.Setelah PMR beliau berminat dalam bidang teknikal.Pindah sekolah pula.Masuk belajar di sekolah teknik.Cubaan kedua untuk anak lelaki juga gagal.Dia mengambil langkah yang sama saperti kakaknya.Akhirnya ibu bapa akur dengan minat anak-anak mereka.Anak yang lain ikut sahaja kemahuan mereka.Alhamdulillah mereka kini sudah menampakkan kejayaan masing-masing.Dari aliran agama berkesudahan lulus kejuruteraan di United Kingdom.

Perkongsian ini sebenarnya menjadi renungan semula tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak.Anak-anak yang diamanahkan oleh Pencipta Yang Maha Agung untuk mengarahkan mereka supaya "Menuntut ilmu itu fardu bagi lelaki dan wanita ,muslimin dan muslimat" Harapan kita;"Awal-awal beragama mengenal Allah.Kenalkan mereka dengan Pencipta YangMaha Mengetahui tujuan dan matlamat dijadikan hambaNya".InsyaAllah datanglah keberkatan dalam hidup ini.Wallah hu,alam.

Mari bekongsipengalaman demi menjana umat terbilang.

ANAK-ANAK DI ASRAMA  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Awal tahun menjadi igauan dan harapan sama ada anak-anak atau ibu bapa yang bagitu peka terhadap masa depan mereka dalam bidang pendidikan.Ada ibu bapa sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi membolehkan anak-anak mereka memasuki sekolah berasrama.Mentelah lagi sekolah-sekolah yang sudah ternama.

Penempatan anak di asrama sepaling kurangnya masa belajar mereka terurus.Mereka dibekalkan dengan jadual kehidupan harian yang sempurna.Semasa pendaftaran masuk lagi anak telah dibekalkan dengan Buku Panduan Pelajar serta Student Planner.

Pelbagai pendapat diberikan tentang baik dan buruk anak-anak belajar di sekolah berasrama.Peringkat umur manakah sesuai berjauhan dengan ibu bapa atau penjaga.Di negara kita,kebanyakan sekolah berasrama bermula dari tingkatan satu.Ada juga bermula dari tingkatan empat.Pernah seorang doktor perubatan memberi pendapat bahawa dalam usia anak-anak tingkatan satu hingga tingkatan tiga sepatutnya berada dengan ibu bapa.Peringkat usia ini mereka banyak bergantung kepada ibu bapa.Belum mampu berdikari.Pada usia tingkatan empat atau 16 tahun sesuai untuk dibiarkan berdikari.

Berdasarkan pengalaman sahabat yang pernah dan sedang menjadi pengetua sekolah asrama penuh,mereka rata-rata menyatakan sedikit mudah mengurus pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima daripada pelajar menengah rendah.Pada usia 12 tahun hinga 15 tahun sememangnya banyak kerenah keremajaan.Proses transisi keanakan kepada remaja.Pada peringkat ini kenakalan lebih banyak mirip kepada keanak-anakan.Tahap kebimbangan ibu bapa juga agak tinggi.Tempuh dua minggu pertama semasa memasuki asrama sebagai pengukur kepada kemampuan anak-anak sama ada mampu menyesuaikan diri di asrama atau tidak.Jadual hidup harian yang agak padat menjadikan mereka tertekan.Mereka terpaksa bangun seawal 5.30 pagi dan akan beakhir secara rasmi 11.00 malam.Kalau tidak rasmi mereka akan beraktiviti termasuk berbual-bual hingga larut malam.Ramai warden atau guru asrama melaporkan bahawa pelajar jarang dapat tidur seawal 11.00 malam .Ketika membuat rondaan,masih ramai berbual-bual pada pukul 12 malam.

Bagi pelajar yang tidak mampu menyesuaikan diri di asrama ,pastinya mereka akan meminta kebenaran untuk balik.Merayu kepada ibu bapa supaya mengeluarkan mereka dari asrama.Permintaan ini yang menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa yang sangat-sangat mengharapkan anak-anak mereka berada di asrama.Bagi mereka yang gagal memujuk ibu bapa membawa mereka keluar,jalan paling mudah ialah melanggar peraturan sekolah atau asrama.Paling menakukan pentadbir sekolah dan asrama apabila terdapat pelajar lari dari asrama.Walaupun kawasan sekolah berpagar dan mepunyai pengawal,tidak mustahil pelajar-pelajar dapat memboloskan diri.Kedapatan ibu bapa berjaya memaksa anak meraka meneruskan pelajaran di sekolah berasrama.Malah ada yang muncul jadi pelajar cemerlang.Tidak kurang juga ada yang terpaksa akur dengan kehendak anak-anak mereka.

Hakikat yang dapat direnungkan dariapada situasi yang dipaparkan ini,majoriti anak-anak suka belajar di sekolah berasrama .Penyesuian diri pada peringkat awal sahaja mungkin memerlukan kesabaran penjaga dan pentadbir sekolah.Pengisian program-program menjadi minat ramai pelajar akan memudahkan lagi mereka menerima untuk terus kekal di asrama.Ini dibantu pula dengan kefahaman ibu bapa atau penjaga tentang kehendak dan keperluan pengurusan sekolah berasrama.

Selamat meneruskan cita-cita di sekolah berasrama .....Marilah berkongsi pengalaman

AZAM,CITA-CITA DAN HARAPAN  

Posted by Cikgu Zack

Selamat meneruskan kehidupan dalam tahun baru.Setiap awal tahun semua menanam azam dalam diri masing-masing.Pakar motivasi akan sering membicarakan tentang azam dan bagaimana memenuhi kehendak atau harapan supaya tercapai azam yang ditetapkan.Pelbagai saranan dibuat termauk mesti ada mentor atau orang yang dipilih sebagai pendorong untuk mencapai azam.Ramai juga bila ditanya tentang azam lalu sudah berjaya atau tidak,pasti jawapan tidak pasti dan tidak tahu.Dalam ertikata lain azam tinggal dipertengahan tahun atau hilang bagitu sahaja.Kata-kata hari ini sepatutnya lebih baik darpada hari semalam.Tahun ini(sudah lepas) lebih baik daripada tahun sebelumnya.Amalanku semakin bertamabah baik atau sebaliknya. Adakah Ilmu atau pengetahuan semakin bertambah?Apa yang pasti umur semakin bertambah.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah mempunyai azam dan cita-cita mereka tersendiri.Disamping itu mereka juga penuh dengan perancangan bagi memastikan anak-anak kembali ke sekolah dengan penuh minat dan bersemangat.Ada di antara buapa yang menghantar anak-anak mengikuti pelbagai kem cuti.Pelbagai pihak telah mengiklankan tentang kem cuti kelolaan mereka.Kem cuti kemahiran subjek hinggalah kepada kem cuti bina diri,jati diri dan pelbagai istilah yang digunapakai.Keberkesanan program hanya tuhan yang mengetahui.Apa pun anak-anakpastinya memperolehi sesuatu.Sekurang-kurangnya bertambah kawan atau kenalan.

Bercakap tentang minat belajar dan sukakan sekolah dikalangan pelajar akan mengaitkan kita dengan faktor-faktor pendorong dan penolakan.Faktor sekolah,guru,persekitaran malahan ibu bapa tidak terkecuali. Ibu bapa cuba sedaya upaya memastikan keperluan anak-anak dipenuhi.Pihak sekolah pula pastinya akan menyediakan suasana yang kondusif unt uk pelajar-pelajarnya.Guru-guru dibekalkan dengan segala bentuk kemahiran.Pada akhir setiap tahun,guru-guru dikehendaki mengikuti kursus-ursus tertentu.Pelbagai methodologi diberikan kepada guru supaya bila mengajar boleh menimbulkan minat para pelajar.Selalunya dikaitkan dengan sindiran-sindiran hendak menghabiskan bajet sekolah atau jabatan.Apa yang pasti guru-guru telah diberikan kemahiran serta guru telah bersedia mendepani pelajar-pelajar yang mempunyai seribu satu kerenah dan keperluan pembelajaran.

Kini kaedah pengajaran dan pembelajaran semakin mencabar kewibawaan guru.Kata-kata guru tidak pandai mengajar.Tidak tahu kehendak pelajar.Tidak boleh menimbulkan minat pelajar seharusnya sudah lama di atasi.Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan.Di pusat-pusat latihan guru sama ada di universiti atau istitut perguruan semua kaedah diperkenalkan.Guru sudah dibekalkan dengan sekurang-kurangnya Kemahiran Amalan Belajar.Mengajar pelajar-pelajar bagaimana keadah mendengar,mengambil dan membuat nota,membaca pantas dan tahu membuat plan pembelajaran (student planner).Paling utama setiap pelajar tahu menguruskan masa.

Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Pendidikan mengambil peranan menyeluruh bagi memastikan semua guru mempunyai minat mengajar pada tahap maksimum.Guru berdedikasi dan komited dengan tugas sebagai amanah yang didukung.Para pelajar pula berlumba-lumba datang ke sekolah atas dasar minat belajar,suka belajar dan seolah-olah sekolah sebagai rumah mereka kedua. Gambarkan situasi ini berlaku pada tahun 2009 ini.Impak daripada keadaan tentunya berlaku kejutan dalam segala bentuk penilaian awam terhadap anak-anak sekolah.Keputusan UPSR,PMR,SPM,STPM dan apa sahaja yang dinilai dan dipertandingkan akan menunjukkan peratusan cemerlang yang besar.Kecemerlangan akan lebih bermakna apabila ada nilai tambah kerohaniannya.SEMATKAN AZAM INI.InsyaAllah