BERKONGSI CERITA TENTANG ANAK BERSEKOLAH  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Semalam kita berbicara tentang anak-anak di sekolah berasrama penuh.Sebenarnya pengalaman menguruskan anak-anak sekolah banyak sekali .Bermula dengan anak-anak sendiri hinggalah anak-anak yang tinggal di asrama tajaan kerajaan.Lima orang anak sendiri semuanya berpengalaman tinggal di asrama.Semuanya bermula dari tingkatan satu.Anak sulung bermula di sekolah asrama baru dibuka.Kumpulan perintis katakan.Hari pertama kena hantar sejauh 245km.Merentas Lebuhraya Jeli.Pada masa yang sama bapanya juga bertanggungjawab menjaga 450 orang pelajar di sekolah asrama penuh.

Selepas sebulan ,bapanya pergi menjengok apa berlaku kepada anaknya.Pada masa itu tidak ada telefon mudahalih atau seumpamanya.Kalau apa-apa keperluan anak sendiri kena telefon guna telefon awam.Isi borang keluar bermalam bersama keluarga.Banyak cerita yang disampaikan.Ibu paling minat melayan cerita anaknya.Bapa hanya mendengar tanpa komen.Daripada senarai semakan banyak benda yang terpaksa dibeli semula.Songkok ,tali leher dan keperluan harian.Wang poket tidak boleh lebih. Aiskrim dibeli hanya boleh dua tiga kali jilat sahaja. Selebihnya akan di"pau"oleh senior. Hendak ziarah selalu tidak mungkin kerana cuti hujung minggu tidak sama.Malah pada masa itu hari Sabtu hari bekerja.Sepanjang tiga tahun di asrama,cerita hilang barang-barang keperluan tidak pernah sunyi.Baju Melayu dibeli untuk pakai hari raya dibawa ke asrama,akhirnya tinggal seluar sahaja.Bajunya lesap atau kalau nampak senior pakai tidak berani bertanya.

Semasa bertugas,perkara yang sama juga dikemukakan oleh penjaga tentang masalah anak-anak mereka.Perkara yang memeningkan kepala para warden atau guru asrama,kehilangan barang-barang disamping kerenah layanan para senior terhadap adik-adik mereka.Pada perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi,pengetua,penolong pengetua HEP atau ketua warden tidak jemu-jemu menasihati anak-anak ini.Mengaitkan dengan memakan benda-benda haram dan kesannya kepada diri.Hati jadi gelap,sukar menerima ilmu atau selalu dikaitkan dengan pembalasan di hari akhirat nanti.Benda-benda haram yang berada dalam badan kita akan menjadi bahan bakar api neraka.

Berhubung dengan pergaulan dan persahabatan.Ditekankan tetang pentingnya menghormati diantara satu sama lain.Perlu wujud kasih sayang sesama insan. Dinyata;"tidak beriman seseorang selagi dia tidak mengasihi sahabat atau kawannya saperti dia mengasihi dirinya sendiri" Boleh dikatakan setiap masa nasihat-nasihat bagini diajukan.Bagi yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan sekolah,diberikan peluang untuk berubah.Pelaksanaan hukuman diambil setelah tiada cara yang berkesan untuk merubah tingkahlaku anak-anak.

Anak kedua dihantar ke sekolah berasrama aliran agama.Anak sebenarnya kurang minat.Lantaran hormat kepada ibu bapa dan keluarga terdekat yang menyarankan beliau belajar di sekolah agama,beliau akur.Anak perempuan tinggal di asrama kurang kerenah.Cuma memerlukan ibu bapa selalu pergi ziarah.Keperluan kasih sayang melebihi anak lelaki.Belanja untuk anak perempuan juga agak lebih.Harapan yang tinggi diberikan untuk anak perempuan ini agar dapat meneruskan pembelajarannya sehingga tamat tingkatan lima atau dapat sijil STAM.Jangkaan ibu bapa meleset.Setelah PMR beliau berminat dalam bidang teknikal.Pindah sekolah pula.Masuk belajar di sekolah teknik.Cubaan kedua untuk anak lelaki juga gagal.Dia mengambil langkah yang sama saperti kakaknya.Akhirnya ibu bapa akur dengan minat anak-anak mereka.Anak yang lain ikut sahaja kemahuan mereka.Alhamdulillah mereka kini sudah menampakkan kejayaan masing-masing.Dari aliran agama berkesudahan lulus kejuruteraan di United Kingdom.

Perkongsian ini sebenarnya menjadi renungan semula tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak.Anak-anak yang diamanahkan oleh Pencipta Yang Maha Agung untuk mengarahkan mereka supaya "Menuntut ilmu itu fardu bagi lelaki dan wanita ,muslimin dan muslimat" Harapan kita;"Awal-awal beragama mengenal Allah.Kenalkan mereka dengan Pencipta YangMaha Mengetahui tujuan dan matlamat dijadikan hambaNya".InsyaAllah datanglah keberkatan dalam hidup ini.Wallah hu,alam.

Mari bekongsipengalaman demi menjana umat terbilang.

This entry was posted on Thursday, January 8, 2009 at 6:28 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 ulasan

assalamualaikum cikgu ya..saya pun dulu tak minat bila ibubapa tetap nak hantar saya ke sekolah agama
tapi sebab takut derhaka,saya ikut jelah.
alhamdulillah ada manfaatnya.syukurlah

January 29, 2009 at 8:43 PM

Post a Comment