Salam sejahtera.Awal tahun menjadi igauan dan harapan sama ada anak-anak atau ibu bapa yang bagitu peka terhadap masa depan mereka dalam bidang pendidikan.Ada ibu bapa sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi membolehkan anak-anak mereka memasuki sekolah berasrama.Mentelah lagi sekolah-sekolah yang sudah ternama.
Penempatan anak di asrama sepaling kurangnya masa belajar mereka terurus.Mereka dibekalkan dengan jadual kehidupan harian yang sempurna.Semasa pendaftaran masuk lagi anak telah dibekalkan dengan Buku Panduan Pelajar serta Student Planner.
Pelbagai pendapat diberikan tentang baik dan buruk anak-anak belajar di sekolah berasrama.Peringkat umur manakah sesuai berjauhan dengan ibu bapa atau penjaga.Di negara kita,kebanyakan sekolah berasrama bermula dari tingkatan satu.Ada juga bermula dari tingkatan empat.Pernah seorang doktor perubatan memberi pendapat bahawa dalam usia anak-anak tingkatan satu hingga tingkatan tiga sepatutnya berada dengan ibu bapa.Peringkat usia ini mereka banyak bergantung kepada ibu bapa.Belum mampu berdikari.Pada usia tingkatan empat atau 16 tahun sesuai untuk dibiarkan berdikari.
Berdasarkan pengalaman sahabat yang pernah dan sedang menjadi pengetua sekolah asrama penuh,mereka rata-rata menyatakan sedikit mudah mengurus pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima daripada pelajar menengah rendah.Pada usia 12 tahun hinga 15 tahun sememangnya banyak kerenah keremajaan.Proses transisi keanakan kepada remaja.Pada peringkat ini kenakalan lebih banyak mirip kepada keanak-anakan.Tahap kebimbangan ibu bapa juga agak tinggi.Tempuh dua minggu pertama semasa memasuki asrama sebagai pengukur kepada kemampuan anak-anak sama ada mampu menyesuaikan diri di asrama atau tidak.Jadual hidup harian yang agak padat menjadikan mereka tertekan.Mereka terpaksa bangun seawal 5.30 pagi dan akan beakhir secara rasmi 11.00 malam.Kalau tidak rasmi mereka akan beraktiviti termasuk berbual-bual hingga larut malam.Ramai warden atau guru asrama melaporkan bahawa pelajar jarang dapat tidur seawal 11.00 malam .Ketika membuat rondaan,masih ramai berbual-bual pada pukul 12 malam.
Bagi pelajar yang tidak mampu menyesuaikan diri di asrama ,pastinya mereka akan meminta kebenaran untuk balik.Merayu kepada ibu bapa supaya mengeluarkan mereka dari asrama.Permintaan ini yang menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa yang sangat-sangat mengharapkan anak-anak mereka berada di asrama.Bagi mereka yang gagal memujuk ibu bapa membawa mereka keluar,jalan paling mudah ialah melanggar peraturan sekolah atau asrama.Paling menakukan pentadbir sekolah dan asrama apabila terdapat pelajar lari dari asrama.Walaupun kawasan sekolah berpagar dan mepunyai pengawal,tidak mustahil pelajar-pelajar dapat memboloskan diri.Kedapatan ibu bapa berjaya memaksa anak meraka meneruskan pelajaran di sekolah berasrama.Malah ada yang muncul jadi pelajar cemerlang.Tidak kurang juga ada yang terpaksa akur dengan kehendak anak-anak mereka.
Hakikat yang dapat direnungkan dariapada situasi yang dipaparkan ini,majoriti anak-anak suka belajar di sekolah berasrama .Penyesuian diri pada peringkat awal sahaja mungkin memerlukan kesabaran penjaga dan pentadbir sekolah.Pengisian program-program menjadi minat ramai pelajar akan memudahkan lagi mereka menerima untuk terus kekal di asrama.Ini dibantu pula dengan kefahaman ibu bapa atau penjaga tentang kehendak dan keperluan pengurusan sekolah berasrama.
Selamat meneruskan cita-cita di sekolah berasrama .....Marilah berkongsi pengalaman
This entry was posted
on Monday, January 5, 2009
at 4:17 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.