PENGAJAR DAN PENDIDIK.  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera.Bertemu semula buat kesekian kalinya.Pertemuan ini membuka minda kita memperkatakan tentang siapa itu pengajar dan siapa pula pendidik? Ada beberapa orang pelajar datang bertemu saya supaya mengajarkan mereka cara-cara bermain tenis.Mereka tahu saya boleh main tenis dan juga boleh menunjukajar cara-cara betul bermain tenis.Dalam permainan tenis,apa yang saya boleh didik mereka.Apakah dalam permainan tenis tidak ada pendidikan?

Pada ketika yang lain saya pula diajar cara-cara bermain golf.Seorang guru yang bagitu minat dengan golf mengajak saya bermain golf.Dia sanggup mengajar saya cara-cara bermain golf.Selepas boleh bermain dia membawa turun ke "medan' sebenar.Selepas beberapa kali bemain,banyakPENDIDIKAN tentang golf yang diperolehi.Dididik supaya lebih fokus,tekun kerana banyak halangan dan bermain mengikut kemampuan sendiri (handycap). Bagitu juga pelajar-pelajar yang bermain tenis .Bilakah berlaku pendidikan semasa bermain tenis? Mereka pastinya mempelajari tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi.Daripada pakaian hinggalah kepada adab dalam gelanggang.

Dua contoh di atas pastinya memudahkan kita membezakan antara mengajar dan mendidik. Berkaitan dengan subjek,pastinya perkara yang sama berlaku.Guru boleh mengajar subjek Pendidikan Islam.Pelajar boleh tahu semua perkara yang berkaitan dengan agama.Belajar mengikuti salibus atau sukatan yang telah ditetapkan.Bila tiba masa ujian,mereka boleh mengemukakan semula perkara-perkara yang telah dipelajari.Bila pula berlaku pendidikan ? Pendidikan agama diyakini boleh membentuk akhlak mulia.Tingkahlaku pelajar akan dikawal oleh pendidikan yang terdapat dalam pelajaran agama. Ilmu membawa makna kepada penuntutnya.Ilmu yang diamalkan.Perkara mungkar ditinggalkan.Maka terhidarlah segala bentuk kemungkaran lantaran kefahaman tentang dosa dan pahala.Ganjaran dan hukuman,syurga dan neraka.

Peranan guru umum diketahui menyampaikan ilmu.Guru sebagai muallim atau mengajar ilmu.Adakah cukup setakat itu? Bila guru sudah mengajar apakah boleh dikatakan mereka sudah menjalankan tugas.Bagaimana pula peranan mereka sebagai pendidik.Mendidik pelajar supaya beradab,bertatasusila,berdisiplin dan bertaqwa.Hal demikian datanglah pendidikan.Guru juga berperanan sebagai "muaddib".Mengajar tentang adab.Guru sebagai "murabbi"Mendorong pelajar-pelajar patuh dan taat kepada perintah Allah.Menyediakan peluang untuk para pelajar mengabdikan diri kepada Penciptanya.Seruan-seruan yang dibuat oleh guru-guru ini meletakkan mereka sebagai "dai".Orang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Peranan ini merangkumi semua guru.Tidak kira apa sahaja subjek yang diajarnya.

Guru sebagai contoh teledan.Sebagai rolemodel.Sebagai ikutan yang baik.Baik tingkahlakunya,pertuturannya,gurau sendanya malah kesungguhan menjalankan tugasnya.Pendidikan secara tidak langsung ini sebenarnya lebih berkesan daripda yang disampaikan secara terus.Guru berhemah mulia.Guru penyayang dan pengasih.Guru adil,malah gurulah segala-galanya.Guru mengajar kemahiran dan guru juga pendidik berkesan.Sekali menjadi guru bila dan di mana sahaja amanah ini di bawa.InsyaAllah kehidupan guru bertambah berkat.

Mari berkongsi pengalaman anda sebagai guru atau anda dan guru anda.Wallahhu'alam.

This entry was posted on Tuesday, January 13, 2009 at 11:45 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment