AZAM,CITA-CITA DAN HARAPAN  

Posted by Cikgu Zack

Selamat meneruskan kehidupan dalam tahun baru.Setiap awal tahun semua menanam azam dalam diri masing-masing.Pakar motivasi akan sering membicarakan tentang azam dan bagaimana memenuhi kehendak atau harapan supaya tercapai azam yang ditetapkan.Pelbagai saranan dibuat termauk mesti ada mentor atau orang yang dipilih sebagai pendorong untuk mencapai azam.Ramai juga bila ditanya tentang azam lalu sudah berjaya atau tidak,pasti jawapan tidak pasti dan tidak tahu.Dalam ertikata lain azam tinggal dipertengahan tahun atau hilang bagitu sahaja.Kata-kata hari ini sepatutnya lebih baik darpada hari semalam.Tahun ini(sudah lepas) lebih baik daripada tahun sebelumnya.Amalanku semakin bertamabah baik atau sebaliknya. Adakah Ilmu atau pengetahuan semakin bertambah?Apa yang pasti umur semakin bertambah.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah mempunyai azam dan cita-cita mereka tersendiri.Disamping itu mereka juga penuh dengan perancangan bagi memastikan anak-anak kembali ke sekolah dengan penuh minat dan bersemangat.Ada di antara buapa yang menghantar anak-anak mengikuti pelbagai kem cuti.Pelbagai pihak telah mengiklankan tentang kem cuti kelolaan mereka.Kem cuti kemahiran subjek hinggalah kepada kem cuti bina diri,jati diri dan pelbagai istilah yang digunapakai.Keberkesanan program hanya tuhan yang mengetahui.Apa pun anak-anakpastinya memperolehi sesuatu.Sekurang-kurangnya bertambah kawan atau kenalan.

Bercakap tentang minat belajar dan sukakan sekolah dikalangan pelajar akan mengaitkan kita dengan faktor-faktor pendorong dan penolakan.Faktor sekolah,guru,persekitaran malahan ibu bapa tidak terkecuali. Ibu bapa cuba sedaya upaya memastikan keperluan anak-anak dipenuhi.Pihak sekolah pula pastinya akan menyediakan suasana yang kondusif unt uk pelajar-pelajarnya.Guru-guru dibekalkan dengan segala bentuk kemahiran.Pada akhir setiap tahun,guru-guru dikehendaki mengikuti kursus-ursus tertentu.Pelbagai methodologi diberikan kepada guru supaya bila mengajar boleh menimbulkan minat para pelajar.Selalunya dikaitkan dengan sindiran-sindiran hendak menghabiskan bajet sekolah atau jabatan.Apa yang pasti guru-guru telah diberikan kemahiran serta guru telah bersedia mendepani pelajar-pelajar yang mempunyai seribu satu kerenah dan keperluan pembelajaran.

Kini kaedah pengajaran dan pembelajaran semakin mencabar kewibawaan guru.Kata-kata guru tidak pandai mengajar.Tidak tahu kehendak pelajar.Tidak boleh menimbulkan minat pelajar seharusnya sudah lama di atasi.Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan.Di pusat-pusat latihan guru sama ada di universiti atau istitut perguruan semua kaedah diperkenalkan.Guru sudah dibekalkan dengan sekurang-kurangnya Kemahiran Amalan Belajar.Mengajar pelajar-pelajar bagaimana keadah mendengar,mengambil dan membuat nota,membaca pantas dan tahu membuat plan pembelajaran (student planner).Paling utama setiap pelajar tahu menguruskan masa.

Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Pendidikan mengambil peranan menyeluruh bagi memastikan semua guru mempunyai minat mengajar pada tahap maksimum.Guru berdedikasi dan komited dengan tugas sebagai amanah yang didukung.Para pelajar pula berlumba-lumba datang ke sekolah atas dasar minat belajar,suka belajar dan seolah-olah sekolah sebagai rumah mereka kedua. Gambarkan situasi ini berlaku pada tahun 2009 ini.Impak daripada keadaan tentunya berlaku kejutan dalam segala bentuk penilaian awam terhadap anak-anak sekolah.Keputusan UPSR,PMR,SPM,STPM dan apa sahaja yang dinilai dan dipertandingkan akan menunjukkan peratusan cemerlang yang besar.Kecemerlangan akan lebih bermakna apabila ada nilai tambah kerohaniannya.SEMATKAN AZAM INI.InsyaAllah

This entry was posted on Friday, January 2, 2009 at 4:07 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 ulasan

selamat tahun baru...moga segala azam tidak hanya tinggal azam:)

January 2, 2009 at 11:45 PM

A very good insight from our sifu, cikgu-ya! Jiwa pendidik sebenarnya mencerminkan masyarakat yang dididiknya. Kesempurnaan dalam menjalankan tugas mendidik semestinya didorong dengan hadirnya hati yang suci dan ikhlas. Niat hendaklah betul. Usaha mestilah tidak pernah kenal erti lelah dan jemu supaya ilmu yang dicurahkan akan dilimpahi keberkatan yg maha Esa. Hasilnya nanti adalah kecemerlangan yang juga diberkati Allah. Ilmu yg berkat adalah ilmu yang kekal; menjadi santapan minda dan rohani yang dididik dan bekalan mereka sepanjang hayat. Ilmu yg mereka praktikkan nanti akan membudayakan masyarakat yg subur dengan nilai2 murni yang harmonis serta cemerlang. Tugas seorang pendidik maha besar pahalanya. Cuma nilai pahala itu tidak dijelmakan di dunia ini. Hikmahnya...agar manusia sentiasa berazam untuk memperbaiki kelemahan diri. Jadi...jika masih ada yang belum membetulan niat...eloklah diambil kesempatan tahun baru ini untuk tidak bertangguh lagi. Andaikata di pertengahan jalan niat tiba2 goyah renungkanlah ke dalam mata anak2 didik kita yang sentiasa dahagakan ilmu bagi mereka meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini. Wa Allahu 'alam.

January 3, 2009 at 12:26 AM

fighting!!

January 7, 2009 at 11:05 AM

Post a Comment