BAHASA JIWA BANGSA  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan semoga kita dapat membuka minda untuk berbincang tentang status atau taraf kedudukan BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.Teringat lagi lagu semasa kempenBulan Bahasa Kebangsaan dijalankan dahulu.Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita,marilah ramai-ramai kita gunakannya.Bahasalah yang menentuankan kita semua.Marilah amalkan ramai-ramai..Maju bangsa dan maju negara.. dan seterusnya.Itulah yang selalu dilaungkan oleh anak-anak sekitar tahu 60an dan 70an.Teringat lagi ketika berada di darjah lima sekolah Melayu,tahun 1961,saya menyertai pertandingan pidato Bulan Bahasa Kebangsaan.Tajuknya Bahasa Jiwa Bangsa.Terkial-kial menghafal teks yang disediakan oleh guru.Pertama kali tampil di khalayak,menjadikan semua tidak kena.Lutut terasa lemah dan lidah kelu.Apa yang dihafal hilang terbang entah ke mana.Itulah pengalaman yang masih segar hingga kini.

Sejarah telah membuktikan bahawa Perjuangan Memertabatkan Bahasa Melayu sebagai BAHASA KEBANGSAAN telah berjaya.Target 1978 semua sektor kerajaan,kehakiman,pusat-pusat pengajian menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.Semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan bangsa telah menerimanya.Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Dewan Bahasa dan Pustaka,singkatannya DBP telah memainkan peranan bagi memastikan berlakunya terjemahan bahan-bahan bacaan masyarakatbagi memenuhi keperluan mereka, khususnya golongan pelajar.Penubuhan Universiti Kebangsaan telah memancarkan betapa telah berjayanya kempen menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Universiti yang sama telah berjaya mengeluarkan para doktor bidang perubatan di negara ini.Hingga kini boleh dikatakan semua universiti tempatan telah menjalankan program perubatan di samping program-pogram sains dan teknologi lainnya dalamBahasa Melayu.Kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak boleh dinafikan lagi.

Enam tahun kebelakangan,satu dasar telah dibuat oleh kerajaan iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).Bermula di sekolah rendah dan Menengah Rendah.Serentak dengan itu diperkenalkan juga Bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi(EST).Pelbagai hujah dan rasionalnya telah dikemukakan.Selepas pilhanraya ke-12,8 hb.Mac.2008 timbul pula bantahan tentang PPSMI ini.Pakar bahasa yang ditunjangi oleh GAPENA(Gabungan Penulis Nasional) telah memberi kata dua kepada pihak pemerintah supaya menarik balik PPSMI ini.Mereka mengambil masa hampir enam tahun untuk bersuara tegas.Kajian dan penyelidikan telah dibuat terhadap keberkesanannya terhadap semua golongan sasaran yang terlibat.Sempena dengan kempen pilihanraya kecil, P36Kuala Terengganu,kumpulan GAPENA turut serta menggunakan medan.Medan politik merupakan medan yang berkesan di samping forum dan konvensyen.Medan politik merupakan medan rakyat jelata dan suara rakyatlah yang boleh merubahnya.Isu Bahasa Melayu selalu diketengahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sekitar tahun 60an.Pembangkanglah selalunya lebih lantang .Pilihanraya 1969 isu bahasa dimasukkan sebagai manefesto pilihanraya ketika itu.

Setelah kejayaan dicapai tentang memertabatkan Bahasa Melayu sebagai rasmi dan Bahasa Kebangsaan,usaha juga telah dibuat untuk menjadikan Budaya Melayu sebagai TERAS Budaya Kebangsaan.Menjadi lumrah ,sesuatu yang baharu itu pastinya menjadi polimik.Akan ada pro dan kontranya.Samalah juga dengan bahasa.Permulaan telah ada.Seminar tentang Budaya Kebangsaan peringkat nasional telah diadakan sekitartahun70an .Malangnya ,usaha murni ini telah hilang dimakan zaman.Masa yang berlalu tidak menampakkan kesungguhan tentang saranan ini.Demi menjaga kepentingan parti dan sokongan semua kaum,Budaya Kebangsaan sudah menjadi caca-merba.Sambutan Hari Kebangsaan menampakkan kepelbagaian amalan budaya kaum dipertontonkan.Rakyat Malaysia kini tidak lagi cuba difahamkan tentang Budaya Kebangsaan.Fahamkah mereka apa itu budaya.Ciri-ciri budaya dan mengapa budaya dikatakan alat pancaran sesuatu bangsa,Bangsa Malaysia.

Malaysia oh! negaraku.Wahai bangsaku cubalah berikan sumbangan buah fikiran anda.Perlukah kita mempunyai SATU BAHASA DAN SATU BUDAYA dalam negara yang dinamakan MALAYSIA?

This entry was posted on Wednesday, January 14, 2009 at 10:58 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment