PALASTIN-ANTARA HAMAS & FATAH  

Posted by Cikgu Zack

Pada 10.01.2009 dianggarkan lebih 15 ribu warga Malaysia berhimpun di Stadium Malawati,Shah Alam menunjukkan bantahan terhadap serangan dan keganasan rejim Yahudi ,Israel di bumi Palastin.Mereka mewakili pelbagai pertubuhan dan badan-badan kemasyarakatan.Semua yang hadir bercakap dan bertindak dengan satu nada..MENGUTUK KEKEJAMAN,KEZALIMAN dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.Penduduk seluruh negara semua senada mengutuk Israel dan sekutunya Amerika.Seruan memulaukan barangan yang ada kaitan dengan negara musuh ini disebar secara meluas melalui pelbagai saluran media.SMS paling popular.Kegiatan sembahyang hajat dan doa khas memohon pertolongan Allah dibuat disegenap pelsuk negara.Inilah pancaran ikatan persaudaraan seagama dan bisikan simpati kemanusiaan.

Pada masa yang sama dua buah parti politik Melayu sedang bertarung di Kuala Terengganu.Kempen memilih pemimpin,wakil rakyat atau ahli parlimen.Pemimpin yang akan di amanahkan untuk membela bangsa.Apakah di negara kita tidak ada ciri-ciri Fatah dan Hamas.Satu bangsa yang mempunyai perbedaan ideologi atau wadah perjuangan.Satu pihak berlandaskan nasionalisme dan yang satu lagi berlandaskan agama Islam.Majoriti orang Melayu yang beragama Islam menjadi ahli kepada kedua-dua parti politik ini.

Lipatan sejarah telah merakamkan beberapa insiden yang menggambarkan orang Melayu berpecah lantaran perbedaan fahaman ini.Pada satu ketika mereka berkawan baik ,boleh berpakat hingga ke pelusuk negara. Ketika Pas berada dalam Barisan Nasional.Mereka berkawan tidak lama,kemudian bergaduh dan berpecah kembali.Perpecahan masyarakat Melayu berlaku dan menular semula ke seluruh negara.Ciri-ciri Hamas dan Fatah di kalangan Melayu itu memang wujud.Bezanya mereka berbalah dari segi fahaman atau pendapat dan belum sampai bagitu ekstrem sehingga melibatkan peperangan.Paling serius pun hanya peringkat demonstrasi.Tunjuk perasaan yang mereka membantah dasar-dasar pemerintah.Dasar sekular yang tidak diterima dalam ajaran agama Islam.

Mutakhir ini Melayu semakin keliru.Dikelirukan lagi dengan faham perkauman dan tahap toleransi kaum.Kemunculan parti baru,Parti Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.PKR mewakili semua kaum.Ramai ketua-ketuanya orang Melayu.Slogan-slogan keadilan dan kebajikan rakyat didakyahkan kepada semua rakyat Malaysia.PKR dikatakan alternatif kepada BN.UMNO kini TERPAKSA bertarung menentang PAS ,parti majoriti Melayu dan Melayu daripada PKR.Kalau tidak silap perhitungan;Melayu UMNO ditambah Melayu PAS ditambah Melayu-Melayu dalam parti lain berupaya membentuk sebuah negara Melayu Jati.Apakah agaknya yang menidakkan penyatuan Melayu ini.

Sebagai seorang Melayu yang sayangkan agama,bangsa dan negaranya marilah kita mencari formula kedamaian demi kesinambungan atau servival ummah di negara tercinta ini.Ketepikan kepentingan peribadi demi kesejahteraan ummah.Wallahhu alam.

This entry was posted on Saturday, January 10, 2009 at 7:05 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment