KECERDIKAN EMOSI(EQ)  

Posted by Cikgu Zack

EMOSI atau perasaan dimilki oleh semua insan ciptaan Illahi.Merupakan satu fitrah yang amat bermakna dalam kehidupan insani.Bagi makluk selain manusia dikurniakan instink.Deria yang membolehkan makhluk tadi survive.Bagi manusia,emosi berkait rapat dengan perasaan atau bisikan bathin.Pencernaannya melibatkan fikiran,hati dan tindakbalas fizikal.Kecerdikan minda belum tentu menjamin kecerdikan emosi.Orang cerdik juga kadangkala bertindak diluar jangkaan apabila emosinya tidak stabil.Tercakup dalam jasad manusia itu roh dan nafsu.Nafsu pula terbahagi kepada beberapa peringkat berdasarkan keimananya kepada Allah.Nafsu AMARAH berada pada tahap yang peling rendah,Rakus,perengus,panasbaran,pemarah,golojoh dan apa saja yang negatif terangkum di bawah kategori nafsu amarah ini.Difahamkan terdapat tujuh kategori nafsu .

Persoalan-persoalan yang perlu difahami oleh INSAN , bergelar manusia, yang ada kaitan dengan ROHANI(ROH),HATI,FIKIRAN,EMOSI(PERASAAN) da JASAD boleh menjadikan Insan itu peka kepada hubungan dengan PENCIPTANYA dan hubungan dengan sesama manusia.Konsep JERI( Jasmani,Emosi,Rohani dan Intlek) membimbing manusia dalam kehidupannya.Manusia kena jaga jasad/jasmaninya supaya selamat dan sihat.Kita kena sayang diri kita.Tidak boleh rosakkan diri atau memudaratkan diri.Kena jaga makanan dan minuman .Pilih makanan seimbang dan sihat(balance and healthy diet).Kena jaga emosi atau perasaan.Kena bersih fikiran.Selalu berbaik sangka,jauhi prasangka atau buruk sangka.Rohani pula perlukan makanan.Rohani diisi dengan amalan keugamaan,banyak berbuat kebajikan,mendekatkan diri dengan Allah,berzikir,bermunajad,bermuzakarah,mencari ilmu dan beribadah.Manakala intlek pula berkait terus dengan penggunaan otak.Manusia disarankan supaya sentiasa berfikir.Ramai pemikir agung dunia menulis tentang kehebatan otak manusia.Kuasa otak,gunakan kepala anda atau pelbagai lagi tentang otak.Perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah penggunaan otak.Jasmani,emosi,rohani dan intlek sebenarnya saling berkaitan dan berintraksi antara satu sama lainnya.

Kegawatan kehidupan manusia di muka bumi ini terjadi lantaran tidak berlaku kesyumulan atau kesempurnaan ketiga-tiga unsur tadi.Manusia tidak menjaga ketiga-tiganya dengan adil.Setiap satunya tidak boleh pincang.Bagaimana kita harus menjaganya? Unsur utama yang boleh menjaganya ialah IMAN.Manusia yang beriman adalah manusia yang mempunyai aqidah.Mereka yang tahu tentang asal kejadiannya.Mengapa dia dijadikan.Apakah tujuannya dan apakah peranannya sebagai makhluk di muka bumi ini? Sebenarnya mereka tidak dijadikan sia-sia bagitu sahaja.Mereka dipertanggungjawabkan atau ada akauntabilitinya.Bertanggungjawab kepada dirinya,keluarganya,masyarakatnya,bangsanya dan mentelah lagi agamanya.Sebagai penghuni dunia,manusia dipertanggungjawabkan menjaga kesejahteraan alam ini.Komonsen atau indera bathin akan berfungsi seandainya manusia menyedari tentang akauntebiliti mereka ini.Seterusnya lahirlah EQ dalam diri manusia itu.

Lontaran pemikiran ini dibuat dengan harapan ada yang sanggup bersama dalam kolom PERCAMBAHAN MINDA. Pendapat,idea dan apa jua saranan akan diterima dengan perasaan terbuka demi mencari kebenaran .Wallah hu"alam.

This entry was posted on Sunday, January 11, 2009 at 6:41 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment