Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Kali ini terasa hendak menulis segera kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan anak-anak Form 3 MRSM Gerik.Pihak maktab menjemput supaya dapat membantu pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan PMR,2009.Hati berbunga kegembiraan setelah mendapat jemputan.Apa tidaknya peluang kembali ke tempat yang pernah kita usahakan pembukaannya .Suka duka berada di Gerik selama lebih dari tujuh tahun.
Bila tiba,timbul rasa kagum dengan perubahan-perubahan sekitaran MRSM.Bumbung bangunan telah digantikan dengan "metal".Dulu asbestos...dapat gelaran macam "Pusat Serenti." Maklumlah projek segera dengan peruntukan terhad.Guna wang 'reserve' sahaja.Bila dah dapat peruntukan sebenar barulah boleh laksanakan fasa 2 dan penambahbaikan.Hati tambah terharu apabila para pelajar memberikan tepukan gemuruh apabila juru acara memperkenalkan..Pengetua Pertama MRSM kita,"
Diatas kapasiti pendidik,timbul sepenuh keikhlasan ,ingin membantu anak-anak supaya terus cemerlang dalam bidang akedemik dan mempunyai akhlak yang mulia.Selama satu jam empat puluh lima minit,anak-anak dibantu dengan fakta-fakta dan contoh-contoh bagaimana hendak berjaya.Pembentangan berkisar kepada tajuk pilihan sendiri,"SUCCESS IS A CHOICE".Penekanan kepada keyakinan diri bermula dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Enhance skill and abilities,membuat perancangan,memanfaatkan sumber-sumber yang ada saperti guru-guru,kemudahan perpustakaan,rakan sebaya dan penggunaan IT disamping ibu bapa.Meminta mereka merancang kehidupan harian sebagai pelajar.Wujudkan student planner. Spend time wisely.
Nasihat bapa kepada anak-anak,jauhi maksiat,elak stress saperti terlibat dengan masalah disiplin. Bantulah rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Banyak berdoa dan jaga ibadah.Banyakkan ibadah tambahan saperti membaca Quran,sembahyang hajat,tahajjud dan sunat dhuha.Semoga Allah membuka pintu hidayah dan memberi taufik kepada anak-anak kesayanganku.Ya Allah tenangkan fikiran mereka,permudahkan jangan Engkau sukarkan.Berilah kesudahan usaha meraka dengan baik.Amin.
Selamat bertugas semula para guru yang budiman.Mungkin hari pertama sesi persokolahan pergerakan mungkin slow sikit kut atau lebih laju lagi.Lambat disebabkan tempo bertukar selama 2 minggu.Laju mungkin selepas baru balik dari kursus , penuh semangat nak laksanakan apa yang baru diperolehi.
Kali ini cuma ingin berkongsi pendapat dengan cikgu tentang media baru.Facebook merupakan medan perhubungan yg agak baru juga bagi kita di Malaysia.Setelah mengalami sendiri,rupa-rupanya medan ini disertai ramai para ilmuan dan tidak kurang juga politician.Ada juga yang menggunakan medan ini sebagai peluang berdakwah.Didapati juga ramai guru yang mengambil kesempatan bertukar-tukar pendapat dengan cendikiawan bidang pendidikan.
Apakah kelebihan FB? Melalui FB kita boleh melontarkan idea dan mohon respon daripada rakan FB.Boleh menghantar mesej terus kpd rakan FB serta boleh chat serentak.Sdra Norbisha menganggap rakan FB juga sebagai wartawan bebas.Boleh muatkan gambar2 yg kita rakam untuk membuktikan atau mengukuhkan kenyataan kita.Sebagai guru,FB dirasakan saluran mudah untuk berkongsi idea/pendapat dengan rakan2 setugas atau sama bidang dengan kita.Saluran ini merentas negara(global).Boleh hubungi rakan2 luar negara secara segera.
Selamat mencuba.Alamat FB saya,zekbayu@gmail.com
Selamat bertugas dan "realisasikan kerja sebagai ibadah"
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Kali ini teringat nak mengunkil sedikit kenangan bila kembali berkunjung ke tempat yang pernah kita berkhidmat.Beberapa tahun kita tinggalkan tempat tersebut,bila kembali semula pastinya banyak yang berubah.Terutama lestari alamnya.Landskap yang diusahakan memancarkan keceriaan.Tumbuhan hijauan dan bunga-bungaan menceriakan persekitran.Suatu yang membanggakan walaupun tidak terpahat nama disetiap sudut atau kawasan .Terkenang kembali usaha sepadu semua staff terutama staff sokongan yang menyahut seruan,"kerja amal" demi maktab tercinta.Almaklumlah maktab baru yang kawsan lapangnya terlalu banyak dan perlu di sediakan satu plan lanskap yang pastinya boleh membantu mengindahakan kawasan maktab.
Guru-guru dan staff lama hampir separuh sudah berpindah.Pelajarnya tidak lagi mengenali siapa kita sebenarnya.Paling menarik,ada yang perihatin,berbisik-bisik ..;nampak macam kenal? heh macam dalam gambar yang tergantung diluar Bilik Guru le..laa Bekas Pengetua 1.Baru mula nak senyum dan yang lelaki mula nak salam.Bagus juga rupanya idea meletakkan orang2 yang pernah bertugas di sesebuah sekolah.Tambahan lagi sekiranya nada galeri khas atau sudut sejarah sekolah.Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat berkhidmat dalam tempuh yang lama.Tinggal bersama dalam satu kawasan.Suka duka dikongsi bersama.Sambutan mesra guru-guru dan staff mengimbau kembali nostalgia menjadi guru.
Persoalannya? Apa yang hendak disampaikan,sekiranya ada kesempatan kembalilah mengunjungi rakan-rakan dan taulan yang masih berkhidmat sebagai guru.Kehadiran kita mungkin tidak disenangi...itu mungkin persepsi negatif kita...sebenarnya satu jalinan kemesraan yang sukar untuk digambarkan.Guru dan sekoalah satu sinonim indah yang sukar dilakarkan atas kanvas atau coretan atas kertas.Selamat bertugas guru-guru "Pembina Negara Bangsa."
Salam Sejahtera dan Selamat bertemu kembali.Lama tidak menulis akibat terlupa bayar bill internet.Sekarang dah ok dah,cuma terkilan sedikit tidak sempat menulis pada 16hb.Mei,jam 12.01am.Detik 12 malam.
Bila menyebut detik 12 malam,teringat peristiwa-peristiwa di sekolah dahulu.Pelajar-pelajar memang menunggu Detik 12 malam wsempena sambutan Hari Kemerdekaan.Program dibuat awal dengan nama DI AMBANG MERDEKA.Pelbagai acara di adakan mengikut kehendaka pelajar melalui nasihat guru-guru sejarah.Kalau di Gerik mereka adakan dialog dengan ahli Pasukan Force 36.Masih ada ahli yang boleh mengkisahkan tentang perjuangan menentang komunis.Pelajar terpegun dengan cerita-cerita sejarah melalui orang yang terlibat secara langsung.Lain tempat lainlah acara yang diisikan.
Kembali kepada sambutan hari guru,selepas jam 12 tengah malam,masuk sahaja 16hb.Mei,bertalu-talu SMS masuk mengucapkan Selamat Hari Guru.Mereka berlumba untuk menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari guru kepada Cikgu Zek.Frasa berbunyi,"saya berharap saya orang pertama.....Tahun ini Ummi,bekas pelajar MRSM Transkrian menjadi orang pertama.Semua SMS sama ada dari kalangan pelajar mahupun rakan-rakan guru dan guru bersara saya balas.Anak-anak homeroom juga tidak ketinggalan.Paling sayu sekali bila ucapan," kami sayang cikgu.Kami doakan semoga hidup cikgu penuh dengan keberkatan." Air mata cikgu mengalir tanpa disedari.Cikgu tidak minta hadiah atau cendera mata...paling berharga buat cikgu doa anak-anak didiknya.Ucapan salam,terima kasih dan penghargaan.Ada juga yang menghantar melalui email bagi yang dapat alamatnya.
Ababila kita berbicara tentang sambutan Hari Guru,sebenarnya siapa merai siapa?Rai dalam erti siapa sambut siapa?Guru-guru sambut atau rai guru-guru,atau pelajar sambut guru-guru atau ibu bapa atau ahli masyarakat atau kementerian berkenaan raikan guru-guru.Satu peristiwa sambutan hari guru yang mungkin boleh diketengahkan.Ketika Tn.Hj.Hassan Ahmad menjadi YDP Muafakat MRSM Gerik,beliau melalui Badan Muafakat(PIBG) telah mengadakan satu majlis makan khas di kawasan lapang hadapan kediamannya.Guru-guru bersama dengan ahli keluarga dijemput ke majlis berkenaan.Pelabagai gerai makanan yang ditaja oleh ibu bapa disediakan.Guru-guru dan kelauarga puas menjamu selera.Pada siang harinya majlis khas di adakan di dewan sekolah.Ucapan wakil ibu bapa,wakil pelajar,wakil guru dan pengetua.Anugerah tokoh guru juga diadakan.Maklumbalas daripada guru-guru,majoriti mengagumi kaedah sambutan tersebut. Kebiasaannya,sambutan hari guru agak streotype.Lebih kurang sama sahaja di mana-mana.Usaha membawa ibubapa atau masyarakat meraikan guru agar sukar hendak direalisasikan.
Guru Pembina Negara Bangsa seharusnya digabungkan dengan membangun ummah berwibawa dan taqwa/beretika.Wahai guru sebagai mualim,muaddib,murabbi dan dae,marilah kita kembali kepada hakikat sebenar kerjaya kita.Wadah perjuangan yang mulia.Kita boleh bergembira apabila negara bangsa sudah mendapat keredzaan Illahi.Negara kita terhidar dari menerima petaka dan bala apabila rakyatnya sudah tidak leka dan lalai dari tanggungjawabnya."Tidak AKU (yakni Allah) menjadikan Jin dan Manusia,semata-mata untuk beribadah kepadaKu."Mengajar dan mendidik satu ibadah mulia.Membina bangsa supaya mengenali dan mengetahui peranan mereka di muka bumi Allah ini.Mereka tidak dijadikan sia-sia.Bukan untuk lara-berfoya-foya,berfantasi atau apa saja yang merosakkan ummah.Mereka adalah khalifah yang mempunyai akauntabilti atau kebertanggungjawaban kepada diri,keluarga,bangsa .negara dan agamanya.Wahai guru-guru yang dirahmati Allah.Ingatlah amanah ini.Wassalam
Salam sejahtera dan selamat betemu kembali setelah lama terhenti.Saperti biasa apabila tedapat tajuk yang difikirkan sesuai dikongsi bersama dengan golongan pendidik,cikgu akan menulis.
Ketika mengajar di Balik Pulau ,Pulau Pinang seketika dulu,cikgu terlibat dengan khidmat program Bina Ilmu kelolaan GPMS Balik Pulau.Kumpulan sasarannya ialah pelajar-pelajar Melayu sekolah-sekolah harian Pulau Pianang.Cikgu dipertanggungjawabkan menyedar dan melatih pelajar-pelajar tentang pengurusan masa.Beberapa buah buku rujukan dibaca untuk mendapatkan maklumat supaya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.
Diantara faktor kejayaan seseorang manusia termasuk pelajar pastinya berkait rapat dengan keupayaan mengurus masa.Konsep Al-Falah atau Kejayaan berkait rapat dengan keupayaan mengurus masa dengan berkesan.Manusia yang dikurniakan akal oleh Allah telah disarankan supaya menggunakan akal yang waras,akal yang cerdik saperti yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh sahabat tentang maksud ayat 19 surah Al-'Ala...suhuf atau kitab Ibrahim dan Musa.Penjelasan Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat-sahabat yang bertanya," Sewajarnya setiap yang berakal,selagi alkal fikirannya tidak hilang ,dia membahagikan masanya kepada 4 waktu,:
@ Waktu untuk bermunajat atau berzikir kepada Allah
@ Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya(menyemak dan menilai diri)
@ Waktu untuk berfikir tentang ciptaan Allah(mencari ilmu) dan
@ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya,saperti mencari
makanan dan minuman (nafkah)
Cikgu tidak berniat untuk menghuraikan maksud hadith di atas.Apa yang ingin dikongsi di sini ialah ,apabila kita mengajar kaedah-kaedah pengurusan masa berkesan untuk belajar,jangan lupa kepada keutamaan peruntukkan masa untuk ibadah kepada Allah.Akhir-akhir kini,ramai pelajar cemerlang memberitahu bahawa mereka mengisikan sebahagian malam dengan sembahyang tahjud,hajat dan bermunajat kepada Allah.Merayu dan meminta supaya Allah memberkati usaha-usaha mereka.Ada yang berpuasa ketika hari peperiksaan.Mendampingi diri kepada Allah yang Maha Pemurah,Maha Pengasih,Maha Penyayang...dan jaminan Allah,"Mohonlah kepadaKu semoga Aku(Allah) perkenankan."
Pada masa ini,dipasaran,banyak buku-buku yang boleh membantu pelajar-pelajar kaedah mengurus masa.Malah boleh dikatakan ramai guru disekolah telah ditugaskan mengajar pelajar cara mengurus masa dengan berkesan.Para pelajar telah dibimbing untuk membuat perancangan belajar sendiri.Student planner.Kesempatan ini, Cikgu cuma ingin mengemukan semula penjelasan tentang penggunaan masa oleh Dr.Hisham al-Talib dalam bukunya Training Guide for Islamic Workers(1991):(dinukil dari buku Masa Konsep & Pengurusan(Zaini Ujang):
i. Gunakan masa untuk berfkir,sesungguhnya ia merupakan sumber kekuatan
ii. Gunakan masa untuk riadah/bermain ,sesungguhnya menyegarkan
iii.Gunakan masa untuk membaca,sesungguhnya ia asas hikmah
iv.Gunakan masa untuk berdoa,sesungguhnya ia merupakan kuasa terkuat di dunia
v. Gunakan masa untuk sayang menyayangi,sesungguhnya iman itu adalah kecintaan
vi.Gunakan masa untuk bersahabat,sesungguhnya itu adalah jalan menuju kebahgian
vii.Gunakan masa untuk bergembira/ketawa,sesungguhnya ia adalah peluncur yang baik,
viii.Gunakan masa untuk bersedekah,sesungguhnya masa hidup terlalu singkat untuk mementingkan diri sendiri sahaja,
ix. Gunakan masa untuk bekerja,sesungguhnya ia adalah syarat untuk kejayaan,dan jangan membazirkan masa,
x. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w;"Sesiapa yang hari-hari hidupnya sama(dalam mencapai sesuatu) tergolong di kalangan mereka yang tewas."
Semoga paparan ini dapat dikongsi oleh para pendidik dalam pebincangan dikalagan pendidik-pendidik anak bangsa tercinta.Wallah hu'alam
Salam sejahtera dan selamat bertemu dalam ruangan Percambahan Minda.Masyarakat masih lagi membincangkan tentang," perlukah hukuman rotan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah?" Persoalan ini tidak mendapat jawapan yang meyakinkan.Pelbagai pihak termasuk golongan cendikiawan agama dan ahli psikologi telah memberi hujah-hujah mereka.Hujah mengaitkan dengan hadith ;arahan merotan anak-anak yang enggan melaksanakan solat apabila mencapai usia 10 tahun.
Dalam kaedah mendidik,hukuman merupakan satu elemen yang dibenarkan di samping ganjaran.Pekeliling tentang panduan menghukum murid/pelajar disediakan oleh Kementerian Pelajaran.Arahan-arahan semasa tentang prosidur menangani disiplin murid/pelajar dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/KPM dengan penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri.Hukuman rotan tidak terkecuali atau boleh digunapakai.Panduan-panduan disediakan.Tidak boleh dikhalayak,mesti tertutup/dalam bilik Guru Besar atau Pengetua dan mesti ada saksi.Kesalahan direkodkan.Bagaimana pula dengan guru-guru dalam kelas,guru disiplin dan guru secara amnya.Masih kedapatan kes-kes guru merotan murid hingga lebam-lebam,berbekas,lebam-lebam dan berkesudahan ibu bapa membuat laporan polis.
Ada satu cerita yang boleh dikongsikan bersama.Pada tahun 1980,di sebuah sekolah berasrama penuh bahagian Pantai Timur.Lima orang pelajar lelaki telah mencoroboh masuk ke asrama perempuan waktu malam.Mereka berkumpul di atas siling bahagian bilik air dengan tujuan mengintai pelajar perempuan mandi.Tunggu punya tunggu,mereka tertidur.Pagi keesokannya,seorang pelajar perempuan kaki salah seorang daripada mereka terjuntai bahagian yang dibuka dalam bilik air.Secara diam-diam pelajar tadi terus ke bilik guru asrama memaklumkan hal berkenaan.Ketua guru asrama mengumpul semua guru asrama dan pengawal keselamatan untuk mengepung kawasan asrama perempuan berkaitan.Setelah semua perancangan dibuat,seorang guru memanjat siling untuk mengejutkan pelajar-pelajar yang tertidur di atas siling.Sebelum sempat guru bertindak,rupa-rupanya mereka telah bangun.Akibat terperanjat dan ketakutan ,mereka telah terjun dari paras dua tingkat tanpa memikirkan keselamatan.Semua mereka tidak mengalami kecederaan tetapi telah ditangkap oleh guru-guru asrama dan pengawal keselamatan yang menunggu disekitar asrama berkenaan.
Kesemua lima orang pelajar terlibat telah dihadapkan ke jemaah disiplin sekolah yang dipengerusikan oleh Penolong Pengetua HEP.Pastinya mereka sah bersalah dan telah dijatuhi hukuman rotan di hadapan perhimpunan khas.Semasa hukuman dijalankan terdapat pelajar-pelajar perempuan menangis tanda simpati.Pelajar yang kena hukum tidak menunjukkan sebarang reaksi yang menggambarkan mereka insaf.Malah apa yang dapat difahami,mereka tidak lagi rasa malu dan selang dua hari selepas itu,dua orang daripada mereka telah mencuri telur dari stor makanan asrama.Diringkaskan cerita,kelima-lima mereka tidak berubah malah dianggap hero dalam beberapa keadaan.Sebenarnya bagi mereka sudah tidak ada lagi istilah malu.Perasaan malu mereka telah dirampas dihadapan perhimpunan khas.
Merotan bagi pelajar sakit sekejap sahaja.Ada yang bangga menunjukkan kepada rakan-rakan bahawa dia tidak merasa apa-apa.Kepada pendidik yang dihormati,apa tanggapan anda setelah membaca nukilan cerita ini.ROTANLAH HATI MEREKA BUKANNYA BADAN MEREKA.Berikan pendapat anda tentang kenyataan ini.Mungkin cikgu Suhaimi boleh jadikan tajuk karangan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 atau 5.Wassalam.
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Lonjakkan untuk menulis kembali menyerang apabila berlakunya PRK di dua bukit dan satu batang(pinjam dari pengucap di Perhimpunan Agung UMNO).Ada juga wakil perhimpunan yang mencadangkan supaya guru-guru Kumpulan A dibenarkan aktif politik.Polimik mula mengambil tempat dalam media massa tentang ini.Pro dan kon perkara biasa bila kita membahaskan cadangan ini.
Hujah awal mengambilkira bahawa pejuang awal kemerdekaan negara terdiri daripada golongan guru.Guru punya pengaruh melalui penulisan,hubungan dengan masyarakat dan personaliti guru yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai orang yang paling dipercayai.Mereka rata-rata bermula di tempat mendapat latihan dan paling popular Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim(MPSI).Perjuangan mereka pula jelas.Mahukan kemerdekaandan sekaligus mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Mereka dibantu pula oleh golongan guru lulusan agama Islam.Tokoh ternama saperti Ibrahim Yaakob,Aminuddin Baki,Zulkifli Mohammad dan pengikut-pengikut mereka.
Selepas merdeka,ramai mantan guru yang terpilih sebagai wakil rakyat dan sehingga ke tahap Timbalan Perdana Menteri. Guru ketika itu statusnya tinggi dari kacamata masyarakat.Belingan mereka pula tidak seramai guru sekarang.Penglibatan guru dengan tugasan mereka agak terhad atau tidak banyak saperti guru-guru kini.Bilangan murid atau pelajar juga tidak seramai sekarang.Tugas sampingan guru-guru kadangkala tidak terlerai.Guru perlu memenuhi kehendak pentadbiran dalaman,setempat(PPD) ,kehendak JPN dan Kementerian Pelajaran(KPM).Kadangkala anak ,isteri sendiri tidak sempat dilayan.Bagi guru yang komited dengan tugas hakikinya,dirasakan masa 3/4 daripada masa hariannya digunakan untuk sekolah dan pelajar.Hari minggu pula dengan kegiatan kokurikulum.Mengiringi pelajar dengan kegiatan sukan atau aktiviti luar.Malam dengan persediaan untuk mengajar.Rancangan Mengajar dengan keperluan ABM yang pelabagai.Methodologi,strategi dan pelbagai kaedah berkesan bagi memastikan pelajar mencapai objektif yang ditetapkan.Penyediaan soalan-soalan peringkat unit,jabatan,kolompok dan negeri.Belum cerita lagi kursus-kursus semasa yang pelu dihadiri.
Bila guru menambah aktiviti politik kepartian,pastinya fokus guru akan berubah.Bahan perbualan di antara guru banyak berkisar kepada politik kerana boleh menghiburkan dan tidak akan dinilai oleh CEO (Chief Education Officer).Ini belum lagi guru akan keluar bermesyuarat cawangan,bahagian atau terlibat dengan aktiviti politik tempatan.Musim pilihanaya,guru lebih berwibawa untuk berkempen.Fahaman dan pegangan ideologi politik guru-guru pastinya berbeza.Perbalahan,pertengkaran menegak ideologi di kalangan guru-guru di sekolah akan menimbulkan suasana yang tidak sihat di sekolah.Memendam perasaan dendam tidak dapat di elak.Masing-masing cuba mencari pengaruh untuk membenarkan fahaman politik mereka.
Renunglah kembali hakikat tugas dan tanggungjawab guru sebagai,mualim,muaddib,murabbi dan daie.Mampukah guru membahagikan masa dengan berkesan di antara tugas hakiki dengan tugas politik kepartian.Pengurusan masa secara berkesan sahaja membolehkan guru dapat aktif dalam politik kepartian.Disarankan,disebalik mencebur diri dalam politik kepartian,tumpukan membantu masyarakat dengan kemahiran keibubapaan.Bimbing kelaurga anak-anak murid supaya dapat membantu anak dengan kemahiran belajar.Kesedaran pentingnya menuntuk ilmu.Ilmu dui adan ilmu akhirat.HARAPANNYA..WUJUDKAN SUASANA KONDUSIF DI SEKOLAH DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR...elakkan polimik kepartian di kalangan guru-guru insyaAllah lahir keharmonian di kalangan warga sekolah.Wassalam
