HARI KEMERDEKAAN  

Posted by Cikgu Zack in

Tahun 1957,hari Negara kita mendapat KEMERDEKAAN dari penjajah Inggeris,merupakan tahun yang juga bermakna bagi seorang anak kampung di pedalaman.Ketika itu cikgu berada dalam darjah satu di Sekolah Umum ,Kupang,Baling.Walaupun merdeka ,Baling masih dianggap "Kawasan Hitam".Kawasan yang menjadi tempat persembunyian komunis.

Seingat cikgu,tidak ada acara yang gah atau hebat sangat sempena sambutan Kemerdekaan, saperti yang dilakukan sekarang.Satu perhimpunan diadakan di padang sekolah.Guru besar berucap dan menyentuh tentang kemerdekaan dan di akhir ucapan diteriakkan Merdeka!,merdeka!,merdeka!......Pada masa itu kanak-kanak darjah satu apalah sangat yang difahamkan dengan kemerdekaan.

Selepas merdeka,masih kedapatan tentera British berulang-alik dari Kem Sungai Petani dan Butterworth ke sempadan Thailand/Siam di Betung dan Weng.Lambang pisau Kukri,lambang bagi tentera Gurkha yang berkhidmat di bawah Pasukan Tentera British pada kereta perisai dan trak-trak tentera membezakan anatara mereka dengan Askar Melayu(yang menggunakan lambang keris).Disebabkan Sekolah Umum Kupang terletak di tepi jalan raya utama menghubungkan Baling dengan Pulau Pinang dan Perlis di utara,setiap pergerakan konvoi tentera disedari oleh murid-murid.Terlintas sahaja kenderaan tentera,mereka beramai-beramai berlari ke pagar sekolah serta menjerit;merdeka! merdeka!......beramai-ramai.Ketika itulah askar-askar tadi akan melontarkan gula-gula atau biskut.Masing-masing berebut-berebut mendapatkan apa sahaja yang dilontar oleh tentera British tadi .



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !  

Posted by Cikgu Zack

Anak-anak cikgu sedang mengikuti program sempena sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke-52.Teringat semasa menjadi pentadbir sekolah dulu,malam ini semua pelajar di kehendaki mengambil bahagian dalam Program Diambang Merdeka.Mereka mengisi progaram sehingga "Detik 12 malam" Semua pelajar,guru-guru dan staf sokongan akan berkumpul sama ada dalam dewan atau di padang sekolah bermula selepas solat isya hingga detik 12 malam.Selepas solat isya' di adakan majlis bacaan yasin,memohon restu daripada Allah supaya MALAYSIA tetap Aman,Sejahtera dan jauh dari bala dan bencana.

Aturcara program Diambang Kemerdekaan disusun supaya pelajar-pelajar disemai dengan semangat patriotik.Fantomen,deklmasi sajak,koir,lagu, nasyid dan ucapan semuanya menjurus kepada pengisian kesedaran sejarah dan semangat cintakan negara.Para pelajar diberi kebebasan memilih bentuk persembahan yang bakal mereka sampaikan.Teringat pada satu tahun,pihak maktab telah mengadakan forum dan dialog tentang kemerdekaan dengan membariskan ahli panel dari bekas anggota Forst 136 yang masih hidup di Gerik,Perak.Program ini mendapat sambutan luar biasa daripada para pelajar.Mereka banyak mengumukan soalan-soalan dan paling banyak tentang zaman darurat dan kekejaman komunis.Tidak hairanlah mengapa Prof.Wan Hashim Wan Teh telah membukukan sejarah pejuangan kumpulan ini.

Sempena dengan detik 12 malam 2009,cikgu nukilkan semula beberapa perkara supaya tidak hilang dari ingatan dan memohon rakan-rakan yang mempunyai pengalaman yang sama dapat berkongsi semula.Sebaiknya bekas pelajar yang sudah berjaya,yang terlibat semasa, satu ketika dulu.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52.Sama-sama kita doakan semoga NEGARA KITA terus aman ,makmur dan menjadi NEGARA YANG BAIK DAN MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH,AMIN.

SIAPAKAH SEBENARNYA ?  

Posted by Cikgu Zack

Salam ramadzan dan selamat berpuasa.Nukilan pada pagi bulan Ramadzan bermula dengan soalan.Memanglah sifat guru kena bertanya. Menyoal atau bertanya.Siapakah sebenarnya yang membantu anak-anak di sekolah berjaya ? Ya,berjaya dalam bidang akademik,kokurikulum dan memiliki akhlak mulia.

Di setiap sekolah semestinya mempunya( CEO) atau pentadbir pendidikan sekolah,guru-guru,staf sokongan(lumrah dipanggil kakitangan) yang terdiri daripada Pembantu Tadbir,Pembantu Am(PAR),Pemandu dan pekerja-pekerja syarikat yang dilantik secara kontrak .Para guru pula bukan sahaja melaksanakan kerja-kerja hakiki malah memegang beberapa lagi tugasan tambahan yang tidak bersangkutan dengan mata pelajaran atau subjek yang mereka ajar.Mereka juga diberi tanggungjawab sebagai warden asrama,penasihat kelompok kecil pelajar(sebagai ibu atau bapa angkat),penasihat kelab dan persatuan,penasihat badan pakaian seragam(beruniform) atau menjadi Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu saperti Ahli Jawatankuasa PIBG( di MRSM dikenali sebagai AJK MUAFAKAT MRSM).Bagi Sekolah Bersama Penuh(SBP) saperti MRSM pastinya ada lagi insan yang terlibat bagi memastikan kejayaan anak-anak yang bersama mereka .Ambil sahaja mereka yang terlibat menyediakan makan minum pelajar-pelajar.

Teringat sebagai pengetua dulu terlibat memberi taklimat kepada pekerja-pekerja bahagian dapur.Mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar asrama.Seruan atau permintaan," Tahukah tuan-tauan dan puan-puan bahawa tuan puan semua bersama dalam satu medan perjuangan .Berjuang memastikan kejayaan anak bangsa.Anak-anak yang bersama kita di MRSM...sedang berjuang menuntut ilmu,termasuk dalam kumpulan berjihad.Ambillah kesempatan ini untuk beribadah kerana setiap titik peluh yang kita curahkan demi kepentingan pelajar akan diterima Allah sebagai ibadah jua.Jadi ibadah sekiranya kita ikhlas dan niat kita betul.Kita jaga supaya makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar halal,bersih dan memenuhi kualiti yang diperlukan dan kuantiti yang ditetapkan.Kita tidak cuba mengurangkan kuantiti demi mendapat keuntungan berlebihan dan kita masak "cincai" atau lebih kurang saja.Kita kena jadi adil kepada anak-anak yang diamanahkan kepada kita untuk memberi meraka makan dan minum.Kejayaan mereka nanti sebenar sungguh bermakna bagi kita.Ganjaran kita harapkan dan biasanya Allah akan kurniakan didunia lagi kalau kita rajin membuat refleksi dan muhasabah.Mungkin Allah akan memberi kejayaan kepada anak-anak kita sendiri,kita sentiasa sihat,kita dijauhi daripada malapetaka dan rezeki kita berkat.Gaji kita kecil tetapi memcukupi.Kita rasa bahagia."Buatlah kerja kerana Allah bukan kerana pentadbir sekolah." Itulah yang selalu dipesankan saban tahun atau setiap pertemuan.

Bagitulah juga apa yang diperkatakan kepada staff sokongan."Saudara saudari bertugas di MRSM kerana saudari memohon .Bila kita memohon untuk buat kerja maka kita kenalah buat kerja itu.Saudara-saudari tergolong bersama semua anggota lain di sekolah ini bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah diserah sebagai amanah kepada kita oleh ibu bapa mereka bagi memastikan kejayaan mereka.Saya menyeru supaya kita boleh merealisasikan kerja sebagai ibadah.Kerja kita berkat dan mendapat rahmat dari Allah.Hindar fahaman yang penentu kejayaan pelajar-pelajar sepenuhnya tanggungjawab para guru.Kehidupan yang kondusif,perhubungan harmoni antara semua di MRSM...ini sebenarnya pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar kita.Bersedialah bersama membantu dan berkorban demi anak bangsa.Jasa kita akan dicatat di sisi Allah dan insyaAllah kita akan beroleh ganjaran pada kemudian hari di dunia mahupun di akhirat." Itulah diantara jawapan kepada seolan di atas.Kepada para guru telahpun dinukilkan sebelun ini.

Jawapan kepada soalan ini mungkin dilebarkan lagi kemudian.Maaf zahir batin.

ANAK UDANG,UDANG JUGA...  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Coretan kali ini cikgu fokus kepada perbidalan,"Anak udang,udanglah juga.Manakan sama anak tenggiri." Anak orang, oranglah juga,manakan sama anak sendiri.Bagi para pendidik ,perbidalan ini lain jadinya.

Pengalaman menjadi guru asrama beberapa tahun dan sebagai pentadbir sekolah.Anak orang lebih dari anak sendiri.Bagitulah juga dengan guru-guru asrama atau juga dikenali sebagai warden asrama.Selama 24 jam selagi ada pelajar di asrama atau bersekolah,selama itulah tumpuan diberikan.Tambah lagi pelajar-pelajar menengah rendah,tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Paling mencabar sekali apabila menjaga pelajar-pelajar tingkatan satu.Anak-anak yang baru berpisah dengan keluarga.Kumpulan ini majoriti masih mengharapkan bimbingan daripada ibu bapa,atau masih banyak BERGANTUNG kepada keluarga.

Menurut buku panduan ,tugas guru asrama/warden sehingga pukul 12.00 Tengah malam sahaja.Itu peraturan yang tertulis.Dari segi undang-undang belum termaktub sahnya.Apa akan jadi sekiranya anak-anak di asrama sakit atau berlaku apa sahaja kemalangan selepas masa tersebut.Kalau anak sendiri,demam,panas-panas badan,akan diusahakan dengan memberi ubat dalam simpanan di rumah atau lap sahaja,tunggu siang baru usahakan cari ubat.Lain halnya dengan pelajar-pelajar asrama(anak orang).Warden tidak berani membuat keputusan sendiri sama ada hendak beri ubat atau tunggu hingga siang baru hendak urus ke hospital.Selalunya mereka akan merujuk kepada Ketua Warden atau Penolong Pengetua HEP atau Pengetua,apakah tindakan yang perlu.Kebiasaannya semua setuju di bawa ke hospital.Tidak kira masa.Banyak kali cikgu sendiri memberi arahan supaya dibawa ke hospital walaupun larut malam.Ada ketikanya pukul tiga pagi.Sebab itu pemandu diberikan kuaters atau tinggal dalam kawasan sekolah/maktab.

Itu baru bab tentang menjaga kebajikan.Bagaimana pula dengan memastikan semua pelajar mendapat layanan dan keselamatan mereka terjamin.Bila waktu lampu dipadamkan untuk tidur,biasanya pukul 11.30 mlm.Pukul 12.00th mlm warden akan meronda memastikan tidak ada penghuni asrama tidur di bilik lain daripada biliknya.Tidak tidur dua sekatil atau tidur di tempat-tempat larangan.Di samping itu warden juga akan memastikan tidak kedapatan yang masih berborak-borak atau main-main hingga larut malam.Ini pastinya warden akan tidur lewat,paling awal pun pukul satu th mlm.

Peraturan asrama menetapkan supaya pelajar bangun 5.30 pagi dan akan ke surau solat subuh berjamaah .Waktu solat biasanya dilewatkan 15" atau 30" bagi membolehkan semua dapat berjemaah.Walaupun ada pengawas asrama yang membantu,biasanya warden akan meronda bagi memastikan arahan dipatuhi dan warden akan memastikan semua solat subuh.Kedudukan ini sebenarnya ada yang tidak disenangi oleh sebilangan kecil ibu bapa.Pernah penjaga membuat bantahan dan marah-marah warden kerana sergah anaknya supaya bangun awal dan solat subuh.

Apabila pelajar-pelajar keluar ke bandar pada cuti hujung minggu,ada warden yang ditugaskan meninjau anak-anak ini di luar.Memastikan keselamatan mereka terjamin.Mereka tidak diganggu atau ketempat-tempat yang terlarang.Waktu pulang,warden akan berada di pondok pengawal bagi memastikan semua selamat pulang.Semak rekaod keluar-masuk pelajar.Pernah berlaku pelajar perempuan tidak pulang dan terpaksa meminta bantuan polis mengesan pelajar berkenaan.Bila dihubungi penjaga ,mereka memaklumkan bahawa anaknya tidak pulang ke rumah.Malam kejadian pengetua dengan ketua warden bersengkang mata di balai polis menunggu maklumat tentang pelajar berkenaan.Sehingga jam 3 pagi,atas nasihat pegawai polis,pengetua dan ketua warden baru beredar dan pulang ke rumah.Semalaman mereka tidak tidur.Petang ke esokan harinya barulah pelajar berkenaan pulang dan secara selamba memaklumkan bahawa dia balik kampung.Tidur di rumah ibu saudaranya.

Bagi guru-guru subjek pula,sanggup tinggalkan anak dengan pengasuh atau hantar kepada keluarga pada hujung minggu atau sebelah petang kerana hendak berikan kelas tambahan.Bagi memastikan anak orang berjaya.Mereka korbankan waktu libur demi kecemerlangan anak didik.Guru oh guru jasamu amat besar sebenarnya.

Beberapa hari kebelakangan ini ramai anak-anak didik MRSM Gerik cuba menghubungi guru-guru mereka.Masukkan mereka dalam facebook.Rata-rata mereka tetap mengenang jasa guru mereka.Apa tidaknya,setiap kali kepetusan peperiksaan di umumkan,guru lebih sibuk daripada pelajarnya hendak membuat analisis.Hendak membandingkan subjek siapa lebih cemerlang.Anak homeroom siapa ramai dapat semua A dan seumpamanya.Syabas guru-guru ,"GURU CEMERLANG PRESTASI GEMILANG"

PELAJAR CEMERLANG,GURU GIRANG  

Posted by Cikgu Zack

Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali.Malam ini terasa gembira untuk menulis kerana ada berita menarik untuk dikongsi oleh guru-guru,terutama guru-guru MRSM.
Lebih dari dua hari sibuk menguruskan kerja-kerja majlis perkahwinan anak saudara.Hari semalam bersama menghantar pengantin ke rumah mertuanya disamping menghadiri kenduri.Kebetulan ketika sampai di dewan tempat berlangsungnya majlis,masuk waktu asar.Sementara menunggu ahlip-ahli keluarga lain sampai,saya ke surau berdekatan untuk solat asar.Di surau ternampak kelibat dua remaja yang juga bersedia untuk solat.Selepas mengambil wudu',masuk ke surau dan didapati seorang remaja sedang sembahyang dan se orang lagi sedang ambil wudu.Secara masbuk,saya menjadi makmum kepada remaja berkenaan.Pada rakaat ke dua,remaja seorang lagi datang dan menjadi makmum bersama.Secara tertib kami menyusun barisan makmum.
Selesai solat,selepas berdoa,berlaku perbualan ringkas.Saya ,saperti biasa menjadi pembuka bicara.."Saya kawan pengantin dan kami sama-sama belajar di German.Sekarang balik bercuti.Tabiat seorang guru,pastinya soalan kegemaran,"Dulu sekolah kat mana?" Saya pelajar MRSM Kuala Trengganu. Belum selesai soal-selidik,rakannya datang."Cikgu,Ini cikgu Pengetua MRSM Gerik dulu ke?sambil menghulur tangan untuk bersalam.Ya, saya.Saya bekas pelajar MRSM Gerik cikgu,masa tuu cikgu Pengetua di sana.Saya datang bersama seorang lagi bekas pelajar MRSM Gerik.Kami semua baru balik bercuti dan sedang membuat latihan industeri di kilang Modenas Gurun.

Saya mengambil keputusan menyambung perbualan dengan mereka di rumah penganti.Seramai enam orang kawan pengantin lelaki yang balik bercuti .Mereka sama-sama belajar di German.Kebetulan semua bekas pelajar MRSM.Dari MRSM Jasin,MRSM Kuala Brang,MRSM Gerik/Tg.4 dan 5 di MRSM Langkawi dan MRSM Kuala Terengganu.Walaupun sejenak bersama mereka,terdetik rasa kegembiraan dan kebanggaan bertemu semula dengan anak-anak didik yang satu ketika dahulu kita menyuntikkan semangat belajar sehingga keperingkat paling tinggi.Alhamdulillah,dari raut wajah ,anak-anak ini baik-baik belaka.Di fahamkan mereka bercuti sehingga bulan November.Sempatlah berpuasa dan berhari raya di tanah tumpah darah sendiri.

Setelah pulang ke rumah baru terlintas di hati,"Mengapa tidak sarankan kepada mereka menziarahi semula MRSM-MRSM tempat mereka belajar dulu.Berkongsi pengalaman dengan adik-adik MRSM yang masih belajar,yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.Boleh menyuntik semangat untuk mereka.TETAPI dengan suasana sekarang,penularan H1N1...gambaran terhenti di sini sahaja..Jumpa lagi wahai anak-anak yang dikasihi sekalian.Andalah pembawa obor kejayaan bangsa yang menjadi kegirangan guru-guru yang mendidik anda.Selamat meneruskan perjuanan.













LUAHAN PERASAAN GURU  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Manusia sering mencari alasan untuk mententeramkan hatinya bila sesuatu tidak sempurna.Apa alasan agaknya bila saya lama tidak menulis dalam blog ini?

Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan seorang guru perempuan.Banyak perkara yang guru ini menanyakan mantan pentadbir sekolah.Diantaranya,bolehkan Pengetua menghalang gurunya berpindah ke institusi pengajian lain atas kapasiti kenaikkan pangkat?

Jawapannya banyak "kalau".Kalau saya; saya akan tulis atas surat tawarannya ,"TAHNIAH! Semoga terus memberi khidmat cemerlang demi kecemerlangan anak bangsa.Selamat bertugas ditempat baru."
Selanjutnya,sila buat surat penyerahan tugas/isi borang penyerahan tugas.Kenaikan pangkat adalah hak guru berkenaan kerana khidmat cemerlang yang diberikan.
Guru tersebut memaklumkan bahawa Pengetuanya tidak mahu melepaskannya kerana atas kepentingan jawatan.Guru pengganti belum ada dan pelajar-pelajar sudah hampir dengan peperiksaan.
Mencari guru ganti bukan tugas guru yang akan berpindah.Ini pasti.Boleh tahan guru berkenaan seandainya jawatan barunya dapat diwujudkan disekolah berkenaan.Ini tidak mungkin sebab mengapa BSM( Bhagian Sumber Manusia) menukarkannya.Tentu jawatan tersebut tidak kedapatan di sekolah asalnya.

Soalan seterusnya,"Adakah tandatangan Ketua Pengarah boleh dipertikaikan?"Wajaran jawapannya,"Siapa yang lebih berkuasa dalam soal ini?"
Kalau saya pergi juga adakah saya boleh dikenakan tatatertib...hah.Guru tersebut dinasihati supaya merujuk kepada BSM.Pasti BSM akan memberi nasihat apa yang harus guru berkenaan buat atau ambil tindakan.

Guru ini difahamkan seorang yang rajin dan dedikasi.Bila perpindahannya tidak direstui,pastinya beliau tidak diraikan.Cuma para pelajar yang beria-ia meminta supaya guru tidak berpindah.Mereka sayang guru ini.Sepanjang perbualan,nampaknhya guru bagitu kecewa kerana khidmatnya yang baik tercemar lantaran tawaran naik pangkat.Pemergiannya tidak direstui dan tidak berLAKU majlis perpisahan.Selamat bertugas di tempat baru dan terus mengibar bendera GURU CEMERLANG GENERASI GEMILANG