Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali.Malam ini terasa gembira untuk menulis kerana ada berita menarik untuk dikongsi oleh guru-guru,terutama guru-guru MRSM.
Lebih dari dua hari sibuk menguruskan kerja-kerja majlis perkahwinan anak saudara.Hari semalam bersama menghantar pengantin ke rumah mertuanya disamping menghadiri kenduri.Kebetulan ketika sampai di dewan tempat berlangsungnya majlis,masuk waktu asar.Sementara menunggu ahlip-ahli keluarga lain sampai,saya ke surau berdekatan untuk solat asar.Di surau ternampak kelibat dua remaja yang juga bersedia untuk solat.Selepas mengambil wudu',masuk ke surau dan didapati seorang remaja sedang sembahyang dan se orang lagi sedang ambil wudu.Secara masbuk,saya menjadi makmum kepada remaja berkenaan.Pada rakaat ke dua,remaja seorang lagi datang dan menjadi makmum bersama.Secara tertib kami menyusun barisan makmum.
Selesai solat,selepas berdoa,berlaku perbualan ringkas.Saya ,saperti biasa menjadi pembuka bicara.."Saya kawan pengantin dan kami sama-sama belajar di German.Sekarang balik bercuti.Tabiat seorang guru,pastinya soalan kegemaran,"Dulu sekolah kat mana?" Saya pelajar MRSM Kuala Trengganu. Belum selesai soal-selidik,rakannya datang."Cikgu,Ini cikgu Pengetua MRSM Gerik dulu ke?sambil menghulur tangan untuk bersalam.Ya, saya.Saya bekas pelajar MRSM Gerik cikgu,masa tuu cikgu Pengetua di sana.Saya datang bersama seorang lagi bekas pelajar MRSM Gerik.Kami semua baru balik bercuti dan sedang membuat latihan industeri di kilang Modenas Gurun.
Saya mengambil keputusan menyambung perbualan dengan mereka di rumah penganti.Seramai enam orang kawan pengantin lelaki yang balik bercuti .Mereka sama-sama belajar di German.Kebetulan semua bekas pelajar MRSM.Dari MRSM Jasin,MRSM Kuala Brang,MRSM Gerik/Tg.4 dan 5 di MRSM Langkawi dan MRSM Kuala Terengganu.Walaupun sejenak bersama mereka,terdetik rasa kegembiraan dan kebanggaan bertemu semula dengan anak-anak didik yang satu ketika dahulu kita menyuntikkan semangat belajar sehingga keperingkat paling tinggi.Alhamdulillah,dari raut wajah ,anak-anak ini baik-baik belaka.Di fahamkan mereka bercuti sehingga bulan November.Sempatlah berpuasa dan berhari raya di tanah tumpah darah sendiri.
Setelah pulang ke rumah baru terlintas di hati,"Mengapa tidak sarankan kepada mereka menziarahi semula MRSM-MRSM tempat mereka belajar dulu.Berkongsi pengalaman dengan adik-adik MRSM yang masih belajar,yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.Boleh menyuntik semangat untuk mereka.TETAPI dengan suasana sekarang,penularan H1N1...gambaran terhenti di sini sahaja..Jumpa lagi wahai anak-anak yang dikasihi sekalian.Andalah pembawa obor kejayaan bangsa yang menjadi kegirangan guru-guru yang mendidik anda.Selamat meneruskan perjuanan.
This entry was posted
on Monday, August 10, 2009
at 9:02 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.