ANAK UDANG,UDANG JUGA...  

Posted by Cikgu Zack

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Coretan kali ini cikgu fokus kepada perbidalan,"Anak udang,udanglah juga.Manakan sama anak tenggiri." Anak orang, oranglah juga,manakan sama anak sendiri.Bagi para pendidik ,perbidalan ini lain jadinya.

Pengalaman menjadi guru asrama beberapa tahun dan sebagai pentadbir sekolah.Anak orang lebih dari anak sendiri.Bagitulah juga dengan guru-guru asrama atau juga dikenali sebagai warden asrama.Selama 24 jam selagi ada pelajar di asrama atau bersekolah,selama itulah tumpuan diberikan.Tambah lagi pelajar-pelajar menengah rendah,tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Paling mencabar sekali apabila menjaga pelajar-pelajar tingkatan satu.Anak-anak yang baru berpisah dengan keluarga.Kumpulan ini majoriti masih mengharapkan bimbingan daripada ibu bapa,atau masih banyak BERGANTUNG kepada keluarga.

Menurut buku panduan ,tugas guru asrama/warden sehingga pukul 12.00 Tengah malam sahaja.Itu peraturan yang tertulis.Dari segi undang-undang belum termaktub sahnya.Apa akan jadi sekiranya anak-anak di asrama sakit atau berlaku apa sahaja kemalangan selepas masa tersebut.Kalau anak sendiri,demam,panas-panas badan,akan diusahakan dengan memberi ubat dalam simpanan di rumah atau lap sahaja,tunggu siang baru usahakan cari ubat.Lain halnya dengan pelajar-pelajar asrama(anak orang).Warden tidak berani membuat keputusan sendiri sama ada hendak beri ubat atau tunggu hingga siang baru hendak urus ke hospital.Selalunya mereka akan merujuk kepada Ketua Warden atau Penolong Pengetua HEP atau Pengetua,apakah tindakan yang perlu.Kebiasaannya semua setuju di bawa ke hospital.Tidak kira masa.Banyak kali cikgu sendiri memberi arahan supaya dibawa ke hospital walaupun larut malam.Ada ketikanya pukul tiga pagi.Sebab itu pemandu diberikan kuaters atau tinggal dalam kawasan sekolah/maktab.

Itu baru bab tentang menjaga kebajikan.Bagaimana pula dengan memastikan semua pelajar mendapat layanan dan keselamatan mereka terjamin.Bila waktu lampu dipadamkan untuk tidur,biasanya pukul 11.30 mlm.Pukul 12.00th mlm warden akan meronda memastikan tidak ada penghuni asrama tidur di bilik lain daripada biliknya.Tidak tidur dua sekatil atau tidur di tempat-tempat larangan.Di samping itu warden juga akan memastikan tidak kedapatan yang masih berborak-borak atau main-main hingga larut malam.Ini pastinya warden akan tidur lewat,paling awal pun pukul satu th mlm.

Peraturan asrama menetapkan supaya pelajar bangun 5.30 pagi dan akan ke surau solat subuh berjamaah .Waktu solat biasanya dilewatkan 15" atau 30" bagi membolehkan semua dapat berjemaah.Walaupun ada pengawas asrama yang membantu,biasanya warden akan meronda bagi memastikan arahan dipatuhi dan warden akan memastikan semua solat subuh.Kedudukan ini sebenarnya ada yang tidak disenangi oleh sebilangan kecil ibu bapa.Pernah penjaga membuat bantahan dan marah-marah warden kerana sergah anaknya supaya bangun awal dan solat subuh.

Apabila pelajar-pelajar keluar ke bandar pada cuti hujung minggu,ada warden yang ditugaskan meninjau anak-anak ini di luar.Memastikan keselamatan mereka terjamin.Mereka tidak diganggu atau ketempat-tempat yang terlarang.Waktu pulang,warden akan berada di pondok pengawal bagi memastikan semua selamat pulang.Semak rekaod keluar-masuk pelajar.Pernah berlaku pelajar perempuan tidak pulang dan terpaksa meminta bantuan polis mengesan pelajar berkenaan.Bila dihubungi penjaga ,mereka memaklumkan bahawa anaknya tidak pulang ke rumah.Malam kejadian pengetua dengan ketua warden bersengkang mata di balai polis menunggu maklumat tentang pelajar berkenaan.Sehingga jam 3 pagi,atas nasihat pegawai polis,pengetua dan ketua warden baru beredar dan pulang ke rumah.Semalaman mereka tidak tidur.Petang ke esokan harinya barulah pelajar berkenaan pulang dan secara selamba memaklumkan bahawa dia balik kampung.Tidur di rumah ibu saudaranya.

Bagi guru-guru subjek pula,sanggup tinggalkan anak dengan pengasuh atau hantar kepada keluarga pada hujung minggu atau sebelah petang kerana hendak berikan kelas tambahan.Bagi memastikan anak orang berjaya.Mereka korbankan waktu libur demi kecemerlangan anak didik.Guru oh guru jasamu amat besar sebenarnya.

Beberapa hari kebelakangan ini ramai anak-anak didik MRSM Gerik cuba menghubungi guru-guru mereka.Masukkan mereka dalam facebook.Rata-rata mereka tetap mengenang jasa guru mereka.Apa tidaknya,setiap kali kepetusan peperiksaan di umumkan,guru lebih sibuk daripada pelajarnya hendak membuat analisis.Hendak membandingkan subjek siapa lebih cemerlang.Anak homeroom siapa ramai dapat semua A dan seumpamanya.Syabas guru-guru ,"GURU CEMERLANG PRESTASI GEMILANG"

This entry was posted on Monday, August 17, 2009 at 7:13 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment